• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resipi Udang Sos Tiram Bawang Putih

5/5/2021

0 Comments

 
Resipi Udang Sos Tiram
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan:
  • 200g udang saiz sederhana, dibersihkan dan dibuang usus
  • 5 ulas bawang putih, dicincang kasar
  • 1/2 biji tomato, dicincang kasar
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga hampir garing.
  2. Masukkan tomato dan kacau seketika.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap, kacau sehingga pekat.
  4. Masukkan udang dan minyak bijan, kemudian gaul sebati hingga udang masak.
  5. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Boleh tambah cili padi cincang jika suka pedas.
  2. Jangan masak udang terlalu lama nanti isinya keras dan liat.
  3. Rasa terlebih dahulu sebelum perasakan masakan ini kerana sos tiram dan kicap sudah masin dan manis.
​
Okay, selamat mencuba! :)

Jom cuba masakan menarik ini:
  • Resipi sambal kicap serbaguna.
  • Cara memasak daging goreng Thai resipi asli.
  • Guacamole yang sedap hanya guna 5 bahan sahaja.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me