• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resepi Kerang Rebus Sos Thai

8/1/2022

0 Comments

 
Kerang Rebus Sos Thai Paling Sedap
Masa penyediaan: 35 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan kerang rebus:
  • 1 kg kerang saiz sederhana, dibersihkan
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 inchi halia, diketuk

Bahan-bahan sos Thai:
  • 5 tangkai daun ketumbar, dicincang halus
  • 3 ulas bawang merah, dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • ​1/2 biji tomato, dicincang halus
  • 5 biji cili padi, dicincang halus
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar nampla 
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
Kerang Rebus Sos Thai Paling Sedap
Cara-cara memasak:
  1. Didihkan air dalam periuk bersama serai, bawang putih, dan halia.
  2. Masukkan kerang kedalam air mendidih dan tutup selama satu minit.
  3. Angkat kerang dan terus masukkan kedalam bekas berisi air sejuk untuk hentikan pemanasan.
  4. ​Kupas dan cabut sebelah kulit kerang. Hanya ambil bahagian yang berisi.
  5. Dalam bekas berlainan, satukan bahan-bahan cecair sos Thai bersama gula dan sedikit garam. Kacau sehingga gula hampir larut.
  6. Masukkan bahan-bahan sos yang dicincang halus dan gaul sebati.
  7. Sendukkan sos Thai menggunakan sudu kecil dan letakkan sos keatas setiap isi kerang.
  8. ​Sedia untuk dinikmati.

Tips:
  1. ​Rendam kerang didalam air garam bersama potongan cili untuk keluarkan lumpur.
  2. Kerang rebus sos Thai enak dimakan begitu sahaja.

Makan kerang rebus dengan sos ni tak toleh kiri kanan dah. Selamat mencuba! :)


​Kat sini pun ada resepi yang best:
  • Ayam goreng kunyit Mat Rock homemade.
  • Udang masak lemak cili api tanpa bawang.
  • Resepi sambal kicap serbaguna yang sedap.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Thai Glass Noodle Prawn Salad

4/5/2021

0 Comments

 
Thai Glass Noodle Prawn Salad
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 5 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan salad:
  • 200g udang sederhana, dibersihkan, dibuang kulit dan usus
  • 50g soo hoon, direndam hingga lembut
  • 3 biji cili padi, dicincang halus
  • 1/4 biji capsicum, dimayang
  • 1/2 lobak merah, dimayang
  • 1/2 tomato, dimayang

Bahan-bahan salad dressing:
  • 1 ulas bawang merah, dimayang
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 tangkai daun ketumbar, dicincang kasar
  • 1 sudu besar nampla (sos ikan)
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar gula
  • ​Secubit garam

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan air hingga mendidih, kemudian celur udang selama 30 saat. Angkat dan toskan.
  2. Celur soo hoon dalam air yang sama sehingga kembang dan berwarna jernih. Angkat dan toskan.
  3. Gaul udang dan soo hon bersama bahan-bahan salad yang lain.
  4. Dalam bekas berasingan, campurkan kesemua bahan-bahan salad dressing.
  5. Tuang dressing keatas bahan-bahan salad dan gaul sebati.
  6. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Boleh campurkan sotong, isi ketam, ataupun mussels sebagai seafood salad.
  2. Tabur 1 sudu besar kacang tumbuk untuk berikan tekstur rangup pada salad.
  3. ​Salad ini boleh dihidangkan panas ataupun sejuk, mengikut citarasa masing-masing.

Sekian, selamat mencuba! :)


Jangan lupa untuk cuba resipi ini:
  • Cara-cara membuat kerang rebus air asam.
  • Udang sos tiram bawang putih yang mudah disediakan.
  • Resipi guacamole serta tips memilih avocado dengan betul.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Daging Goreng Thai

4/5/2021

0 Comments

 
Resipi Daging Goreng Thai Asli Dan Menyelerakan
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan daging goreng:
  • 300g daging, dihiris nipis
  • 3 sudu besar biji ketumbar, disangai dan kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar butter

Bahan-bahan sos:
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar nampla (sos ikan)
  • 2 sudu besar gula
  • ​1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil Thai chili flakes
  • 3 biji cili padi, dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 1 sudu besar beras, bersihkan, disangai hingga perang, dan dikisar halus
  • ​1 tangkai daun ketumbar, dihiris kasar
Daging Goreng Thai resipi paling sedap
Cara-cara memasak:
  1. ​Gaul semua bahan-bahan daging goreng kecuali butter. Perap selama 1 jam.
  2. Cairkan butter dalam kuali yang panas, kemudian goreng daging yang diperap hingga garing.
  3. Kaut keluar lebihan minyak dalam kuali selepas menggoreng.
  4. Campurkan semua bahan-bahan sos didalam mangkuk bersesuaian.
  5. Tuang sos keatas daging goreng dan gaul sebati.
  6. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar serta bawang merah. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Daging dipotong nipis dan melintang urat supaya lembut apabila dimasak. Boleh lihat cara potong daging dengan mudah disini.
  2. Masakan ini sangat bahaya kerana apabila dimakan, ia menyebabkan nasi bertambah-tambah tanpa disedari.

Allright.... Selamat mencuba! :)

Resipi menarik yang mesti dicuba:
  • Sotong sumbat bakar dengan sos Thai padu.
  • Murtabak megi buat hidangan minum petang.
  • Daging kisar goreng yang mudah dan pelbagai guna.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me