• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture

Resipi Kubis Masak Lemak Putih

5/5/2021

0 Comments

 
Kubis Masak Lemak Putih Senang dan Sedap
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan:
  • 1/2 biji kubis bulat saiz sederhana, dihiris kasar
  • 200ml santan
  • 2 sudu besar ikan bilis, direndam seketika dan ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 1 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 1/2 biji cili merah besar, dihiris kasar
  • 5 biji bebola ikan goreng, dibelah 2
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:
  1. Masukkan santan, ikan bilis, bawang merah, dan bawang putih kedalam periuk.
  2. Hidupkan api sederhana dan sentiasa kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan bebola ikan terlebih dahulu diikuti kubis, dan cili merah. Kacau seketika sehingga kubis lembut.
  4. Tutup api dan perasakan kuah lemak putih dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
  5. ​Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Santan mesti sentiasa dikacau dan tidak boleh berhenti untuk mengelakkan jadi berketul. Saya guna santan kotak M&S. Jika guna santan asli, masak santan cair hingga mendidih terlebih dahulu dan santan pekat dimasukkan akhir sekali, selepas kubis.
  2. Boleh tambah lobak merah, kacang panjang, taugeh, atau tempe jika suka.
  3. Ikan bilis boleh diganti dengan udang kering jika tiada.
  4. Menu ini sangat sedap dimakan bersama ikan goreng dan sambal belacan.

Selamat mencuba! :)

Pelbagai masakan menarik:
  • Resepi daging Ramly kisar goreng pelbagai guna.
  • Cara membuat chili oil seperti restoran makanan cina.
  • Mudahnya nak buat ayam goreng nestum dengan tips salutan yang rata.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

Kasut Plus Size Murah
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me