Peminat wangian pastinya ada lebih dari satu jenis perfume dalam satu-satu masa. Selain dari full size, mini perfume atau decant dari full size perfume menjadi barang yang wajib dibawa bersama sewaktu keluar. Kat sini saya nak kongsikan perfume dengan packaging yang kecil dan nipis, jimatkan ruang didalam beg, malahan ianya muat didalam poket sebab saiz botol ni cuma separuh tapak tangan sahaja. Satu botol 18ml boleh digunakan sehingga 250 kali semburan. Hebat tak? Ni semua hasil saya testing kat Guardian. Bau setiap perfume saya terangkan beserta perfume notes. 1. Cerchio women EDP. Hijau - Chypre Floral ni antara bau perfume yang sophisticated bercirikan rich, musky, dan relaxing.
Purple - Crystelle Nuit memberikan haruman oriental floral yang exotic bercampur wangian bungaan yang lembut.
Pink - Demoiselle Riche mempunyai haruman yang familiar iaitu floral woody musk tetapi lebih classy.
Kuning - Millionaire juga didatangkan dengan haruman floral Woody musk. Berbeza dengan Demoiselle Riche, bau Millionaire kearah haruman mewah dan segar.
**Perfume Cerchio Women adalah 100% vegan. 2. Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Biru - Femme Chic membawa haruman fruity floral gabungan buah-buahan dan bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga, strawberi dan kesturi vanila yang sensual, mencerminkan sisi elegan si pemakai. Silver - Empress menggabungkan haruman bunga-bungaan hijau mewah, melati, lily, cyclamen dan sentuhan lembut musk serta cedarwood untuk sensasi glamor dan elegan. 3. Enchanteur Wonder Woman EDT. Purple - Queen of Courage menggabungkan haruman dari buah-buahan citrus, serta bunga-bungaan yang hangat dan lembut.
Pink - Fighter of Love menampilkan haruman segar, memukau, dan berkarisma semuanya dalam satu semburan.
4. Enchanteur Chic EDT Biru - Mon Magique mendatangkan haruman bunga ros yang full of finesse beserta sentuhan moden, definisi sebenar keanggunan wanita.
Purple - Adore membawa haruman sugar, spice, and everything nice, bauan menawan fruity floral yang unik ini pasti terasa mewah pada si pemakai.
Kuning - Mon Amie merupakan vibrant blend of freshness and uplifting, sesuai untuk imej yang playful and fun.
Pink - Belle Amour memberikan haruman menawan dan ceria beserta lapisan segar terbit dari apple, blackcurrant, dan rose.
5. Enchanteur Luxe EDT. Saya end up beli dua ni. Nama pun Luxe, bauan dari rangkaian ini sememangnya mewah dan elegan. Maroon - Rouge menampilkan bau yang intense, powerful, dan magnetic bersama mysterious spice. Somehow bau rouge ni macam gabungan spice dari salah satu Lancome perfume dan floral notes dari Miss Dior EDP, definitely suits my personality profile!
Pink - D'or membawa haruman moden, elegan, dan feminine. Bau bungaan segar bertenaga dalam masa yang sama lembut, creamy dan harmony. Right now, this is my favourite bedtime fragrance. Dah bangun tidur esok pagi pun masih wangi.
Perfume notes adalah penerangan tentang gabungan lapisan haruman yang dihidu sewaktu perfume dipakai. Top notes ialah bau pertama yang dialami apabila kita mula-mula memakai perfume. Kemudian, middle notes, atau juga dipanggil heart notes, adalah hasil bau selepas top notes sedikit pudar. Akhir sekali bottom atau base notes iaitu bauan yang muncul selepas dipakai seketika. Ia boleh mengambil masa sehingga satu jam untuk bau dari bottom notes terbit selepas dihangatkan oleh suhu badan. Jadi, bau yang lebih dominan pada perfume adalah gabungan middle notes dan juga bottom notes.
Tips: sebelum memutuskan untuk membeli perfume, sebaiknya cuba sembur pada kulit dan biarkan sehingga satu jam. Pergi berjalan-jalan atau makan dulu sambil tunggu. Lepas tu cuba hidu balik perfume tadi, itulah haruman sebenar perfume pada setiap individu selepas top notes sedikit pudar.
0 Comments
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
November 2022
Categories
All
|