• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Lifestyle, travel, and hacks by adawiyahrusli
Celovis Personalize Jewellery

Susun Atur Bahan Dapur Yang Jimatkan Ruang

29/3/2021

0 Comments

 
Tempat simpan bawang
SEBELUM
Karung bawang dan spice rack
SELEPAS
​Asalnya saya susun spice jar dan tissue roll atas IKEA Variera shelf insert. Bila lama-lama rasa macam dia makan ruang sebab kat situ biasanya saya prep bahan masakan dan anak saya pun gunakan ruang tu untuk tolong saya didapur.

Saya decide nak tukar shelf insert tu kepada spice rack jenis lekat di dinding supaya kaunter dapur lebih clear. Saya mencari spice rack yang kukuh, tak perlu drill, dan warna hitam. Lama punya survey akhirnya saya beli yang ni.

Size yang saya pilih rack yang muat 4 bekas rempah dan dalam package tu disertakan sekali cangkuk, gam, serta skru. Cara nak pasang sangat senang. Saya guna gam sahaja untuk lekatkan pada dinding.
  1. Ukur ruang antara dua cangkuk yang nak sangkut spice rack dan tanda pada dinding. Ruang antara spice rack pula jangan terlalu rapat dan pastikan ada cukup ruang untuk ambil dan letak spice jar.
  2. Sapukan gam pada sebelah dalam cangkuk dan lekatkan pada dinding yang ditanda tadi. Gam mengambil masa 30 minit untuk kering jadi gunakan selefon tape untuk elakkan cangkuk melurut turun kebawah.
  3. Walaupun gam dah kering, dalam arahan produk dia tulis boleh sangkut spice rack selepas 24 jam.
  4. Dah cukup 24 jam boleh tanggalkan selefon tape dan sangkut spice rack pada cangkuk.
  5. Susun barang dapur atas rack mengikut citarasa sendiri.​
​Saya mulanya bimbang nak guna gam sahaja, dahlah tiles pada dinding tu bukan licin dan flat tapi ada tekstur berlekuk. Tapi gam dia bagi ni memang sangat kukuh, dan berbulan-bulan pakai okay sahaja.
Spice rack dan bekas bawang
SEBELUM
Bekas bawang dan spice rack
SELEPAS
Spice rack hitam saya beli kat sini.

Bawang pun sangkut kat dinding je senang. Yang ni tak payah drill, tak payah gam. Kalau berkenan dengan karung bawang dengan penyangkut dia ada kat kedai ni.

Thanks for reading! :)

Lain-lain bacaan menarik:
  • Mudahnya nak buat maggi goreng seafood.
  • Resipi sandwich roti john seperti pasar malam.
  • Idea picnic yang aesthetic dan pasti instagrammable.
  • Perbandingan kandungan minyak dalam 3 jenis moisturizer.
  • Panduan untuk memilih exfoliation method yang sesuai dengan gaya hidup.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Rumah Harum Semerbak Seperti Kedai Lovely Lace

28/3/2021

0 Comments

 
Photos from https://greateasternmall.com.my/listings/lovely-lace/
​Bila lalu dekat kedai Lovely Lace dari jauh lagi boleh bau signature scent dia. Dulu saya selalu beli Tiger Lily Reed Diffuser letak dekat office cubicle untuk bagi semangat buat kerja. Sekarang dah boleh bawa bau wangi tersebut kat rumah sendiri yeay!  Saya beli air freshener refill bau Teddy's Dream dengan Dewberry, dan juga car perfume. Kereta pun nak bau LL juga ye...​
Picture
​​Botol air freshener refill Lovely Lace (LL) boleh muat dalam Glade auto dispenser saya yang dah sedia ada. Tapi kalau tiada auto dispenser boleh beli sekali dengan refill ni kat LL.  LL refill kecik sikit Berbanding Glade refill tapi sampai je untuk ditekan oleh auto dispenser.
​Teddy's Dream ialah bau signature scent Lovely Lace, yang kita jalan tak masuk kedai lagi dah semerbak tu. Dewberry bau fresh fruity floral, sangat lembut dan menenangkan jiwa. Dua-dua sangat wangi!

Satu refill can ni boleh tahan sehingga 3 bulan bila saya set automatic dispenser timer kepada 36 minit. Kira okay lah tu, pelaburan yang berbaloi. Bila rumah wangi, mood semua orang pun baik je.

Selain reed diffuser dan air freshener refill, dia ada car fragrance dan room/linen spray juga. Ataupun beli fragrance oil dia dan titiskan dalam spray bottle berisi air untuk DIY room freshener.  Senang je kan nak rumah berbau wangi :)

Jom baca artikel menarik ni:
  • Cara buat jeruk mangga tanpa cuka.
  • Tips penjagaan kulit jenis kombinasi berminyak.
  • Begini rupanya rutin penjagaan kulit untuk beginners.
  • ​4 bahan pencuci yang mesti ada dirumah untuk mudahkan kerja.
  • Bolehkah nak pakai chemical exfoliator (AHA-BHA) pada waktu siang?
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Welcome to my World

25/3/2021

0 Comments

 
Assalamualaikum and Hi..

This is my first post. I am excited to finish building this website, where I will write about things I'm passionate about or or share any interesting experience. Thank you for reading, and welcome to my world :)
​
Malaysian Skincare, Food, and Lifestyle Blog.
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    November 2022
    February 2022
    January 2022
    October 2021
    September 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Alatan Pencuci
    Bilik Tidur
    Clothing
    Coffee
    DIY
    Family Time
    Home Decor
    Menu Sihat
    Organizer
    Ruang Dapur
    Ruang Tamu
    Workout

    Brew & Bread Drip Bag Coffee
    Baking Supplies Azim Bakery
    Enchanteur Perfume untuk wanita
    Celovis Personalize Jewellery
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me