• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Makanan Sampingan Penambah Selera DiBulan Ramadhan

10/4/2021

0 Comments

 
Sebenarnya hari-hari biasa pun saya selalu je buat atau beli sambal-sambal ni tapi bila Ramadhan kira wajib kena ada kat rumah. Sebabnya pada bulan puasa waktu makan terhad kepada tempoh tertentu (Maghrib-Subuh) jadi makanan sampingan macam ni bukan sahaja menambah selera tetapi boleh jadi penyelamat ketika waktu terdesak. Hmmm teringat zaman duduk asrama, makan simple macam ni pun sedap dah :)
Picture
1. Sambal bilis. Tengok review memang yakin sedap. Makan bersama telur hancur, kicap, bawang merah dan cili padi hiris, perah limau nipis sikit bertambah tambah nasi jadinya.
​Boleh dapatkan disini.
​
Picture
2. Paru rangup. Sedapnyaaaa ratah saje hehehehehe. Siapa suka paru silalah buat bekalan. 
​Saya beli kat sini.
​
Picture
3. Sambal udang cili. Saya pernah kongsikan resipi garlic shrimp chili oil tapi kalau tak berapa rajin nak buat, beli dah siap macam ni pun senang. Semua cakap sedap.
Boleh dapatkan disini.
​
Picture
4. Sambal tempe. Rangup, pedas, cukup rasa, tak cukup satu balang. Silakan....
Boleh dapatkan disini.

Picture
5. Serunding. Kat rumah saya selalu ada serunding daging sebab anak saya suka ratah. Nak sahur senang, makan dengan roti je. Tu pun kalau sahur la ​hehehe...
​Boleh dapatkan disini.

Picture
6. Peria rangup. Favourite juga ni. Pernah buat sendiri tapi macam renyah je. Tak tahu pula ada jual online. Siap ada macam-macam perisa lagi.
Boleh dapatkan disini.
​
Picture
7. Serunding halia. Walaupun dia tulis makanan pantang tapi yang tak berpantang pun boleh makan juga. Anak saya suka ratah juga ni.
Boleh dapatkan disini.
​
Picture
Picture
8. Ikan dan daging pekasam. Saya pernah beli kat sini, sedap jugak. Malas nak try lain saya repeat je dengan kedai ni sebab dah tahu kena dengan selera. Ikan pekasam dia bila masak tak hancur.
Beli ikan pekasam disini.
​Beli daging pekasam disini.


​
Jom cuba resipi masakan menarik ini:
  • Resipi chili oil seperti kedai masakan cina.
  • Colek buah Kelantan Thai yang paling sedap.
  • Senang rupanya nak buat Thai glass noodle prawn salad.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me