• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Cara buat Lada Jalapeno Kering Yang Sedap

7/1/2022

0 Comments

 
Resepi Lada Jalapeno Kering
Lada jalapeno adalah bahan yang popular dalam masakan Mexico selain dari cilantro, lime, dan avocado. Di Malaysia, lada jalapeno boleh didapati dengan mudah dalam rangkaian supermarket. Rasanya agak mild, tidak sepedas cili padi, malah lada jalapeno kering ni boleh dimakan begitu sahaja bagi orang yang tahan pedas.
Resepi lada jalapeno kering rangup
Bahan-bahan:
  • 15 biji lada jalapeno, dihiris nipis.
  • 1 sudu kecil pure olive oil.
  • 1/2 sudu kecil mixed herbs.
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 100° C sambil sediakan bahan-bahan.
  2. Gaul lada jalapeno yang dhiris dengan olive oil, mixed herbs, serta sedikit garam.
  3. Susun satu per satu hirisan lada atas dulang supaya ia kering dengan sekata.
  4. Masukkan kedalam oven dan laraskan suhu ke 80° C dan bakar selama 1 jam.
  5. Keluarkan dari oven bila hirisan lada sudah kering dan rangup. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Picture
Tips:
  1. Selain oven, boleh juga guna air fryer, food dehydrator, atau non-stick pan untuk keringkan jalapeno. Pastikan suhu sangat rendah dan ambil masa yang lama supaya luarannya tidak hangit dan ia kering dengan sekata.
  2. ​Alas oven tray dengan baking paper supaya lada tidak melekat. 
  3. Lada jalapeno kering tahan lama pada suhu bilik.
  4. Sedap dimakan bersama bubur nasi, mee berkuah, ataupun buat kudapan bagi yang boleh tahan pedas.

Selamat mencuba! :)


Kat sini ada banyak resepi yang sedap tau:
  • Salmon panggang bersama sos cendawan berkrim.
  • ​Cara membuat daging kisar goreng sebagai meal prep.
  • Ayam goreng nestum salutan sekata dan tidak berketul.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me