Dah habis idea nak buat aktiviti apa bersama keluarga dan rakan-rakan? Boleh pertimbangkan aktiviti membuat kek dan biskut di baking studio yang instagrammable ni. Bakebe MY terletak di aras G3, Blok C, Publika Shopping Gallery. Kalau masuk dari pintu BIG di UG, naik eskalator dua kali ke tingkat G3, baking studio ni ada kat sebelah kiri. Senang nak perasan sebab lokasinya berhampiran dengan eskalator, selain dari interior dan warna studio yang menyerlah berbanding jiran tetangga. Kalau tak pandai langsung baking (macam saya) pun tiada masalah. Datang bawa diri je sebab semua pilihan resepi, bahan-bahan, dan peralatan ada disediakan disini. Terdapat banyak charging station untuk iPhone serta tripod dan ring light turut disediakan. Memang seronok nak mencipta kenangan sebab setiap sudut ada pencahayaan yang bagus dan dekorasi yang estetik. Sebelum ni boleh datang secara walk in sahaja tapi sekarang kena tempah slot masa terlebih dahulu memandangkan situasi Covid masih tak berapa baik. Lepas dah confirm, datang ke studio pada waktu yang djanjikan dan buat pilihan resepi mana yang kita nak baking. Ada beberapa tahap kesukaran tapi jangan risau iPad disediakan dengan panduan langkah demi langkah sepanjang proses baking. Saya yang first timer pun rasa senang je buat kek difficulty level 4. Boleh minta bantuan staff juga kalau kita tak jumpa peralatan atau bahan-bahan. Confirmkan pakej dan menu mana yang kita nak, lepas tu buat bayaran. Saya pilih Family Package (2 dewasa 1 kanak-kanak) untuk buat Day Dreaming cake. Setiap orang diberikan satu apron untuk dipakai bagi melindungi baju. Lepas tu apa lagi, mula lah bergambar! Ceh.. baking pun baking juga, tempat cantik kenalah tangkap gambar kan? Dalam iPad tu ada resepi yang kita dah pilih tadi, just ikut je langkah-langkah dalam resepi tu. Ada video disertakan sekali so tak perlu risau lah. Satu perkara yang buat saya teruja, mixer dia guna Kitchen Aid. Beranganlah dulu, dah pandai baking baru berbaloi nak beli. Bila baking bersama kanak-kanak, banyak nak kena buat dalam masa yang sama. Kena guide dia, kena perhatikan takut bahaya atau barang-barang rosak. Jadi, boleh sangkut je phone dekat tripod supaya senang nak bergambar sambil buat kek. Sebenarnya kitorang bukan nak baking sangat, tapi lebih kepada nak berikan exposure kepada budak ni, kesian dia lama tak lihat dunia dan interact dengan orang. Boleh sangat nak buat aktiviti macam ni kat rumah cuma banyak barang-barang baking nak kena beli (bukan guna semua), lepas tu renyah nak kemas. Trauma dia sepahkan icing sugar satu dapur masih belum hilang keh keh keh. So baking studio adalah lebih convenient memandangkan objektif aktiviti kitorang lebih kepada bonding, sensory, dan learning, bukan nak jadi professional baker. Oh ya, lepas dah guna peralatan semua tu, boleh hantar ke station dan staff tolong bersihkan. Terima kasih! :) Total baking time untuk kek Day Dreaming adalah 3 jam. Tapi tak rasa pun masa berlalu sebab seronok buat aktiviti bersama keluarga. Lepas dah siap, kek tu dibungkus dengan cantik untuk dibawa balik. Rupa kek kitorang buat sangatlah eye catching dengan jaluran warna pastel membaluti kek coklat didalamnya. Memang nampak Day Dreaming lah. Kek coklat tu bagi saya agak kering, mungkin sebab kitorang baru pertama kali buat. Tapi rasanya sedap, tak manis, dan seimbang bila makan bersama cream.
Jadi kalau rasa nak baking tapi malas nak beli bahan-bahan, peralatan, kerja-kerja pencucian, boleh datang baking di BakeBe secara individu ataupun berkumpulan. That's all, thanks for reading! Lain-lain artikel menarik:
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
November 2022
Categories
All
|