Photos from https://greateasternmall.com.my/listings/lovely-lace/ Bila lalu dekat kedai Lovely Lace dari jauh lagi boleh bau signature scent dia. Dulu saya selalu beli Tiger Lily Reed Diffuser letak dekat office cubicle untuk bagi semangat buat kerja. Sekarang dah boleh bawa bau wangi tersebut kat rumah sendiri yeay! Saya beli air freshener refill bau Teddy's Dream dengan Dewberry, dan juga car perfume. Kereta pun nak bau LL juga ye... Botol air freshener refill Lovely Lace (LL) boleh muat dalam Glade auto dispenser saya yang dah sedia ada. Tapi kalau tiada auto dispenser boleh beli sekali dengan refill ni kat LL. LL refill kecik sikit Berbanding Glade refill tapi sampai je untuk ditekan oleh auto dispenser. Teddy's Dream ialah bau signature scent Lovely Lace, yang kita jalan tak masuk kedai lagi dah semerbak tu. Dewberry bau fresh fruity floral, sangat lembut dan menenangkan jiwa. Dua-dua sangat wangi!
Satu refill can ni boleh tahan sehingga 3 bulan bila saya set automatic dispenser timer kepada 36 minit. Kira okay lah tu, pelaburan yang berbaloi. Bila rumah wangi, mood semua orang pun baik je. Selain reed diffuser dan air freshener refill, dia ada car fragrance dan room/linen spray juga. Ataupun beli fragrance oil dia dan titiskan dalam spray bottle berisi air untuk DIY room freshener. Senang je kan nak rumah berbau wangi :) Jom baca artikel menarik ni:
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
November 2022
Categories
All
|