• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Lifestyle, travel, and hacks by adawiyahrusli
Celovis Personalize Jewellery

Senang Sangat Nak BBQ Grill Dan Steamboat Dirumah

1/11/2022

0 Comments

 
Resepi BBQ Grill Steamboat Sedap
Memang seronok sebenarnya buat bbq steamboat dirumah, lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Sambil makan-makan, boleh layan TV juga. Anak-anak pun boleh belajar memasak, yang penting kena pantau la, takut terkena panas.

Nak sediakan bbq steamboat cukup mudah. Apa yang perlu:
  1. Makanan untuk dibakar (grill).
  2. Sos pencicah.
  3. Kuah steamboat.
  4. Makanan untuk direbus (steamboat).
  5. Sayur-sayuran.
  6. Alas meja pakai buang.
  7. Yang paling penting, guna kuali non-stick bbq steamboat ni.

1. Makanan untuk grill tu potong kecil-kecil supaya mudah masak dan mudah dimakan. Lepas tu perap ikut resepi ni, pasti terangkat:
Resepi BBQ Grill Paling Sedap
2. Sos pencicah saya buat sendiri sebab ada lebihan sambal belacan. Beli yang dah siap macam sos pencicah ni pun senang, dan serious sedap. Bila tambah hirisan daun ketumbar terus rasa mahal. Restoran dan hotel pun banyak guna sos ni tau.
3. Kuah steamboat pula boleh pilih ikut selera. Kadang-kadang saya buat sup ayam. Tapi yang paling laku ialah kuah ala oden. Campurkan 2 paket perencah asam pedas, 3 sudu besar Thai chili paste, sedikit asam jawa dan garam secukup rasa. Tambah air dan kacau semuanya.
4. Makanan untuk steamboat saya beli yang sudah campur dalam satu packet.
5. Sayur-sayuran pun ikut kesukaan anak. Ada cendawan enoki, ada lobak merah, ada daun salad.
​
6. Alas meja pakai buang ni tak perlu pun takpe, cuma nak mudahkan kerja lepas makan je. Walaupun jenis pakai buang, tapi coraknya sangat aesthetic.
7. Perkakas paling penting untuk bbq steamboat ni mestilah kuali dia, kalau tak nak masak atas apa hehehe.. Saya recommendkan guna kuali ni sebab saya sendiri dah pakai lebih dari 2 tahun, masih berfungsi macam baru. Apa yang saya suka pasal kuali 2 dalam 1 ni:
  • Grill yang tidak melekit, tak perlu lapik apa-apa langsung. Sangat mudah dicuci.
  • 2 pelaras suhu yang berbeza untuk bahagian grill dan hotpot. Takdelah kuah menggelegak melimpah sambil grill tu.
  • Nampak kecil tapi boleh masak untuk 8 orang!
  • Plug Malaysia, tak perlu beli adapter dah.
  • Mudah alih, asalkan ada plug point - settle. ​
BBQ Grill Steamboat di rumah
Kuali ni juga sesuai untuk dibawa kemana-mana sebab dia ringan je. Bawa pergi camping pun layan nih sebab ada bahagian grill dan hot pot sekali, dengan kawalan suhu berasingan. Walaupun nampak kecil tapi okay la, saya pernah makan dengan family 8 orang dewasa. Dia tak berat sangat lepas tu senang nak cuci. Lepas kuali dah sejuk, kerak-kerak tu tanggal dengan sendiri bila siram air, effortless cleaning.

Jadi, senang tak senang nak bbq steamboat dirumah?

Artikel menarik yang lain:
Tips potong daging supaya tidak liat
Tips mudah untuk potong daging nipis sekata.
Alatan Pencuci Rumah Paling Berkesan
Alatan pencuci yang WAJIB ada di setiap rumah.
Resepi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Sedapnya ayam goreng kunyit Mat Rock ni.
<< Previous
Next >>
0 Comments

Haruman Memukau Bersaiz Poket

6/2/2022

0 Comments

 
Peminat wangian pastinya ada lebih dari satu jenis perfume dalam satu-satu masa. Selain dari full size, mini perfume atau decant dari full size perfume menjadi barang yang wajib dibawa bersama sewaktu keluar.

Kat sini saya nak kongsikan perfume dengan packaging yang kecil dan nipis, jimatkan ruang didalam beg, malahan ianya muat didalam poket sebab saiz botol ni cuma separuh tapak tangan sahaja. Satu botol 18ml boleh digunakan sehingga 250 kali semburan. Hebat tak?
​
Ni semua hasil saya testing kat Guardian. Bau setiap perfume saya terangkan beserta perfume notes.
Perfume travel bersaiz poket terdapat di Guardian.
1. Cerchio women EDP.

Hijau - Chypre Floral ni antara bau perfume yang sophisticated bercirikan rich, musky, dan relaxing.
  • Top Notes : Casis.
  • Middle Notes : May Rose, Freesia.
  • Base Notes : Vanilla, Patchouli, Ambroxan, Woody.

Purple - Crystelle Nuit memberikan haruman oriental floral yang exotic bercampur wangian bungaan yang lembut. 
  • Top Notes : Rosemary, Lemon, Pineapple, Neroli, Bergamot.
  • Middle Notes : Cyclamen, Coriander, Jasmine, Oakmoss.
  • Base Notes : Sandalwood, Tonka Bean, Musk, Cedar, Cardamom, Brazilian Rosewood.

Pink - Demoiselle Riche mempunyai haruman yang familiar iaitu floral woody musk tetapi lebih classy.
  • Top Notes : Orange Blossom, Pink Pepper, Pear.
  • Middle Notes : Coffee, Jasmine, Bitter, Almond, Licorice.
  • Base Notes : Musk, Vanilla, Patchouli, Cedar, Cashmere Wood.

Kuning - Millionaire juga didatangkan dengan haruman floral Woody musk. Berbeza dengan Demoiselle Riche, bau Millionaire kearah haruman mewah dan segar.
  • Top Notes : Neroli, Amalfi Lemon, Raspberry.
  • Middle Notes : Jasmine, African Orange Flower, Gardenia.
  • Base Notes : Patchouli, White Honey, Amber.

**Perfume Cerchio Women adalah 100% vegan.
Perfume travel bersaiz poket terdapat di Guardian.
2. Syahirah Vitalis Eau De Cologne.

Biru - Femme Chic membawa haruman fruity floral gabungan buah-buahan dan bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga, strawberi dan kesturi vanila yang sensual, mencerminkan sisi elegan si pemakai.

Silver - Empress menggabungkan haruman bunga-bungaan hijau mewah, melati, lily, cyclamen dan sentuhan lembut musk serta cedarwood untuk sensasi glamor dan elegan.
Perfume travel bersaiz poket terdapat di Guardian.
3. Enchanteur Wonder Woman EDT.

Purple - Queen of Courage menggabungkan haruman dari buah-buahan citrus, serta bunga-bungaan yang hangat dan lembut.
  • Top Notes : Orange, Blackcurrant, Pear.
  • Middle Notes : Ylang-ylang Essence, Jasmine, Peach.
  • Bottom Notes: Patchouli, Cedarwood, Sandalwood, Musk.

Pink - Fighter of Love menampilkan haruman segar, memukau, dan berkarisma semuanya dalam satu semburan.
  • Top Notes : Mandarin, Berries.
  • Middle Notes : Rose, Patchouli.
  • Bottom Notes : White Musk, Vanilla, Amber.
Perfume travel bersaiz poket terdapat di Guardian.
4. Enchanteur Chic EDT

Biru - Mon Magique mendatangkan haruman bunga ros yang full of finesse beserta sentuhan moden, definisi sebenar keanggunan wanita.
  • Top Notes : Bergamot, Pear.
  • Middle Notes : White Rose, White Freesia.
  • Bottom Notes : Patchouli, White Amber, Musk.

Purple - Adore membawa haruman sugar, spice, and everything nice, bauan menawan fruity floral yang unik ini pasti terasa mewah pada si pemakai.
  • Top Notes : Pear, Passion Fruit, Mandarin, Lychee, Plum, Pomegranate.
  • Middle Notes : Muguet Peony, Freesia, Rose, Jasmine, Mimosa, Violet.
  • Bottom Notes : Gourmand, Musk, Amber, Sandalwood.

Kuning - Mon Amie merupakan vibrant blend of freshness and uplifting, sesuai untuk imej yang playful and fun.
  • Top Notes : Lemon, Bergamot, Orange, Casis.
  • Middle Notes : Rose, Lily of the Valley, Peonies .
  • Bottom Notes : Woody Ambery.

Pink - Belle Amour memberikan haruman menawan dan ceria beserta lapisan segar terbit dari apple, blackcurrant, dan rose.
  • Top Notes : Apple, Blackcurrant, Apple Melon.
  • Middle Notes : Muguet, Rose, Jasmine, White Florals.
  • Bottom Notes : Musk, Sandalwood, Marine.
Perfume travel bersaiz poket terdapat di Guardian.
5. Enchanteur Luxe EDT.

Saya end up beli dua ni. Nama pun Luxe, bauan dari rangkaian ini sememangnya mewah dan elegan.

Maroon - Rouge menampilkan bau yang intense, powerful, dan magnetic bersama mysterious spice. Somehow bau rouge ni macam gabungan spice dari salah satu Lancome perfume dan floral notes dari Miss Dior EDP, definitely suits my personality profile!
  • Top Notes : Red Berries, Lychee.
  • Middle Notes : Jasmine, Orange Blossom, Rose.
  • Bottom Notes : Musk, Vanilla, Patchouli.

Pink - D'or membawa haruman moden, elegan, dan feminine. Bau bungaan segar bertenaga dalam masa yang sama lembut, creamy dan harmony. Right now, this is my favourite bedtime fragrance. Dah bangun tidur esok pagi pun masih wangi.
  • Top Notes : Bergamot, Passion Fruit, Pineapple.
  • Middle Notes : Freesia, Pink Peony, Peach.
  • Bottom Notes : Cedarwood, Amber, Musk.
Perfume notes adalah penerangan tentang gabungan lapisan haruman yang dihidu sewaktu perfume dipakai. Top notes ialah bau pertama yang dialami apabila kita mula-mula memakai perfume. Kemudian, middle notes, atau juga dipanggil heart notes, adalah hasil bau selepas top notes sedikit pudar. Akhir sekali bottom atau base notes iaitu bauan yang muncul selepas dipakai seketika. Ia boleh mengambil masa sehingga satu jam untuk bau dari bottom notes terbit selepas dihangatkan oleh suhu badan. Jadi, bau yang lebih dominan pada perfume adalah gabungan middle notes dan juga bottom notes.

Tips: sebelum memutuskan untuk membeli perfume, sebaiknya cuba sembur pada kulit dan biarkan sehingga satu jam. Pergi berjalan-jalan atau makan dulu sambil tunggu. Lepas tu cuba hidu balik perfume tadi, itulah haruman sebenar perfume pada setiap individu selepas top notes sedikit pudar. 
​

Jom baca artikel yang best ni:
  • Idea summer picnic yang mudah dibawa.
  • Senarai pakaian bersenam yang hijab friendly.
  • Review The Raw Niacinamide serum untuk kulit berminyak.
  • Wajib cuba: Resepi kerang rebus sos Thai yang paling sedap.
  • Serbuk perasa homemade untuk kurangkan pengambilan garam.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Menu Sihat: Kopi Berperisa Rendah Kalori

7/1/2022

0 Comments

 
Beanies Flavor Coffee Low Calorie
Saya memang suka groceries shopping. I can spend hoursss just browsing through lepas tu selalu jumpa benda-benda best. Contohnya Beanies Flavour Instant Coffee, kopi berperisa yang rendah kalori dan tak rasa manis langsung! Rambang mata nak pilih yang mana, jadi saya decide nak cuba perisa White Chocolate & Raspberry la dulu.
Flavor Coffee Rendah Kalori
Buka je penutup, semerbak bau white chocolate raspberry. Terus teringat aiskrim Kapiti White Chocolate Raspberry tu. Saya tak suka aiskrim tu. Actually saya tak suka white chocolate pun hehehe..

First time try ni saya buat black coffee. Both iced and hot. Masa tambah air panas, bau white chocolate getting more dominant sampai aroma coffee dia macam hilang terus. Sebenarnya flavor coffee ni tak manis langsung, bau dia je manis. Rasa dia pun kurang sour/pungent tak macam instant kopi biasa. Cane nak cakap eh... Tapi saya rasa kureng sikit sebab bau white chocolate kuat sangat.

Lepas tu saya cuba buat iced café latte baru rasa sedapnyaaa.. Saya guna So Good Unsweetened Almond Milk for additional nutty aroma untuk cover bau white chocolate yang overpowering. Yang bestnya dapat minum flavored coffee tapi almost sugar free. Lepas tambah almond milk, jadi 0.1g sugar je per serving.​
Beanies Flavor Coffee Low Calorie
​​Kalau suka minum flavored coffee tapi dalam masa yang sama you need to watch your sugar level, try switch to Beanies Flavour Instant Coffee untuk alternatif lebih sihat. It is low calorie, sugar free, and also vegan. Ada banyak perisa lagi tau. Lepas ni saya nak cuba perisa Peppermint Candy Cane pula.
Beanies Flavor Coffee Low Calorie
Saya beli coffee ni dekat Village Grocer. Kalau tak jumpa kat supermarket, dekat online pun ada jual.
Beanies Flavor Coffee Low Calorie
Kat sini pula ada variety pack, campur semua perisa dalam satu kotak jadi boleh cuba 12 perisa terus! And yang jar 50g tu murah sikit cuma takde flavor White Chocolate & Raspberry. Yang decaf pun ada tau, flavor Irish Cream dengan Mint Chocolate.

Bagi yang nak diet tu, sesuai sangatlah minum kopi ni buat hilang cravings. Allright, selamat mencuba!


Lain-lain cerita menarik:

  • Cara hiris daging nipis seperti teppanyaki.
  • Mudahnya pasang rak pada dinding tanpa perlu drill.
  • Resipi tauhu berlauk dan sambal kicap gerenti power.
  • Idea summer picnic yang menarik dan mudah dibawa.
  • 10 jenis pelembap untuk kulit jenis kombinasi berminyak.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    November 2022
    February 2022
    January 2022
    October 2021
    September 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Alatan Pencuci
    Bilik Tidur
    Clothing
    Coffee
    DIY
    Family Time
    Home Decor
    Menu Sihat
    Organizer
    Ruang Dapur
    Ruang Tamu
    Workout

    Brew & Bread Drip Bag Coffee
    Baking Supplies Azim Bakery
    Enchanteur Perfume untuk wanita
    Celovis Personalize Jewellery
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me