• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Fungsi Toner Dan Cara Untuk Menggunakannya

7/4/2021

0 Comments

 
Kalau sudah create habit pakai basic skincare dengan konsisten, seterusnya bolehlah tambah toner dalam rutin penjagaan kulit jika mahukan hasil yang lebih baik.

Toner atau sesetengah negara melabelnya sebagai Skin atau Lotion bertindak sebagai persediaan kepada kulit (skin prep) selepas muka dicuci dengan cleanser. Kebiasaannya toner mempunyai tekstur seperti air atau ada juga yang sedikit likat. Bergantung kepada key ingredients, ianya menghidrat kulit dengan segera, membantu membersihkan sel kulit mati, serta menyegarkan kulit tanpa menghilangkan lembapan semulajadi.
Fungsi dan cara menggunakan toner
Apakah kebaikan toner pada kulit muka?
  • Mengecilkan pori. Perlu diingatkan bahawa pori tiada pintu untuk dibuka/ditutup, namun kulit yang bersih boleh menjadikan penampilan pori kelihatan kurang jelas. Sesetengah toner mempunyai sedikit surfactant dan clay yang membantu menghilangkan sisa kotoran serta menyerap minyak berlebihan. Ini menyebabkan pori bersih dari sebum dan kelihatan lebih kecil.
  • Mengembalikan PH asal kulit. Kulit kita asalnya sedikit berasid (PH 5.5) tetapi penggunaan cleanser yang bersifat alkali dapat mengganggu keseimbangan PH kulit. Dalam jangka masa tertentu PH kulit dapat dikembalikan secara semulajadi tetapi dengan pemakaian toner ia dapat seimbang dengan lebih cepat. PH kulit yang seimbang dapat menyerap skincare dengan lebih baik dan berkesan.
  • Menghidrat dan melembapkan kulit. Komposisi toner mengandungi bahan yang boleh menghidrat (meningkatkan kandungan air dalam sel kulit) dan melembapkan (memenuhi kulit dengan lembapan dan menghalang kehilangan lembapan dari kulit). Kedua-duanya adalah kunci untuk mengatasi pelbagai masalah kulit.
  • Menyegarkan kulit. Cleanser bertindak membersih kotoran dan minyak seterusnya membuatkan kulit sedikit tegang dan kering. Penggunaan toner dapat melembutkan kulit yang tegang, calm and sooth the skin, serta memberikan kesegaran pada kulit dengan segera.
​Antara jenis-jenis toner dalam pasaran:
  • Hydrating toner: mengandungi humectant seperti hyaluronic acid atau glycerin sebagai bahan utama. Menghidrat dan menganjalkan kulit dengan serta merta. Bagi saya, ini adalah basic toner untuk semua jenis kulit (dry, normal, combination, oily). Remember, hydration is key! Currently I'm using : Mamonde Rose Water Toner dan Laneige Cream Skin Refiner.
  • Exfoliation toner: mengandungi hydroxy acid (AHA/BHA) atau enzim (Papain/Bromelain) sebagai exfoliating agent. Melarutkan sel-sel kulit mati, sebum, dan kotoran pada kulit yang tidak dicapai oleh cleanser. Hasilnya kulit lebih bersih, kelihatan lebih berseri, dan masalah kulit seperti jerawat dan bintik hitam dapat dicegah dan dikurangkan. Currently I'm using : The Ordinary Glycolic Acid 7% dan Cosrx BHA Blackhead Power Liquid.
  • Treatment toner: formulasinya bertujuan untuk menyelesaikan masalah kulit tertentu seperti soothing, brightening, anti-aging, balancing. Bergantung pada active ingredients, treatment toner sesuai bagi semua jenis kulit yang mempunyai masalah seperti minyak berlebihan, tona tidak sekata, liang pori yang membesar, parut, atau garisan halus. Currently I'm using : Mamonde Pore Clean Toner dan One Thing Centella Asiatica Extract Toner.
Fungsi dan cara menggunakan toner
Toner boleh dipakai menggunakan cotton pad bagi mengelakkan ia mengalir masuk kedalam mata atau mulut. Jika cleanser yang dipakai sangat gentle dan tidak membersih dengan baik, sapuan toner dengan menggunakan cotton pad dapat membersihkan sisa kotoran yang masih tertinggal pada kulit. Walaupun sedikit membantu, fungsi utama toner adalah menghidrat kulit, bukan mencuci kotoran.

Sebenarnya toner juga boleh dipakai menggunakan tangan sahaja supaya dapat mengurangkan gangguan pada skin barrier. Saya memang pakai guna tangan sebab kulit makin kemerahan bila banyak guna cotton pad.
Pada masa lalu, toner dianggap perlu dielakkan kerana formulasinya terlalu kuat dan sangat mengeringkan. Toner pada waktu itu mengandungi alkohol dalam kepekatan tinggi untuk menyerap minyak dari kulit. Namun formulasi toner pada hari ini adalah sangat berbeza. Pada masa sekarang, toner is just another vehicle to deliver actives or hydrators seperti penjelasan ringkas dari @dermangelo dalam tiktok beliau :)

Lain-lain artikel menarik:
  • Tips untuk mengecilkan liang pori.
  • Review The Raw Daily Ceramide Moisturizer.
  • Alatan pencuci yang mudahkan kerja dirumah.
  • Dah bosan dengan grilled salmon? Jom cuba resipi ini.
  • Baca terlebih dahulu sebelum mula menggunakan chemical exfoliation.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

alkohol dalam produk penjagaan kuliT

31/3/2021

0 Comments

 
Fungsi alkohol dalam produk penjagaan kulit
Kalau diperhatikan, terlalu banyak produk penjagaan kulit dipasaran yang mempunyai alkohol.
Pernah tak terfikir walaupun kandungan alkohol dalam skincare dikatakan boleh mengeringkan kulit, merosakkan skin barrier, serta menyebabkan kerengsaan, kenapa skincare chemist/formulator masih gunakan alkohol sewaktu mencipta formulasi produk?

Sebenarnya alkohol ni bukan semuanya buruk. Dia ada fungsi tersendiri dalam formulasi skincare, antaranya:​
  • Sebagai solvent.
    Alkohol digunakan dalam formulasi skincare kerana ia adalah solvent (pelarut) yang bagus. Sesetengah ingredients dalam skincare asalnya dalam bentuk serbuk atau terlalu berminyak dan tidak larut air. Jadi alkohol ditambah untuk melarutkan bahan-bahan tersebut.
  • Membantu penyerapan.
    Alkohol berkemampuan untuk meruap dengan cepat serta menjadikan tekstur produk lebih ringan. Ini membolehkan produk diratakan dengan senang dan cepat meresap kedalam kulit. Ia juga membantu penyerapan ingredients seperti Retinol dan Vitamin C dengan lebih berkesan.
  • Sebagai cleaning agent.
    Alkohol dapat menyerap dan mengurangkan minyak dengan serta merta selain digunakan untuk membersihkan lipid dan kotoran berlilin dari permukaan kulit. Disebabkan ini, boleh dikatakan kebanyakan produk penjagaan bagi kulit berminyak dan berjerawat mengandungi alkohol.
  • Sebagai antimicrobial.
    Alkohol membantu membasmi kuman pada kulit jadi ia selalu terdapat dalam krim after-shaves atau produk untuk kulit yang berjerawat. Malah alkohol juga berfungsi sebagai pengawet dalam sesetengah produk.
Picture
Not all alcohols are created equal. Ada sesetengahnya dipanggil Good Alcohol atau Fatty Alcohol seperti Cetyl Alcohol dan Cetearyl Alcohol yang tidak mengeringkan atau merengsakan kulit sebaliknya bertindak sebagai emollient (pelembap) yang menyimpan lembapan dalam kulit.​
Fungsi alkohol dalam produk skincare
​Sebaik-baiknya elakkan Bad Alcohol kerana kesan jangka masa panjang terhadap kulit adalah tidak baik (debatable). Jika tiada pilihan, pilih produk yang mengandungi hanya sedikit Bad Alcohol (berada pada akhir ingredients list).

Baca artikel menarik yang lain:
  • Bolehkah pakai AHA pada waktu siang?
  • Fungsi toner dan cara menggunakannya.
  • Review Simple Hydrating Light Moisturizer.
  • Ketahui jenis moisturizer yang sesuai untuk kulit.
  • Resipi daging goreng Thai asli, tak cukup satu pinggan!
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me