• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Sejarah Asal Usul Cleansing Oil

20/4/2021

0 Comments

 
Oshiroi Maekup Dibersihkan Dengan Cleansing Oil
Shu Eumura dan Minyak Ajaib.
​

Sejarah kaedah double cleansing diketahui bermula dari Asia pada abad ke-14. Wanita di Korea, Jepun, dan China memakai makeup dengan asas putih (oshiroi) sebagai simbol kecantikan pada zaman itu. Mereka menggunakan minyak berasas dari tumbuhan untuk dicampur pada bedak putih bagi membentuk foundation. Minyak yang sama turut digunakan untuk membersihkan foundation pada kulit disusuli rutin penjagaan muka yang biasa.

Cleansing oil bukan hanya sebahagian dari budaya Asia, malahan Cleopatra serta orang Rom telah lama menggunakan minyak untuk membersihkan diri sebelum kewujudan sabun.
Shu Eumura, Makeup Artis Jepun Terkenal
Cleansing oil dalam penjagaan kulit moden dipopularkan oleh Shu Eumura, seorang makeup artist Jepun yang terkenal. Beliau berpegang pada prinsip "Beautiful makeup starts with beautiful skin". Sewaktu bekerja sebagai makeup artist di Hollywood, Shu menyedari kepentingan kulit yang bersih dan lembut sebagai base adalah amat penting kerana tekstur kulit tidak dapat dilindungi dengan makeup. Sepanjang pengalamannya disana, beliau perasan bahawa makeup yang dicuci dari kulit dengan produk disebut sebagai 'Magic Oil' terlebih dahulu didapati lebih bersih dan lembut. Hasil dari teknik ini semestinya menjadikan makeup base tampak lebih baik dan kurang cela.
​
Kemudian, pada tahun 1967 Shu memperkenalkan cleansing oil yang dihasilkannya sendiri pada pasaran kecantikan Jepun. Produk tersebut mendapat sambutan negatif dari masyarakat yang tidak faham dan tidak mahu cuba menggunakan minyak bagi membersihkan muka. Shu tidak putus asa apabila menerima kecaman, sebaliknya beliau menjadi semakin bersemangat dalam membangunkan formulasi cleansing oil yang lebih baik. Matlamatnya hanya mahukan semua orang berkeyakinan dengan kulit yang bersih dan sihat, biarpun tanpa mengenakan sebarang makeup.
Shu Eumura Makeup Cleansing Oil
Tidak lama selepas itu, manfaat cleansing oil Shu Eumura telah tersebar luas dalam industri kecantikan, fesyen, dan hiburan menjadi punca ia mendapat permintaan tinggi dan berkembang pesat. Hari ini mungkin terdapat ratusan pilihan cleansing oil dari bermacam-macam jenama dan formulasi untuk pelbagai target market. Jika Shu Eumura patah semangat dan tidak terus memperbaiki formula produk serta mendidik masyarakat tentang fungsinya yang sebenar, penggunaan 'minyak ajaib' boleh jadi terhad kepada golongan tertentu sahaja. Dan kita mungkin mempunyai sejarah serta fahaman terhadap cleansing oil berbeza dari apa yang berlaku sekarang.

Haaa sekarang dah tahukan betapa pentingnya cleansing oil ni. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak. Kalau rasa pakai cleansing oil buatkan kulit jadi breakout, mungkin awak belum jumpa formulasi yang sesuai dengan kulit. Keep on searching! Boleh beli trial size, request sample, atau pinjam sikit dari member (jangan lupa belanja dia) untuk cuba buat pertama kali.

That's all from me. You might also like:
  • Rahsia pori kecil dan tidak jelas kelihatan
  • Tips penjagaan kulit jenis kombinasi berminyak
  • Cara menggunakan celansing oil dengan betul
  • ​Jenis-jenis produk penjagaan kulit dan fungsinya
  • Apa itu comedogenic rating pada bahan dalam skincare
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me