• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resipi Daging Goreng Thai

4/5/2021

0 Comments

 
Resipi Daging Goreng Thai Asli Dan Menyelerakan
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan daging goreng:
  • 300g daging, dihiris nipis
  • 3 sudu besar biji ketumbar, disangai dan kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar butter

Bahan-bahan sos:
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar nampla (sos ikan)
  • 2 sudu besar gula
  • ​1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil Thai chili flakes
  • 3 biji cili padi, dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 1 sudu besar beras, bersihkan, disangai hingga perang, dan dikisar halus
  • ​1 tangkai daun ketumbar, dihiris kasar
Daging Goreng Thai resipi paling sedap
Cara-cara memasak:
  1. ​Gaul semua bahan-bahan daging goreng kecuali butter. Perap selama 1 jam.
  2. Cairkan butter dalam kuali yang panas, kemudian goreng daging yang diperap hingga garing.
  3. Kaut keluar lebihan minyak dalam kuali selepas menggoreng.
  4. Campurkan semua bahan-bahan sos didalam mangkuk bersesuaian.
  5. Tuang sos keatas daging goreng dan gaul sebati.
  6. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar serta bawang merah. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Daging dipotong nipis dan melintang urat supaya lembut apabila dimasak. Boleh lihat cara potong daging dengan mudah disini.
  2. Masakan ini sangat bahaya kerana apabila dimakan, ia menyebabkan nasi bertambah-tambah tanpa disedari.

Allright.... Selamat mencuba! :)

Resipi menarik yang mesti dicuba:
  • Sotong sumbat bakar dengan sos Thai padu.
  • Murtabak megi buat hidangan minum petang.
  • Daging kisar goreng yang mudah dan pelbagai guna.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me