Saya suka barang-barang yang membantu kerja rumah tanpa perlukan banyak human effort. Boleh jimat masa dan tenaga. First time guna no. 3 dengan no. 4 tu saya tuang kat toilet bowl dengan spray kat sinki dan lantai, kemudian tinggal pergi buat kerja lain. Lepas 30 minit saya datang nak cuci tengok hitam-hitam tu semua dah hilang. Saya pergi tanya suami saya kenapa dia cuci toilet, saya nak tengok macam mana produk ni bekerja. Emmm dia nampak terpinga-pinga, suruh saya bertenang dulu. Lepas tu dia bagitau dia sebenarnya meeting dari pagi dan tak bangun langsung dari kerusi. Kalau ada someone cuci toilet, confirm bukan dia. Saya pergi check balik and nampak kesan toilet cleaner warna biru tu masih ada, kat sinki dan lantai pun ada lagi, belum dibilas. Hehehe gelabah je lebih. Bagus betul toilet cleaner ni, tak perlu sental langsung! Jom tengok apa 4 barang pencuci tersebut: 1. Kitchen Cleaner. Atau lebih tepat lagi Dettol Kitchen Cleaner. Saya pernah guna beberapa jenama lain tetapi Dettol paling power dalam membersih minyak dan tumpahan makanan pada permukaan. Cuma perlu spray dan lap dengan tissue sahaja untuk bersihkan permukaan dapur. Semut pun tak naik kalau bersihkan dapur guna Dettol ni, memang bagus! 2. Microwave and Fridge Wipes. Sangat berkesan untuk membersihkan makanan atau air yang tumpah dan melekat dalam peti sejuk atau microwave. Sebelum ni saya guna air suam dan lemon untuk lap peti sejuk, microwave, oven, dan coffee machine. Tapi guna wipes ni lagi best sebab dia dapat membersih lebih baik, kurang sentalan, bau wangi, serta anti-bacterial. 3. Toilet Bowl Cleaner. Seperti yang saya cerita diatas, cuma perlu tuang sekeliling mangkuk tandas, biarkan selama 30 minit, lepas tu flush. Bersih berkilat, tak perlu sental langsung. Mengagumkan! Tapi yang tak perlu sental tu bila guna toilet bowl cleaner botol biru dari Clorox ni je. Yang lain saya pernah cuba sebelum ni masih kena sental sikit-sikit baru bersih. 4. Mold & Mildew Remover.
Sama seperti pencuci tandas no. 3, pencuci kulapuk dan lumut dari Clorox ni pun cuma perlu spray, tinggal 30 minit, kemudian bilas. Tak perlu lap atau sental, sumpah best. Saya spray pada sinki toilet, sinki dapur, toilet seat, bakul toiletries, tiles, kepala shower, basically kat tempat yang berpotensi naik kulat/lumut. Sangat menyenangkan kerja rumah. Okay, sekarang dah tahu kan apa yang best? Barang-barang ni semua saya beli di supermarket ataupun boleh order online je. That's all from me, thanks for reading! :) Artikel menarik:
0 Comments
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
November 2022
Categories
All
|