• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Lifestyle, travel, and hacks by adawiyahrusli
Celovis Personalize Jewellery

Luangkan Masa Bersama Keluarga di BakeBe Baking Studio

22/10/2021

0 Comments

 
Bakebe Baking Studio Publika KL
Dah habis idea nak buat aktiviti apa bersama keluarga dan rakan-rakan? Boleh pertimbangkan aktiviti membuat kek dan biskut di baking studio yang instagrammable ni.

Bakebe MY terletak di aras G3, Blok C, Publika Shopping Gallery. Kalau masuk dari pintu BIG di UG, naik eskalator dua kali ke tingkat G3, baking studio ni ada kat sebelah kiri. Senang nak perasan sebab lokasinya berhampiran dengan eskalator, selain dari interior dan warna studio yang menyerlah berbanding jiran tetangga.

Kalau tak pandai langsung baking (macam saya) pun tiada masalah. Datang bawa diri je sebab semua pilihan resepi, bahan-bahan, dan peralatan ada disediakan disini. Terdapat banyak charging station untuk iPhone serta tripod dan ring light turut disediakan. Memang seronok nak mencipta kenangan sebab setiap sudut ada pencahayaan yang bagus dan dekorasi yang estetik.

Sebelum ni boleh datang secara walk in sahaja tapi sekarang kena tempah slot masa terlebih dahulu memandangkan situasi Covid masih tak berapa baik. Lepas dah confirm, datang ke studio pada waktu yang djanjikan dan buat pilihan resepi mana yang kita nak baking.

​Ada beberapa tahap kesukaran tapi jangan risau iPad disediakan dengan panduan langkah demi langkah sepanjang proses baking. Saya yang first timer pun rasa senang je buat kek difficulty level 4. Boleh minta bantuan staff juga kalau kita tak jumpa peralatan atau bahan-bahan. Confirmkan pakej dan menu mana yang kita nak, lepas tu buat bayaran. Saya pilih Family Package (2 dewasa 1 kanak-kanak) untuk buat Day Dreaming cake.
Bakebe Baking Studio Publika Kuala Lumpur
Setiap orang diberikan satu apron untuk dipakai bagi melindungi baju. Lepas tu apa lagi, mula lah bergambar! Ceh.. baking pun baking juga, tempat cantik kenalah tangkap gambar kan?

Dalam iPad tu ada resepi yang kita dah pilih tadi, just ikut je langkah-langkah dalam resepi tu. Ada video disertakan sekali so tak perlu risau lah. Satu perkara yang buat saya teruja, mixer dia guna Kitchen Aid. Beranganlah dulu, dah pandai baking baru berbaloi nak beli.

Bila baking bersama kanak-kanak, banyak nak kena buat dalam masa yang sama. Kena guide dia, kena perhatikan takut bahaya atau barang-barang rosak. Jadi, boleh sangkut je phone dekat tripod supaya senang nak bergambar sambil buat kek. 

Bakebe Baking Studio Publika Kuala Lumpur
​Sebenarnya kitorang bukan nak baking sangat, tapi lebih kepada nak berikan exposure kepada budak ni, kesian dia lama tak lihat dunia dan interact dengan orang. Boleh sangat nak buat aktiviti macam ni kat rumah cuma banyak barang-barang baking nak kena beli (bukan guna semua), lepas tu renyah nak kemas. Trauma dia sepahkan icing sugar satu dapur masih belum hilang keh keh keh. So baking studio adalah lebih convenient memandangkan objektif aktiviti kitorang lebih kepada bonding, sensory, dan learning, bukan nak jadi professional baker.

Oh ya, lepas dah guna peralatan semua tu, boleh hantar ke station dan staff tolong bersihkan. Terima kasih! :)

Total baking time untuk kek Day Dreaming adalah 3 jam. Tapi tak rasa pun masa berlalu sebab seronok buat aktiviti bersama keluarga. 

Bakebe Baking Studio Publika Kuala Lumpur
Lepas dah siap, kek tu dibungkus dengan cantik untuk dibawa balik. Rupa kek kitorang buat sangatlah eye catching dengan jaluran warna pastel membaluti kek coklat didalamnya. Memang nampak Day Dreaming lah.  Kek coklat tu bagi saya agak kering, mungkin sebab kitorang baru pertama kali buat. Tapi rasanya sedap, tak manis, dan seimbang bila makan bersama cream.

Jadi kalau rasa nak baking tapi malas nak beli bahan-bahan, peralatan,  kerja-kerja pencucian, boleh datang baking di BakeBe secara individu ataupun berkumpulan.

​That's all, thanks for reading!

Lain-lain artikel menarik:
  • ​Cara-cara mendaftar akaun SSPN-i secara online.
  • Resepi glass noodle prawn salad ala restoran Thai.
  • Tauhu berlauk cicah sambal kicap untuk hidangan minum petang.
  • Ikuti langkah-langkah ini untuk cerahkan ketiak dalam masa 6 minggu.
  • Ujian mudah ini dapat pastikan jenis kulit, mudahlah nak cari skincare yang sesuai.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Racun Shopee  - Workout Outfit yang Hijab Friendly

29/9/2021

0 Comments

 
Memandangkan aktiviti riadah sudah dibenarkan (sila patuhi SOP), marilah kita amalkan gaya hidup sihat selepas berkurung dalam rumah untuk tempoh yang lama. Kat sini saya kongsikan workout outfit yang hijab friendly:

Decathlon Yoga Bottoms Women Cotton, Elastic
1. Decathlon Yoga Bottoms Women (RM 49.00)
  • High waist (pinggang tinggi) dan ada extra untuk tutup perut, boleh cover bila baju terangkat.
  • Kalau tak nak tutup perut boleh lipat turun ke pinggang, dia tak rasa ketat sebab material seluar ni elastic.
  • Kaki seluar boleh cerut.
  • Tiada poket.
  • Diperbuat dari 92% organic cotton.
  • Saya pakai size L (W35, L29) dia fit nicely. I'm 166 cm, BMI normal.
​
Cheetah Ladies Slim Fit Terry Sweat Pants
2. Cheetah Ladies Slim Fit Terry Sweat Pants (RM 39.00)
  • ​High waist (pinggang tinggi).
  • Regular fit, bila pakai agak loose dan tak nampak bentuk kaki walaupun title item ni slim fit.
  • Ada 2poket depan.
  • Diperbuat dari polyester blend with spandex, jadi ianya elastic dan selesa untuk bergerak.
  • Saya ambil size XL, sangat longgar. I'm 166 cm, BMI normal.
​
sports long sleeve top woman Loose sportswear Quick Drying Tshirt Running Sweatshirt Blouse women Gym Yoga Top
3. Sports Long Sleeve Top Woman Loose (RM 29.90)
  • Loose fit, labuh.
  • Pergelangan tangan ketat dan boleh sarung ibu jari ala-ala glove/handsocks.
  • Material polyester dan spandex, elastic serta cepat kering.
  • Kain nipis tapi tak jarang, sangat selesa untuk aktiviti riadah.
  • Ada 4 pilihan warna. Warna putih pun ada review kata tak nampak warna kulit (opaque).
  • Saya pakai size L (paling besar). Sesuai untuk 70kg kebawah.
​
Large Size 4XL 5XL Loose Thin Long Sleeves Hooded Fitness Running Shirts Quick Drying
4. Plus Size Running Shirt (RM 32.96)
  • Loose fit, size M sampai 5XL (sehingga 115kg).
  • Boleh sarung ibu jari pada pergelangan baju.
  • Diperbuat dari polyester dan spandex, sangat selesa dan elastic.
  • Bahagian bawah baju ada slit (bukaan) sikit jadi baju tidak melekat pada badan.
  • Ada hood (penutup kepala).
​
Sports Hijab Vest Instant Cool Material
5. Sports Hijab Instant Cool Material (RM 12.61)
  • Design tudung+vest yang labuh menutup dada.
  • Ada ruang untuk masukkan lengan bagi mengelakkan tudung terangkat.
  • Material jenis jersey spandex, lembut dan selesa.
  • Free size.
  • 6 pilihan warna (black, white, navy blue, abutua, mocca, maroon).
​
INSTANT SPORTS HIJAB SLIP IN/EAR LOOP FOR FACEMASK/EARPHONE/FRONTLINER MOSSCREPE BAWAL
6. Instant Slit On Hijab Sport (RM 15.73 - RM 18.73)
  • Tudung sarung tidak perlu gosok (ironless).
  • Design yang "ear-friendly", terdapat bukaan berhampiran telinga untuk memudahkan pemakaian face mask, earphone, cermin mata, ataupun stetoskop.
  • Diperbuat dari mosscrepe korean. Kain yang lembut dan tidak jarang.
  • Ada jenis tudung sarung dan tudung bawal.
​
Decathlon Running Socks (Good Moisture Absorption) - Kiprun
7. Decathlon Running Socks Kiprun 2 Pairs  (RM 12.00)
  • Stokin jenis tebal tapi tak panas.
  • Mid rise, atas buku lali.
  • Grip kaki yang kemas dan selesa, ala-ala Nike Dri-Fit Cushion Socks.
  • Menyerap peluh.
  • 2 pasang stokin dalam satu pack.
  • Saya pakai size EU:43-46 warna grey. Kasut women size 8 UK. Grey dia almost purple, sangat cantik!
​
Decathlon Running / Jogging Socks (Ventilated Design) - Kiprun
8. Decathlon Running / Jogging Socks Kiprun 3 Pairs (RM 9.00) 
  • Ventilated design, nipis dan tak panas.
  • Mid rise, atas buku lali. Sedikit grip pada kaki tapi tak rasa sangat.
  • Material jenis cotton yarn dengan fungsi kawalan bau.
  • 3 pasang stokin dalam satu pack.
  • Saya pakai size EU:39-42. Kasut women size 8 UK. Size stokin ni besar sikit dari yang tebal tu, ukuran kaki lelaki kot.​​
Decathlon Fitness Walking Shoes Women (Breathable & Lightweight) - Newfeel
9. Lightweight and Breathable Walking Shoes (RM 39.00)
  • Kasut yang selesa dan ringan (165g)
  • Ventilated design untuk pengudaraan yang baik.
  • Tapak kasut yang flexible dan memberikan sokongan pada kaki.
  • Sesuai untuk aktiviti berjalan dan indoor workout.
​
Decathlon Jogging Shoes Women (High Cushioning) - Kalenji
10. Lightweight and High Cushioning Jogging Shoes (RM 69.00)
  • Kasut yang selesa dan ringan (205g).
  • Cushion yang tebal untuk menyerap hentakan sewaktu larian.
  • Tapak kasut jenis anti-slip.
  • Sesuai untuk aktiviti larian dan outdoor workout.


Okay, bila dah shopping semua workout outfit tu jangan pula lupa bersenam ye :)

Baca juga:
  • Daging Goreng Thai Resipi Asli
  • Idea Summer Picnic Yang Menarik Dan Mudah Dibawa
  • Resipi Udang Sos Tiram Bawang Putih Yang Menyelerakan
  • Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Jenis Kombinasi Berminyak
  • Bahan Pencuci Yang Memudahkan Kerja - WAJIB Ada Di Setiap Rumah
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Cara Semak Penyata SSPN-i Secara Online

18/5/2021

0 Comments

 
Dah buka akaun SSPN-i untuk anak tersayang? Kalau belum, boleh lihat cara-cara nak buka akaun SSPN-i tanpa perlu beratur dikaunter.

Kat sini saya ajarkan cara untuk mendaftar akaun e-SSPN pula. Okay yang akaun SSPN-i tadi tu lain, kita buka akaun SSPN-i untuk anak. Akaun e-SSPN ni untuk memudahkan kita semak penyata, buat permohonan potongan dari direct debit, serta buat permohonan pengeluaran akaun SSPN-i semuanya secara online. Umpama kita pergi  buka akaun bank, lepas dah ada akaun bank tu baru boleh daftar perbankan online. Gitu...

Cara-cara mendaftar e-SSPN
  • Layari https://www.ptptn.gov.my/sspn-online-registration-webapp/registration/edit dan isikan semua maklumat dengan betul. Tekan 'Simpan'.
daftar e-SSPN untuk semak SSPN-i secara online
  • Jika tiada sebarang masalah tentang maklumat pendaftaran, kita akan dapat notifikasi bahawa pendaftaran telah berjaya. Okay, dah siap dafter e-SSPN.
daftar e-SSPN untuk semak SSPN-i secara online
  • Untuk login, layari https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html dan isikan nombor kad pengenalan pendeposit beserta kata laluan yang didaftarkan. Tekan 'Hantar'.
daftar e-SSPN untuk semak SSPN-i secara online
  • Lepas dah login, kat e-SSPN ni kita boleh buat permohonan pengeluaran, pendaftaran direct debit, penyata hasil untuk tolakan cukai, serta penambahan deposit. Semuanya dihujung jari je, mudah kan! :)

Cara-cara menambah deposit akaun SSPN-i melalui e-SSPN
Saya transfer duit raya anak saya kedalam akaun SSPN-i. Cuma 3 langkah sahaja:
  • Di bahagian 'Penambahan Deposit' tu masukkan jumlah yang kita nak simpan. Tekan 'Tambah'.

deposit SSPN-i melalui e-SSPN
  • Kita akan dibawa ke halahaman PTPTN Online Payment Gateway. Pilih bank, masukkan alamat email, tanda kotak untuk bersetuju dengan FPX Terms and Conditions, lepas tu tekan bayar dengan FPX.
deposit SSPN-i melalui e-SSPN
  • Teruskan proses bayaran sehingga selesai. Setelah itu resit rasmi dijana sebagai bukti pembayaran. Boleh simpan resit jika perlu sebagai rujukan. Proses penambahan deposit dah selesai.
Resit Rasmi SSPN
Penambahan deposit juga boleh dibuat melalui maybank2U, cimbclicks, myBSN, potongan gaji, atau melalui kaunter PTPTN secara tunai atau menggunakan kat debit.

Nanti bila nak declare tax, bahagian tolakan SSPN tu akan automatik terisi dengan tabungan yang kita buat sepanjang tahun tersebut. Boleh crosscheck jumlah yang tertulis disitu dengan penyata hasil dari e-SSPN.

Okay, semoga bermanfaat! :)


Artikel menarik:
  • Pasang spice rack tanpa perlu drill dinding.
  • Aneka resepi untuk penggemar masakan Thai.
  • Kenapa muka berpeluh selepas pakai moisturizer?
  • Resipi maggi goreng seafood guna 5 bahan sahaja.
  • Rumah dan kereta harum dengan wangian Lovely Lace.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
Forward>>
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    November 2022
    February 2022
    January 2022
    October 2021
    September 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Alatan Pencuci
    Bilik Tidur
    Clothing
    Coffee
    DIY
    Family Time
    Home Decor
    Menu Sihat
    Organizer
    Ruang Dapur
    Ruang Tamu
    Workout

    Brew & Bread Drip Bag Coffee
    Baking Supplies Azim Bakery
    Enchanteur Perfume untuk wanita
    Celovis Personalize Jewellery
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me