• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resipi Garlic Shrimp Chili Oil Yang Pedas Dan Rangup

31/3/2021

0 Comments

 
RESIPI GARLIC SHRIMP CHILI OIL PEDAS DAN RANGUP
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 300 ml
​Kalau makan di kedai masakan cina saya suka sangat tambah chili oil dalam makanan. Saya tanya kawan sekerja berbangsa cina macam mana nak buat chili oil ni, dia cakap dia pun google je hahahahaha...

Saya ikut je la nasihat dia. Bila search, rupanya ada banyak variasi chili oil. Yang paling mudah sekadar guna chili flakes, serbuk perasa, dan minyak masak panas. Saya dah cuba tapi rasa tak sama macam yang saya makan dikedai tu. 

Selepas mencuba beberapa resipi, yang saya nak kongsikan ini adalah versi yang paling sedap pada selera saya. Cukup pedas, berperisa, dan rangup.​
RESIPI GARLIC SHRIMP CHILI OIL PEDAS DAN RANGUP
Bahan-bahan:
  • 4 sudu besar chili flakes. 
  • 1 labu bawang putih, dicincang halus
  • 3 sudu besar udang geragau kering, disangai hingga garing
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar minyak bijan

Cara-cara memasak:
  1. Gaul chili flakes dan udang kering yang disangai bersama garam dan gula.
  2. Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih sehingga keperangan. Angkat bawang putih dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaul bawang putih yang telah sejuk bersama campuran chili flakes dan udang kering tadi.
  4. Pindahkan campuran ke dalam bekas kedap udara. Pastikan guna bekas kaca yang tahan panas.
  5. Campurkan minyak bijan kedalam minyak masak bawang putih yang masih panas, kemudian tuang minyak kedalam bekas campuran chili flakes sehingga semua tenggelam.
  6. Tunggu sehingga sejuk pada suhu bilik sebelum tutup bekas. ​
Tips:
  1. Guna Thai chili flakes campur Szechuan peppercorn yang ditumbuk untuk rasa lebih pedas.
  2. Sejukkan udang kering dan bawang putih terlebih dahulu sebelum dituang minyak untuk kekalkan kerangupan.
  3. Minyak jangan panas sangat, jangan sejuk sangat. Kalau panas sangat nanti bahan kering overcooked dan pahit. Kalau sejuk sangat nanti tak release aroma dan warna chili flakes.​
RESIPI GARLIC SHRIMP CHILI OIL PEDAS DAN RANGUP
​Chili oil ni boleh tahan sehingga 4-5 minggu pada suhu bilik, mungkin lebih. Sedap dimakan dengan nasi panas, buat tabur atas sayuran kukus, ditambah pada makanan bersup, atau cicah dim sum. Nyum nyum....

​Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resipi ini :)

Jom cuba resipi ini:
  • Resipi sambal kicap serbaguna paling sedap.
  • Resipi kerang rebus air asam, tak cukup sepinggan.
  • Mudahnya nak buat sandwich ala roti john pasar malam.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi Tanpa Cuka, Pasti Ketagih

29/3/2021

0 Comments

 
Jeruk mangga tanpa cuka
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 0 minit  |  Jumlah hidangan: 1 balang.
Saya penggemar jeruk mangga asam boi yang tegar jadi saya selalu pastikan bekalan jeruk mangga sentiasa ada dalam peti sejuk. Dah banyak kali bereksperimen dengan bahan-bahan jeruk, yang saya kongsikan ini adalah paling sedap dan penyebab ketagihan! Satu balang boleh habiskan sekali hadap je tapi tak elok tau makan banyak-banyak hehe..

Bahan-bahan:
  • 2 biji mangga lemak, dipotong sederhana nipis
  • 3 biji limau kasturi, ambil jus sahaja. Atau guna 3 sudu besar jus limau nipis.
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk asam boi
  • 5 biji asam boi putih
  • 5 biji cili padi, dipotong
  • 1 sudu kecil chilli flakes
  • Secubit belacan

Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam balang. Boleh dapatkan balang disini.
  2. Tutup rapat dan terbalikkan beberapa kali supaya semua bahan bercampur sebati.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk dinikmati.  ​
Jeruk mangga asam boi tanpa cuka
​Tips:
  1. Guna mangga lemak kerana teksturnya yang rangup rasanya lebih neutral, tidak terlalu masam atau manis.
  2. Jika tiada mangga, boleh digantikan dengan jambu batu, epal hijau, atau kedondong.
  3. Chilli flakes dan belacan adalah optional. Dua bahan ini adalah sebagai pembangkit rasa.
  4. Boleh ganti jus limau kasturi dengan jus limau nipis atau lemon.
  5. Goncang balang sebelum makan supaya semua rasa sebati pada mangga.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resipi ini :)

Resipi menarik yang mesti dicuba:
  • Daging goreng Thai resipi asli.
  • Resipi udang masak lemak tanpa bawang.
  • Salmon panggang bersama sos cendawan shiitake berkrim.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Colek Buah Kelantan Thai Paling Sedap Dan Ringkas

29/3/2021

0 Comments

 
Resipi Colek Buah Kelantan Thai
Masa penyediaan: 5 minit  |  Masa memasak: 15 minit  |  Jumlah hidangan: 5 orang.
​Saya suka makan colek yang mempunyai tekstur untuk dikunyah, bukan sekadar kuah semata-mata. Jadi resipi colek versi saya ni udang kering tidak ditumbuk dan cili kering saya tidak kisar, hanya gunting kecil-kecil sahaja. 

Bahan-bahan:
  • 3 keping nissey kerek atau 3 ketul gula melaka
  • 3 biji bawang merah, dihiris halus
  • 10 tangkai cili kering, digunting kecil dan direndam air kemudian toskan
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 sudu besar udang geragau kering, disangai
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Guna api yang besar, masak nissey/gula melaka dengan suku cawan air sehingga hampir larut sepenuhnya.
  2. Masukkan  bawang merah, cili kering, dan belacan. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api bila colek sudah pekat. Jika colek terlalu pekat, tambah sedikit air.
  4. Masukkan udang geragau kering yang sudah disangai dan gaul sebati. ​
Tips:
  • Tambah gula jika perlu seimbangkan rasa dan boleh masukkan sos ikan jika suka.
  • Colek menjadi semakin pekat apabila ia sejuk. Jika dimasak terlalu pekat, colek menjadi keras pada suhu bilik. Boleh panaskan colek yang keras dan tambah sedikit air untuk cairkan colek.
  • Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Resipi Colek Buah Kelantan Thai
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resipi ini :)

Jom cuba resipi menarik:
  • Tukar selera dengan maggi goreng seafood.
  • Resipi tauhu berlauk cicah sambal kicap power.
  • Resipi guacamole yang sedap dimakan bersama nachos.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me