Dengar macam sama tapi sebenarnya kedua-dua ini adalah berbeza. Dry skin ialah sejenis skin type, yang mana seseorang memang dilahirkan dengan jenis kulit kering. Ia sesuatu yang diwarisi secara genetik dan tak boleh ubah, tetapi boleh diperbaiki. Dehydrated skin pula adalah suatu skin condition, yang mana kulit kekurangan air akibat cuaca, gaya hidup, pemakaian kosmetik, atau faktor lain-lain. Dehydrated skin boleh terjadi kepada mana-mana jenis kulit, tidak terhad kepada kulit kering sahaja. Ia boleh muncul dan hilang apabila berlaku perubahan pada persekitaran serta gaya hidup. Kulit jenis kering yang dehydrated akan terasa gatal, merekah, dan menggelupas. Kulit kering juga lebih mudah kelihatan kusam akibat dehydration.
Kulit jenis berminyak juga boleh ada dehydrated condition dimana kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang akibat dehydration. Lebihan minyak pada kulit pula akan mencetus masalah kulit yang lain seperti jerawat. Cara mengatasi kedua-duanya adalah menggunakan moisturizer atau lebih baik lagi gabungan hydrating toner/essence/serum bersama moisturizer untuk menjaga dry skin dan mengelakkan dehydrated skin. Moisturizer jenis oil based yang lebih occlusive (memerangkap) disarankan untuk kulit kering, manakala moisturizer water based disarankan untuk kulit berminyak. Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada preference masing-masing yang penting, pakai moisturizer! Pro tips:
Baca juga:
0 Comments
Sebelum mula pakai sebarang produk penjagaan kulit, kita harus kenal pasti jenis kulit (skin type) dan juga tahu masalah kulit (skin concern) yang ingin atasi barulah skincare tu 'menjadi'. Jenis kulit biasanya dibahagikan kepada 5 iaitu: Normal, Dry, Oily, Combination, dan Sensitive. Jenis sensitive sebenarnya lebih kepada skin condition kerana kulit jenis oily pun boleh jadi sensitive dalam masa yang sama. Keadaan kulit sensitive kelihatan kemerahan, terasa pedih serta kerengsaan (irritated). Cara mudah untuk kenal pasti jenis kulit adalah melalui "tissue test".
Berdasarkan minyak yang lekat atau tidak lekat pada tissue / oil film dah boleh tahu jenis kulit.
Apa itu kulit jenis normal (normal skin)?
Apa itu kulit jenis kering (dry skin)?
Apa itu kulit jenis berminyak (oily skin)?
Apa itu kulit jenis kombinasi (combination skin)?
Selain dari skin type, kena tahu juga berkenaan skin concern supaya kita dapat memilih skincare yang sesuai dan berkesan. That's all from me, thanks for reading! :) Baca juga:
Shu Eumura dan Minyak Ajaib. Sejarah kaedah double cleansing diketahui bermula dari Asia pada abad ke-14. Wanita di Korea, Jepun, dan China memakai makeup dengan asas putih (oshiroi) sebagai simbol kecantikan pada zaman itu. Mereka menggunakan minyak berasas dari tumbuhan untuk dicampur pada bedak putih bagi membentuk foundation. Minyak yang sama turut digunakan untuk membersihkan foundation pada kulit disusuli rutin penjagaan muka yang biasa. Cleansing oil bukan hanya sebahagian dari budaya Asia, malahan Cleopatra serta orang Rom telah lama menggunakan minyak untuk membersihkan diri sebelum kewujudan sabun. Cleansing oil dalam penjagaan kulit moden dipopularkan oleh Shu Eumura, seorang makeup artist Jepun yang terkenal. Beliau berpegang pada prinsip "Beautiful makeup starts with beautiful skin". Sewaktu bekerja sebagai makeup artist di Hollywood, Shu menyedari kepentingan kulit yang bersih dan lembut sebagai base adalah amat penting kerana tekstur kulit tidak dapat dilindungi dengan makeup. Sepanjang pengalamannya disana, beliau perasan bahawa makeup yang dicuci dari kulit dengan produk disebut sebagai 'Magic Oil' terlebih dahulu didapati lebih bersih dan lembut. Hasil dari teknik ini semestinya menjadikan makeup base tampak lebih baik dan kurang cela. Kemudian, pada tahun 1967 Shu memperkenalkan cleansing oil yang dihasilkannya sendiri pada pasaran kecantikan Jepun. Produk tersebut mendapat sambutan negatif dari masyarakat yang tidak faham dan tidak mahu cuba menggunakan minyak bagi membersihkan muka. Shu tidak putus asa apabila menerima kecaman, sebaliknya beliau menjadi semakin bersemangat dalam membangunkan formulasi cleansing oil yang lebih baik. Matlamatnya hanya mahukan semua orang berkeyakinan dengan kulit yang bersih dan sihat, biarpun tanpa mengenakan sebarang makeup. Tidak lama selepas itu, manfaat cleansing oil Shu Eumura telah tersebar luas dalam industri kecantikan, fesyen, dan hiburan menjadi punca ia mendapat permintaan tinggi dan berkembang pesat. Hari ini mungkin terdapat ratusan pilihan cleansing oil dari bermacam-macam jenama dan formulasi untuk pelbagai target market. Jika Shu Eumura patah semangat dan tidak terus memperbaiki formula produk serta mendidik masyarakat tentang fungsinya yang sebenar, penggunaan 'minyak ajaib' boleh jadi terhad kepada golongan tertentu sahaja. Dan kita mungkin mempunyai sejarah serta fahaman terhadap cleansing oil berbeza dari apa yang berlaku sekarang.
Haaa sekarang dah tahukan betapa pentingnya cleansing oil ni. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak. Kalau rasa pakai cleansing oil buatkan kulit jadi breakout, mungkin awak belum jumpa formulasi yang sesuai dengan kulit. Keep on searching! Boleh beli trial size, request sample, atau pinjam sikit dari member (jangan lupa belanja dia) untuk cuba buat pertama kali. That's all from me. You might also like:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|