• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

alkohol dalam produk penjagaan kuliT

31/3/2021

0 Comments

 
Fungsi alkohol dalam produk penjagaan kulit
Kalau diperhatikan, terlalu banyak produk penjagaan kulit dipasaran yang mempunyai alkohol.
Pernah tak terfikir walaupun kandungan alkohol dalam skincare dikatakan boleh mengeringkan kulit, merosakkan skin barrier, serta menyebabkan kerengsaan, kenapa skincare chemist/formulator masih gunakan alkohol sewaktu mencipta formulasi produk?

Sebenarnya alkohol ni bukan semuanya buruk. Dia ada fungsi tersendiri dalam formulasi skincare, antaranya:​
  • Sebagai solvent.
    Alkohol digunakan dalam formulasi skincare kerana ia adalah solvent (pelarut) yang bagus. Sesetengah ingredients dalam skincare asalnya dalam bentuk serbuk atau terlalu berminyak dan tidak larut air. Jadi alkohol ditambah untuk melarutkan bahan-bahan tersebut.
  • Membantu penyerapan.
    Alkohol berkemampuan untuk meruap dengan cepat serta menjadikan tekstur produk lebih ringan. Ini membolehkan produk diratakan dengan senang dan cepat meresap kedalam kulit. Ia juga membantu penyerapan ingredients seperti Retinol dan Vitamin C dengan lebih berkesan.
  • Sebagai cleaning agent.
    Alkohol dapat menyerap dan mengurangkan minyak dengan serta merta selain digunakan untuk membersihkan lipid dan kotoran berlilin dari permukaan kulit. Disebabkan ini, boleh dikatakan kebanyakan produk penjagaan bagi kulit berminyak dan berjerawat mengandungi alkohol.
  • Sebagai antimicrobial.
    Alkohol membantu membasmi kuman pada kulit jadi ia selalu terdapat dalam krim after-shaves atau produk untuk kulit yang berjerawat. Malah alkohol juga berfungsi sebagai pengawet dalam sesetengah produk.
Picture
Not all alcohols are created equal. Ada sesetengahnya dipanggil Good Alcohol atau Fatty Alcohol seperti Cetyl Alcohol dan Cetearyl Alcohol yang tidak mengeringkan atau merengsakan kulit sebaliknya bertindak sebagai emollient (pelembap) yang menyimpan lembapan dalam kulit.​
Fungsi alkohol dalam produk skincare
​Sebaik-baiknya elakkan Bad Alcohol kerana kesan jangka masa panjang terhadap kulit adalah tidak baik (debatable). Jika tiada pilihan, pilih produk yang mengandungi hanya sedikit Bad Alcohol (berada pada akhir ingredients list).

Baca artikel menarik yang lain:
  • Bolehkah pakai AHA pada waktu siang?
  • Fungsi toner dan cara menggunakannya.
  • Review Simple Hydrating Light Moisturizer.
  • Ketahui jenis moisturizer yang sesuai untuk kulit.
  • Resipi daging goreng Thai asli, tak cukup satu pinggan!
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

tips penjagaan kulit jenis kombinasi berminyak

30/3/2021

0 Comments

 
Kulit jenis kombinasi agak susah nak cari skincare with the right feel and finishing. Walaupun skincare tu berkesan tapi kalau muka rasa terlalu berminyak atau terlalu kering, nampak sangat berkilat, sudahnya jadi tak selesa dan malas nak pakai. Sebenarnya masalah ni bukan disebabkan formulasi produk semata-mata tapi sebab kulit kombinasi ni tak seimbang (balance).​​
TIPS PENJAGAAN KULIT JENIS KOMBINASI BERMINYAK
​Yang paling penting kena seimbangkan condition kulit dahulu. Kawasan kulit kering kena kurangkan kekeringan dengan tingkatkan hydration, serta pakai cream atau face oil jika perlu. Kawasan kulit berminyak kena kurangkan minyak dengan tingkatkan hydration dan guna bahan yang mengawal penghasilan minyak seperti Niacinamide.

Berikut adalah tips bagaimana nak menjaga kulit jenis kombinasi:​
Picture
​1. Hydration.
Gunakan hydrating toner atau essence untuk tingkatkan hydration. Boleh buat 7-skin method, toner masking, atau mist sandwich method untuk berikan lebih hydration pada kulit. Apabila kulit well hydrated, kawasan kulit kering jadi lebih lembap dan kawasan kulit berminyak kurang mengeluarkan minyak = balanced skin. Ini yang kita nak achieve.

​
Picture
Picture
2. Oil based cleanser.
Digalakkan untuk buat double cleansing setiap hari menggunakan oil based cleanser tak kira cleansing oil atau balm. Oil based cleanser amat membantu membersihkan kulit sehingga mendalam. Selepas itu boleh gunakan normal cleanser untuk langkah pembersihan yang kedua. Pilih oil cleanser jenis emulsifying supaya ia kurang meninggalkan kesan berminyak pada kulit.
​
TIPS PENJAGAAN KULIT JENIS KOMBINASI BERMINYAK
3. BHA untuk T-Zone.
Sapu beta hydroxy acid (BHA) 2-3 kali seminggu untuk exfoliate pada kawasan yang lebih berminyak dan banyak pori iaitu dahi, hidung, dan tepi hidung (T-Zone). Boleh juga kalau pakai seluruh muka jika ia tidak mengeringkan kawasan pipi dan dagu (U-Zone). Peratusan BHA yang selamat adalah 2% kebawah, dan pastikan basic skincare telah dipakai secara konsisten sebelum mula pakai BHA.​
Rangkaian produk Paula's Choice kini boleh didapati dengan mudah di Malaysia!
​

Picture
4. Clay Mask.
Pakai clay mask 1-2 kali seminggu untuk menarik keluar impurities terutama pada kawasan kulit yang berminyak. Clay mask pun boleh pakai ikut kesesuaian seperti BHA, sama ada nak pakai kawasan T-Zone sahaja ataupun pakai seluruh muka. 
​
Picture
5. Gel Moisturizer.
Moisturizer jenis gel atau gel cream mempunyai tesktur yang lebih ringan kerana kandungan air dan humectant yang lebih tinggi. Ia senang meresap kedalam kulit dan turut membantu untuk menjadikan kawasan kulit kering-berminyak lebih seimbang.
​
Ketahui moisturizer yang sesuai untuk seimbangkan lembapan kulit bagi kulit jenis kombinasi.
​
Picture
6. SUNSCREEN!
Ini apply to all, bukan sekadar combination oily skin sahaja. Pakailah sunscreen sebelum terlambat. Sunscreen dapat melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV. Boleh search keyword 'sunscreen' pada blog ini untuk baca info tentang sunscreen yang lebih terperinci.

There's no 'one size fits all' solution untuk kulit kombinasi. Kena kenal kulit sendiri untuk tahu cara mana yang paling berkesan untuk seimbangkan kulit. Proses ni makan masa tapi once condition kulit dah seimbang, sebenarnya tak susah dah nak cari skincare yang selesa dipakai.

I hope you find this sharing helpful. Good luck! :)

Layari artikel menarik yang lain:
  • ​Review Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen.
  • ​Kepentingan Ceramide untuk kekalkan kulit yang sihat.
  • Workout outfit yang hijab-friendly dan semestinya mesra poket.
  • Nak rumah dan kereta harum semerbak seperti kedai Lovely Lace?
  • Cara melapisi skincare dengan betul supaya dapat manfaat yang maksimum.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Review Laneige Cream Skin Refiner

30/3/2021

0 Comments

 
REVIEW LANEIGE CREAM SKIN REFINER
LANEIGE CREAM SKIN REFINER Toner atau Moisturizer?
​Laneige Cream Skin Refiner (CSR) dipuja oleh skincare community globally kerana kebolehannya untuk hydrate dan moisturize kulit dengan sangat bagus. Bukan biasa-biasa punya level. Jadi, haruslah saya gatal tangan nak cuba. 
​​
Teksturnya watery macam air, bila disapu rasa licin berminyak tapi tiada minyak. Ada orang guna CSR sebagai toner, dan ada orang pakai ni sebagai moisturizer. Yes, it was marketed as 'moisturizing cream in a toner form'. Laneige CSR ni alcohol free dan fragrance free, serta tiada  noticeable scent. Bila pakai terasa sangat ringan dan betul-betul melembapkan kulit. Orang yang berkulit kering mesti suka toner macam ni.​
Dari pengalaman saya, first time pakai rasa okay, takde rasa gatal/panas/cekang/berpeluh. Tak lama kemudian muka jadi kuat berminyak. Saya rasa sebab saya pakai toner 2 atau 3 layer, dah jadi habit. Jadi saya teruskan pakai cuma apply satu layer je selama beberapa hari. Lepas tu perasan ada naik jerawat pasir pada area hidung dan dekat jawline pula.

Selama beberapa hari, lepas cuci muka saya hanya pakai CSR 1 layer kemudian sunscreen untuk rutin siang. Kalau malam pula pakai CSR sahaja. Jerawat kecil yang masih ada saya buat spot patch guna soothing toner selang seli dengan glycolic acid.

Bila tambah serum dan cream moisturizer dalam rutin, muka start breakout balik, jerawat pasir mula tumbuh. Saya berhenti pakai CSR selama 3 hari muka stop naik jerawat baru, cuma tinggal yang sedia ada je. Saya tak pasti sangat tapi andaian saya ialah kulit saya tak boleh combine Laneige CSR dengan produk yang ada silicone dalam rutin yang sama. Barangkali combination ni buatkan pori tersumbat dan keluar jerawat.

Saya pakai CSR itself tu okay, itu pun 1 layer je sebab muka cepat jadi berminyak bila buat beberapa layers. Cuma 1 layer sahaja rasa tak cukup to hydrate my skin. Walaupun teksturnya cair seperti air, tapi finishing CSR is filmsy macam pakai face oil, padahal produk ni sendiri tak berminyak.​
Tekstur LANEIGE CREAM SKIN REFINER
Finishing Laneige CSR selepas dah fully set nampak berkilat seperti berminyak.
​Selain daripada lightweight dan tak buat muka panas/merah/berpeluh, saya tak dapat benefit sangat daripada Laneige CSR. Pakai sikit rasa tak cukup untuk beri hydration, pakai lebih pula kulit jadi berminyak. Maybe orang lain suka sebab biasanya product untuk dry skin comes with thicker texture and very occlusive (memerangkap) tapi Laneige CSR ni sangat ringan.

Repurchase? Untuk saya, tak kot sebab saya dah jumpa toner atau liquid moisturizer lain yang lebih serasi.

​Thanks for reading my review! :)
--​
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.

Layari artikel menarik yang lain:
  • Pilihan moisturiser yang sesuai untuk kulit berminyak.
  • ​Tahukah anda perbezaan antara toner dengan face mist?
  • Ketahui kandungan minyak dalam moisturiser melalui test ini.
  • Ketahui fungsi setiap produk penjagaan kulit supaya pemakaian lebih berkesan.
  • Ringkasan AHA-BHA sebagai exfoliator untuk membersihkan permukaan dan pori.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me