• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Review Dr. Dermis Sebumclar Clarifant Gel Cleanser

16/2/2022

0 Comments

 
Review Dr. Dermis Sebumclar Clarifant Gel Cleanser
"A revolutionary dermatology science developed to strengthen skin barrier, Derma-Mimic Complex functions like natural skin lipids that effectively repairs damaged skin due to skin barrier impairment. It activates water channel of Aquaporin for intensive hydration and further boosts Natural Moisturizing Factors (NMF), locking in water molecules for healthy good skin."
Sebenarnya saya tak pernah dengar jenama Dr. Dermis sebelum ini. Tapi saya tak kisah pun nak cuba asalkan bukan timbang kilo. 

What it claims?
  • Dr. Dermis Sebumclar Clarifant Gel Cleanser adalah pencuci muka harian yang berkesan menghilangkan semua debu, kekotoran dan solekan tanpa mengganggu keseimbangan kulit.
  • Ianya dirumus untuk membantu mengurangkan sebum berlebihan dan kilatan pada muka sambil meredakan kulit sensitif.
  • Formulasinya yang bebas sabun (soap-free) menjadikan kulit bersih, seimbang dan segar.
  • Pencuci muka ini dicipta bersama dermatologist untuk toleransi optimum, sesuai buat kulit jenis berminyak dan mudah berjerawat.
  • Produk ini bebas bebas daripada alkohol, pewangi dan paraben.

Sounds good! Selepas baca laju-laju, saya pun beli lah untuk cuba sendiri.
Review Dr. Dermis Sebumclar Clarifant Gel Cleanser
Review Dr. Dermis Sebumclar Clarifant Gel Cleanser
Dr. Dermis Clarifant Gel Cleanser didatangkan dalam botol legap berwarna putih jenis pump pada harga RM 39.00. Saya sukaaaaa sangat botol pump ni sebab senang nak dispense dan ianya lebih hygenic. Dekat pump tu boleh pusing untuk buka dan tutup. Jadi, taklah tumpah bila nak bawa travel.
Saiznya 150ml, dengan maklumat seperti cara penggunaan dan bahan-bahan dicetak pada label. Cuma PAO tidak ditulis jadi untuk selamat, gunakan cleanser ini tidak lebih dari 12 bulan.
Review Dr. Dermis Sebumclar Clarifant Gel Cleanser
Sebumclar Cleanser turut mengandungi antioxidant serta bahan pelembap untuk mengatasi kekeringan kulit. Selain dari itu ekstrak dari Witch Hazel dan Licorice Root bertindak sebagai anti-inflammatory yang boleh mengurangkan keradangan kulit. Jadi, cleanser ini sesuai untuk kulit sensitif.
Review Dr. Dermis Sebumclar Clarifant Gel Cleanser
Teksturnya jenis gel yang berwarna jernih kebiruan seperti aquamarine, tidak berbau, dan kurang berbuih (low foaming). Ianya senang diratakan pada kulit tetapi tengah-tengah cuci muka tu dia jadi cepat kesat dan tak licin. Saya perlu gunakan 2 pump untuk pastikan cleanser kekal licin sewaktu proses pembersihan muka.

Selepas dibilas, ia meninggalkan thin glassy film untuk efek kulit lembap, sama seperti kebanyakan hydrating cleanser yang lain. Saya sebenarnya tak prefer cleanser dengan finishing begitu sebab selepas beberapa cucian, kulit saya mudah dinaiki jerawat pasir.

Cleanser ini bertindak dengan lembut pada permukaan kulit tanpa rasa tegang, tetapi ia tidak  membersihkan sisa minyak pada liang pori dengan berkesan. Bintik-bintik hitam pada sebum jelas masih timbul selepas muka dicuci.

Selain dari dua perkara diatas, saya tiada masalah menggunakan cleanser ini.

Saya cuba guna cleanser untuk membersihkan solekan dengan dua cara. Cara pertama, cuci muka seperti biasa. Cara kedua, cuci seperti menggunakan cleansing oil. Urut gel cleanser pada muka tanpa air (tangan dan muka mesti kering) untuk melarutkan solekan. Renjis sedikit air dan urut muka lagi untuk emulsify dan tarik keluar solekan dan kotoran dari kulit. Ulang 3 kali kemudian bilas muka hingga bersih. Kedua-dua cara ini tidak dapat membersihkan solekan dengan sempurna, masih ada kesan foundation pada kulit apabila saya sapu dengan makeup remover selepas cuci muka.

Walaupun dikatakan sesuai untuk kulit berminyak, bahagian berminyak pada muka saya tidak bersih sepenuhnya (undercleansed). Kalau muka undercleansed secara berterusan, lama-kelamaan kulit akan timbul masalah lain. Jadi, saya hanya gunakan cleanser ini pada waktu pagi sebab malam sebelumnya kulit kurang berpeluh dan kita tak pakai sunscreen waktu malam.

Bagi saya Dr. Dermis Clarifant Gel Cleanser ialah gentle cleanser yang bagus untuk membersih sambil memelihara skin barrier dan ianya sesuai untuk kulit sensitif. Cuma jenis kulit saya perlukan cleanser yang lebih kuat bagi membersih jauh kedalam liang pori. Berdasarkan pengalaman, saya rasa ianya lebih sesuai dengan kulit jenis kering dan kurang pori-pori.

​That's all, thanks for reading! :)


WAJIB baca semua ni untuk dapatkan kulit sihat dan cantik:
  • Review Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen.
  • Tips untuk mengecilkan pori bagi kulit berminyak.
  • Cara atasi muka berpeluh selepas pakai skincare.
  • Dry skin vs Dehydrated skin, serupa tapi tak sama.
  • Kepentingan Ceramide untuk skin barrier yang sihat.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me