• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Lifestyle, travel, and hacks by adawiyahrusli
Celovis Personalize Jewellery

Cara Semak Penyata SSPN-i Secara Online

18/5/2021

0 Comments

 
Dah buka akaun SSPN-i untuk anak tersayang? Kalau belum, boleh lihat cara-cara nak buka akaun SSPN-i tanpa perlu beratur dikaunter.

Kat sini saya ajarkan cara untuk mendaftar akaun e-SSPN pula. Okay yang akaun SSPN-i tadi tu lain, kita buka akaun SSPN-i untuk anak. Akaun e-SSPN ni untuk memudahkan kita semak penyata, buat permohonan potongan dari direct debit, serta buat permohonan pengeluaran akaun SSPN-i semuanya secara online. Umpama kita pergi  buka akaun bank, lepas dah ada akaun bank tu baru boleh daftar perbankan online. Gitu...

Cara-cara mendaftar e-SSPN
  • Layari https://www.ptptn.gov.my/sspn-online-registration-webapp/registration/edit dan isikan semua maklumat dengan betul. Tekan 'Simpan'.
daftar e-SSPN untuk semak SSPN-i secara online
  • Jika tiada sebarang masalah tentang maklumat pendaftaran, kita akan dapat notifikasi bahawa pendaftaran telah berjaya. Okay, dah siap dafter e-SSPN.
daftar e-SSPN untuk semak SSPN-i secara online
  • Untuk login, layari https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html dan isikan nombor kad pengenalan pendeposit beserta kata laluan yang didaftarkan. Tekan 'Hantar'.
daftar e-SSPN untuk semak SSPN-i secara online
  • Lepas dah login, kat e-SSPN ni kita boleh buat permohonan pengeluaran, pendaftaran direct debit, penyata hasil untuk tolakan cukai, serta penambahan deposit. Semuanya dihujung jari je, mudah kan! :)

Cara-cara menambah deposit akaun SSPN-i melalui e-SSPN
Saya transfer duit raya anak saya kedalam akaun SSPN-i. Cuma 3 langkah sahaja:
  • Di bahagian 'Penambahan Deposit' tu masukkan jumlah yang kita nak simpan. Tekan 'Tambah'.

deposit SSPN-i melalui e-SSPN
  • Kita akan dibawa ke halahaman PTPTN Online Payment Gateway. Pilih bank, masukkan alamat email, tanda kotak untuk bersetuju dengan FPX Terms and Conditions, lepas tu tekan bayar dengan FPX.
deposit SSPN-i melalui e-SSPN
  • Teruskan proses bayaran sehingga selesai. Setelah itu resit rasmi dijana sebagai bukti pembayaran. Boleh simpan resit jika perlu sebagai rujukan. Proses penambahan deposit dah selesai.
Resit Rasmi SSPN
Penambahan deposit juga boleh dibuat melalui maybank2U, cimbclicks, myBSN, potongan gaji, atau melalui kaunter PTPTN secara tunai atau menggunakan kat debit.

Nanti bila nak declare tax, bahagian tolakan SSPN tu akan automatik terisi dengan tabungan yang kita buat sepanjang tahun tersebut. Boleh crosscheck jumlah yang tertulis disitu dengan penyata hasil dari e-SSPN.

Okay, semoga bermanfaat! :)


Artikel menarik:
  • Pasang spice rack tanpa perlu drill dinding.
  • Aneka resepi untuk penggemar masakan Thai.
  • Kenapa muka berpeluh selepas pakai moisturizer?
  • Resipi maggi goreng seafood guna 5 bahan sahaja.
  • Rumah dan kereta harum dengan wangian Lovely Lace.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Cara membuka Akaun SSPN-i Secara Online

18/5/2021

0 Comments

 
Saya pelbagaikan (diversify) simpanan anak saya di beberapa tempat iaitu Tabung Haji, ASB, Emas, Unit Trust, dan SSPN. Simpanan dalam SSPN ni tak dapat banyak pun, sekadar offset dengan kadar inflasi negara. Boleh tengok dividen tahun-tahun terdahulu disini. Tapi simpanlah juga kat sini sikit sebab tak mahu letak semuanya dalam satu bakul bagi mengurangkan risiko.
​
Untuk buka akaun SSPN-i ni, saya buat semuanya secara online sahaja, tak perlu susah-susah beratur dikaunter. Yang saya buka ni akaun SSPN-i, ada satu lagi produk iaitu SSPN-i Plus. Boleh baca perbezaan SSPN-i dengan SSPN-i Plus untuk pilih mana produk yang sesuai.

​Cara-cara membuka akaun SSPN-i
  • Layari https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount dan isikan maklumat Pendeposit (diri sendiri), Penerima Manfaat (anak), Waris Terdekat, dan Deposit. Bahagian yang bertanda asterik merah tu wajib isi, yang tiada asterik tak isi pun takpe.
Cara mendaftar akaun sspn-i secara online
Cara mendaftar akaun sspn-i secara online
  • Boleh deposit serendah RM 20 sahaja untuk membuka akaun. Kod eksekutif PTPTN kalau ada boleh isi. Saya isi je kod yang jumpa kat online: 000002008.  ID Ejen adalah kod rasmi bagi Eksekutif Pemasaran yang sah dilantik oleh pihak PTPTN. (Kegagalan memasukkan ID Ejen menyukarkan ejen untuk membantu anda dapatkan Pengesahan Pembukaan Akaun).
  • ​​Baca disclaimer dan tanda kotak jika bersetuju. Kalau tak bersetuju tak boleh teruskanlah, jadi apa pilihan pengguna ada kan hew hew hew. Ok lepas tu tekan 'Hantar'.
Cara mendaftar akaun sspn-i secara online
  • Dekat halaman ni dia akan tunjuk nombor akaun SSPN dan jumlah deposit. Tekan 'Bayar'.
cara daftar akaun sspn online, mudah sahaja
  • Bayaran dibuat melalui PTPTN Online Payment Gateway. Pilih bank untuk membuat bayaran, masukkan alamat email, jangan lupa tekan kotak untuk bersetuju dengan  FPX Terms and Conditions.
  • Tekan 'Bayar dengan FPX' dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
cara daftar akaun sspn online, mudah sahaja
  • Selepas pembayaran selesai, resit rasmi pembayaran dan pembukaan akaun SSPN-i dijana. Boleh simpan resit sebagai rujukan dimasa hadapan.
resit rasmi sspni, cara daftar sspni online
Allright... dengan itu dah selesai cara nak buka akaun SSPN-i untuk anak. Senang kan? Antara manfaat penting simpanan SSPN-i ini adalah:
  • Pengecualian cukai sehingga RM 8000.
  • Perlindungan Takaful terhadap kematian dan keilatan kekal menyeluruh secara percuma untuk pendeposit yang mempunyai simpanan RM 1000 keatas.
  • Pemberian Geran Sepadan kepada pendeposit yang layak.

Zaman sekarang SSPN dah takde kad atau buku penyata, jadi nak semak penyata simpanan SSPN kena hubungi talian khidmat pelanggan, hadir ke cawangan PTPTN/ bank berdekatan, atau cara paling mudah ialah daftar e-SSPN untuk semakan secara online sahaja. Lihat cara-cara mendaftar akaun e-SSPN disni.

Semoga bermanfaat! :)

Lagi artikel menarik:
  • Begini cara yang betul untuk menggunakan toner.
  • Pasang rak dengan mudah tanpa perlu drill dinding.
  • Pelbagaikan menu masakan dengan resipi ayam goreng nestum.
  • Rangkaian produk Paula's Choice kini mudah didapati di Malaysia.
  • Serum untuk mengawal minyak dan mengurangkan cela pada muka.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    November 2022
    February 2022
    January 2022
    October 2021
    September 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Alatan Pencuci
    Bilik Tidur
    Clothing
    Coffee
    DIY
    Family Time
    Home Decor
    Menu Sihat
    Organizer
    Ruang Dapur
    Ruang Tamu
    Workout

    Brew & Bread Drip Bag Coffee
    Baking Supplies Azim Bakery
    Enchanteur Perfume untuk wanita
    Celovis Personalize Jewellery
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me