• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

rESEPI Telur Dadar Buttermilk

10/1/2022

0 Comments

 
Telur Dadar Buttermilk Senang dan Sedap
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Masakan buttermilk lebih sinonim dengan ayam atau udang, tetapi resepi yang saya nak kongsikan ini menggunakan telur sebagai protein. Memang tak sangka rasanya sangat sedap, sampai anak saya repeat order nak makan telur dadar buttermilk lagi keesokan harinya.

Bahan-bahan telur dadar rangup:
  • 3 biji telur ayam
  • Secubit gula
  • 2 cawan minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan sos buttermilk:
  • 2 sudu besar unsalted butter
  • 1 sudu kecil minyak masak bekas goreng telur
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 biji cili padi, dihiris
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
  • 3/4 tin susu cair, saya guna F&N Susu Isian Sejat
  • 1 sudu kecil tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air ​
Telur Dadar Buttermilk Senang dan Sedap
Cara-cara memasak telur dadar rangup:
  1. Pukul telur bersama secubit gula hingga kembang.
  2. Panaskan minyak hingga berasap.
  3. Sendukkan telur yang dipukul, tuang sedikit demi sedikit dari aras yang tinggi sambil sebelah tangan lagi mengacau minyak dalam bentuk bulatan.
  4. Goreng telur hingga garing, anggaran 2 minit pada api sederhana.
  5. Terbalikkan telur dadar dan goreng bahagian sebelah lagi hingga garing juga.
  6. Angkat telur dan toskan minyak.
  7. Ulang langkah 3 hingga langkah 6 sehingga habis semua telur yang telah dipukul.
  8. Setelah sejuk, potong telur dadar rangup menggunakan gunting atau pisau bagi mendapatkan saiz yang kecil.

Cara-cara memasak sos buttermilk:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan butter.
  2. Masukkan bawang putih diikuti daun kari. Kacau sehingga bawang putih hampir keperangan.
  3. Masukkan cili padi, garam, dan gula. Kacau seketika.
  4. Masukkan susu sejat dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga kuah buttermilk pekat.
  6. Tuangkan sos keatas telur dadar. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Pastikan telur dadar telah sejuk dan sos buttermilk tidak terlalu panas sewaktu dituang keatas telur.
  2. Telur dadar perlu digoreng sedikit demi sedikit dalam minyak yang banyak dan panas supaya ia kembang dan masak dengan garing pada semua bahagian.
  3. Secubit gula ditambah untuk mendapatkan tekstur telur dadar yang keras dan rangup.
  4. Tuang sos buttermilk apabila hendak makan sahaja bagi mengelakkan telur dadar menjadi soggy (menyerap lembapan, lembik, dan tidak lagi rangup).
  5. Guna cili padi merah untuk dapatkan warna hidangan yang lebih menarik.

Tak sangka betul sajian simple macam ni sangat menyelerakan. Selamat mencuba!


Resepi-resepi ini pun sangat sedap dan mudah:
  • Kailan ikan masin yang enak dimakan bersama telur dadar.
  • Resepi udang sos tiram bawang putih ini pasti menambat selera.
  • Cara-cara membuat ayam goreng nestum dengan salutan sekata tidak berketul.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me