Memang seronok sebenarnya buat bbq steamboat dirumah, lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Sambil makan-makan, boleh layan TV juga. Anak-anak pun boleh belajar memasak, yang penting kena pantau la, takut terkena panas. Nak sediakan bbq steamboat cukup mudah. Apa yang perlu:
1. Makanan untuk grill tu potong kecil-kecil supaya mudah masak dan mudah dimakan. Lepas tu perap ikut resepi ni, pasti terangkat: 2. Sos pencicah saya buat sendiri sebab ada lebihan sambal belacan. Beli yang dah siap macam sos pencicah ni pun senang, dan serious sedap. Bila tambah hirisan daun ketumbar terus rasa mahal. Restoran dan hotel pun banyak guna sos ni tau. 3. Kuah steamboat pula boleh pilih ikut selera. Kadang-kadang saya buat sup ayam. Tapi yang paling laku ialah kuah ala oden. Campurkan 2 paket perencah asam pedas, 3 sudu besar Thai chili paste, sedikit asam jawa dan garam secukup rasa. Tambah air dan kacau semuanya. 4. Makanan untuk steamboat saya beli yang sudah campur dalam satu packet. 5. Sayur-sayuran pun ikut kesukaan anak. Ada cendawan enoki, ada lobak merah, ada daun salad.
6. Alas meja pakai buang ni tak perlu pun takpe, cuma nak mudahkan kerja lepas makan je. Walaupun jenis pakai buang, tapi coraknya sangat aesthetic. 7. Perkakas paling penting untuk bbq steamboat ni mestilah kuali dia, kalau tak nak masak atas apa hehehe.. Saya recommendkan guna kuali ni sebab saya sendiri dah pakai lebih dari 2 tahun, masih berfungsi macam baru. Apa yang saya suka pasal kuali 2 dalam 1 ni:
Kuali ni juga sesuai untuk dibawa kemana-mana sebab dia ringan je. Bawa pergi camping pun layan nih sebab ada bahagian grill dan hot pot sekali, dengan kawalan suhu berasingan. Walaupun nampak kecil tapi okay la, saya pernah makan dengan family 8 orang dewasa. Dia tak berat sangat lepas tu senang nak cuci. Lepas kuali dah sejuk, kerak-kerak tu tanggal dengan sendiri bila siram air, effortless cleaning. Jadi, senang tak senang nak bbq steamboat dirumah? Artikel menarik yang lain:
0 Comments
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
November 2022
Categories
All
|