• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Lifestyle, travel, and hacks by adawiyahrusli
Celovis Personalize Jewellery

Cara Mudah Untuk Potong DAging Nipis

25/4/2021

0 Comments

 
Picture
Nak potong daging nipis-nipis sebenarnya mudah je kalau ikut langkah ni:
  1. Bekukan daging selama 2 jam. Saya memang bekukan semua lauk basah ikut bahagian atau sukatan sekali masak. Jadi bila nak guna cuma bawa keluar selama 30 min hingga 1 jam untuk lembutkan sedikit.
  2. Keluarkan daging dan potong daging yang masih beku ikut ketebalan nak macam mana. Masa potong tu boleh rasa macam potong ais.
  3. Daging sewaktu beku masih keras, jadi kita boleh dapat hirisan nipis sekata dengan senang.

Tips:
  1. Lapik papan pemotong dengan kain untuk elakkan ia mudah bergerak sewaktu memotong.
  2. Gunakan pisau yang cukup tajam untuk memotong. Saya guna jenis meat cleaver.
  3. Potong daging arah melintang urat supaya daging lembut bila dimasak.

Lepas tu boleh lah masak kari ke, teppanyaki ke, bulgogi ke, kari ke. Yang ni saya nak buat goreng bihun. Allright, selamat mencuba! :)​

Lain-lain bacaan menarik:
  • Tips untuk melabur pada skincare dengan bijak.
  • Benarkah alkohol dalam skincare memudaratkan kulit?
  • Muka berpeluh selepas pakai krim dan cara mengatasinya.
  • Resipi salmon panggang bersama sos cendawan shiitake berkrim.
  • Jadikan rumah dan kereta harum semerbak dengan haruman Lovely Lace.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

4 Barang Pencuci Yang Wajib Ada Di Setiap Rumah

24/4/2021

0 Comments

 
Saya suka barang-barang yang membantu kerja rumah tanpa perlukan banyak human effort. Boleh jimat masa dan tenaga.

First time guna no. 3 dengan no. 4 tu saya tuang kat toilet bowl dengan spray kat sinki dan lantai, kemudian tinggal pergi buat kerja lain. Lepas  30 minit saya datang nak cuci tengok hitam-hitam tu semua dah hilang. Saya pergi tanya suami saya kenapa dia cuci toilet, saya nak tengok macam mana produk ni bekerja. 

Emmm dia nampak terpinga-pinga, suruh saya bertenang dulu. Lepas tu dia bagitau dia sebenarnya meeting dari pagi dan tak bangun langsung dari kerusi. Kalau ada someone cuci toilet, confirm bukan dia. Saya pergi check balik and nampak kesan toilet cleaner warna biru tu masih ada, kat sinki dan lantai pun ada lagi, belum dibilas. Hehehe gelabah je lebih. Bagus betul toilet cleaner ni, tak perlu sental langsung!

Jom tengok apa 4 barang pencuci tersebut:
​
Dettol Kitchen Cleaner Untuk Cuci Dan Kemas Dapur
1. Kitchen Cleaner.
Atau lebih tepat lagi Dettol Kitchen Cleaner. Saya pernah guna beberapa jenama lain tetapi Dettol paling power dalam membersih minyak dan tumpahan makanan pada permukaan. Cuma perlu spray dan lap dengan tissue sahaja untuk bersihkan permukaan dapur. Semut pun tak naik kalau bersihkan dapur guna Dettol ni, memang bagus!
Pencuci Peti Sejuk, Microwave, Oven
2. Microwave and Fridge Wipes.
Sangat berkesan untuk membersihkan makanan atau air yang tumpah dan melekat dalam peti sejuk atau microwave. Sebelum ni saya guna air suam dan lemon untuk lap peti sejuk, microwave, oven, dan coffee machine. Tapi guna wipes ni lagi best sebab dia dapat membersih lebih baik, kurang sentalan, bau wangi, serta anti-bacterial.
Pencuci Tandas Clorox Tanpa Sentalan
3. Toilet Bowl Cleaner.
Seperti yang saya cerita diatas, cuma perlu tuang sekeliling mangkuk tandas, biarkan selama 30 minit, lepas tu flush. Bersih berkilat, tak perlu sental langsung. Mengagumkan! Tapi yang tak perlu sental tu bila guna toilet bowl cleaner botol biru dari Clorox ni je. Yang lain saya pernah cuba sebelum ni masih kena sental sikit-sikit baru bersih.
Pencuci Lumut dan Kulapuk Clorox
4. Mold & Mildew Remover.
Sama seperti pencuci tandas no. 3, pencuci kulapuk dan lumut dari Clorox ni pun cuma perlu spray, tinggal 30 minit, kemudian bilas. Tak perlu lap atau sental, sumpah best. Saya spray pada sinki toilet, sinki dapur, toilet seat, bakul toiletries, tiles, kepala shower, basically kat tempat yang berpotensi naik kulat/lumut. Sangat menyenangkan kerja rumah.

Okay, sekarang dah tahu kan apa yang best? Barang-barang ni semua saya beli di supermarket ataupun boleh order online je. That's all from me, thanks for reading! :)

Artikel menarik:
  • Jadikan rumah harum semerbak seperti kedai Lovely Lace
  • Cara menyusun barang dapur supaya jimatkan ruang
  • Idea summer picnic yang menarik dan mudah dibawa
  • Cara membuat sotong goreng tepung yang rangup
  • Resipi garlic shrimp chilli oil seperti kedai masakan cina
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Idea Picnic Yang Menarik Dan Mudah Dibawa

1/4/2021

0 Comments

 
Picnic di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
Lokasi: Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.
​​Saya sangat suka summer picnic, walaupun kat Malaysia ni memang summer je sepanjang masa. Hamparan picnic mat, wooden and glass set up, finger food, coffee, cushion, throw blanket, serta bunga bagi menambahkan nilai estetik.

Sebenarnya tak perlu upah party organizer pun, boleh diy sendiri sebab barang-barang picnic semua senang didapati dan picnic set-up tu boleh digunakan berkali-kali.

Kat sini saya senaraikan cadangan barang-barang picnic beserta pautan untuk pembelian. Tak perlu semua, boleh bawa apa-apa yang bersesuaian.

Set-up and Decor:
  • Bakul rotan (picnic basket)
  • Alas duduk corak kotak-kotak (checkered picnic mat)
  • Tempat letak makanan 2 tingkat (2 tier food stand)
  • Meja boleh lipat (foldable table)
  • Dulang kayu (wooden tray)
  • Set peralatan makan kayu (wooden cutlery set)
  • Kertas lilin (wax paper)
  • Bekas kedap udara kaca (mason jar)
  • Botol air kaca (glass water bottle)
  • Pressed coffee maker
  • Cawan dan piring (cup and saucer)
  • Cawan kaca (glass cup)
  • Sarung kusyen dan isi kusyen (cushion cover and insert)
  • Selimut (throw blanket)
  • Bunga dan pasu (flowers and vase)
  • Buku (book)
  • Topi (hat)

Food and Drinks:
  • Baguette
  • Croissant
  • Mini jam
  • Tuna mayo
  • Cadbury cheese tart
  • Mini Trifles
  • Banana
  • Strawberry
  • Grape
  • Orange
  • Chilled plain water
  • Juice
  • Coffee and Tea
Source: https://unsplash.com/s/photos/picnic
​Satu lagi, kalau susah untuk ke taman atau cari kawasan berumput, boleh buat picnic kat dalam rumah. Cari sudut yang lapang dan dekat dengan sumber cahaya untuk dapatkan outdoor mood. 

Rajin-rajin tengok gambar picnic sebagai inspirasi untuk susun atur dan hiasan barulah gambar nampak menarik. Saya sendiri pun banyak kali dah picnic dalam rumah sebab MCO. Dalam rumah sejuk sikit hehehe...

Thanks for reading! Harapnya perkongsian ini bermanfaat :)

Lain-lain artikel menarik:
  • Tips untuk mengecilkan pori.
  • Senarai workout outfit yang hijab friendly.
  • Resipi tauhu berlauk dan sambal kicap power.
  • Status kandungan PITERA dalam produk SK-II.
  • Cara untuk membuka akaun SSPN secara online.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    November 2022
    February 2022
    January 2022
    October 2021
    September 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Alatan Pencuci
    Bilik Tidur
    Clothing
    Coffee
    DIY
    Family Time
    Home Decor
    Menu Sihat
    Organizer
    Ruang Dapur
    Ruang Tamu
    Workout

    Brew & Bread Drip Bag Coffee
    Baking Supplies Azim Bakery
    Enchanteur Perfume untuk wanita
    Celovis Personalize Jewellery
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me