• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resipi Udang Masak Lemak Cili Api

4/5/2021

0 Comments

 
Udang masak lemak cili api tanpa bawang
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Menu udang masak lemak cili api ni paling laku kat rumah saya. Nak masak pun sangat senang dan tanpa bawang, cuma guna 5 bahan sahaja.

Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang XL, dibersihkan dan dibuang usus
  • 200ml santan
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 5 biji cili padi
  • 1 batang serai, diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:
  1. Kisar kunyit dan cili padi sehingga hancur lumat.
  2. Panaskan periuk dan masak santan bersama bahan kisar dan serai hingga mendidih. Pastikan guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Masukkan udang kemudian perasakan dengan garam dan gula.
  4. Tutup api sebaik sahaja udang masak. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. ​Boleh masukkan asam keping atau asam jawa jika suka rasa kuah yang sedikit masam dan hirisan daun kunyit untuk lebih aroma.
  2. Boleh juga tambah sayuran seperti pegaga, tomato ceri, kacang buncis, bayam hijau, atau peria.
  3. Udang mempunyai rasa manis semulajadi, berhati-hati apabila perasakan dengan gula. Tidak perlu tambah gula jika rasanya sudah seimbang.
  4. Udang tidak boleh dimasak terlalu lama nanti isinya keras dan liat.

Sangat senang kan? Selamat mencuba! :)

Jom cuba resipi menarik ini:
  • Glass noodle prawn salad seperti di restoran Thai.
  • Begini cara nak buat tauhu berlauk cicah sambal kicap power.
  • Sandwich ala roti john pasar malam - boleh buat dirumah sahaja.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me