• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resipi GUacamole Yang Creamy Dan Sedap

5/5/2021

0 Comments

 
Resipi guacamole mudah
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 0 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Guacamole ialah sejenis dip (pencicah), spread, atau condiment yang berasal dari Mexico. Ianya enak dimakan bersama nachos yang rangup.
 
Sebenarnya resipi ini diajar oleh anak saya sewaktu umurnya 3 tahun. Ada satu lagu pasal steps nak buat guacamole yang dia selalu nyanyi, jadi dia minta dengan saya nak cuba resipi ni. Seumur hidup saya pun tak pernah buat sendiri, cuma pernah makan kat kedai. Rupa-rupanya senang sangat nak buat guacamole ni. Jom kita start.

Bahan-bahan:
  • 1 biji avocado
  • 2 ulas bawang merah, dicincang halus
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • 3 sudu besar jus limau nipis atau jus lemon
  • ​Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Guacamole Sedap Hanya 3 Langkah
Cara-cara penyediaan:
  1. Belah avocado ditengah dan ceduk isinya keluar menggunakan sudu.
  2. Tekan (mash) isi avocado menggunakan garfu sehingga menjadi ketulan kecil.
  3. Masukkan bawang merah, tomato, jus limau nipis, serta garam dan serbuk lada hitam.
  4. Gaul sehingga semuanya sebati. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.
​
Cara untuk pastikan Avocado masak
Tips:
1. Cara untuk pastikan avocado cukup masak:
  • Tangkai avocado senang tertanggal tetapi masih ada ruangan berwarna coklat cerah.
  • ​Kulit avocado berwarna coklat gelap tetapi teksturnya masih licin dan gebu.
2. Boleh tambah hirisan cilantro, jalapeno, atau crispy beef bacon dalam guacamole untuk lebih perisa dan tekstur.

Senang je kan? Selamat mencuba! :)

Resipi menarik yang mesti dicuba:
  • Udang masak lemak cili api tanpa bawang.
  • Colek buah Thai yang sedap - boleh dibuat dirumah je.
  • Makanan sampingan ready made - mudahkan kerja dan tahan lama.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Sambal Kicap Serbaguna

3/5/2021

0 Comments

 
Sambal Kicap ala 3 Budak Gemok
Masa penyediaan: 5 minit  |  Masa memasak: 15 minit  |  Jumlah hidangan: 300ml
Bahan-bahan:
  • 2 biji bawang holland, dihiris nipis
  • 7 ulas bawang putih, diketuk
  • 20 biji cili padi
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Secubit belacan
  • Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang holland sehingga sedikit kekuningan.
  2. Masukkan bawang putih dan goreng bersama bawang holland sehingga hampir keperangan.
  3. Masukkan cili padi dan teruskan goreang sehingga semuanya perang dan garing.
  4. Angkat bahan goreng dan letak dalam blender.
  5. Masukkan kicap manis, garam, dan secubit belacan, kemudian kisar kasar.
  6. Dah siap. Tunggu sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Sambal Kicap ala 3 Budak Gemok
Tips:
  1. Jika tidak pasti bila perlu masukkan bawang putih dan cili padi sewaktu menggoreng, boleh goreng bahan-bahan tersebut secara berasingan.
  2. Kawal bahan-bahan yang digoreng supaya tidak terlalu gelap, nanti rasanya pahit.
  3. Simpan dengan bekas kedap udara dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
  4. Sambal boleh dimakan dengan nasi, gaul pada ayam goreng, atau tambah perahan limau kasturi untuk dicicah ikan bakar.

Senang je kan, selamat mencuba! :)


Jom cuba resipi menarik ini:
  • Jeruk mangga asam boi tanpa cuka.
  • Masakan bujang simple dan lengkap - maggi goreng seafood.
  • Sambal belacan mempelam muda yang pasti menambah nasi.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Daging Kisar Goreng Mudah Dan Pelbagai Guna

20/4/2021

0 Comments

 
Daging Kisar Goreng Ramly
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 15 minit  |  Jumlah hidangan: 5 orang
Bahan-bahan:
  • 400g daging lembu kisar Ramly
  • 1 biji bawang holland, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil mixed herbs
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih sehinnga keperangan.
  2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga garing.
  3. Masukkan garam, lada hitam, dan mixed herbs. Kemudian gaul sehingga perasa sebati dengan daging goreng.
  4. Dah siap dan sedia untuk dinikmati.

Tips:
  1. Daging kisar goreng boleh dibuat stok untuk mudahkan kerja memasak. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian simpan didalam bekas kedap udara didalam peti sejuk untuk tahan sehingga 3 minggu.
  2. Boleh digunakan untuk memasak sos bolognese, ini roti john, inti samosa/karipap, inti murtabak, atau dibuat sandwich. Boleh cuba resipi Sandwich Roti John yang sedap ni.

Selamat mencuba! :)

Resipi menarik untuk dikongsikan bersama:
  • Mudahnya nak buat sambal belacan mempelam muda.
  • Resipi garlic shrimp chili oil seperti restoran masakan cina.
  • Begini cara membuat sotong sumbat bakar dengan sos Thai padu.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me