"A revolutionary dermatology science developed to strengthen skin barrier, Derma-Mimic Complex functions like natural skin lipids that effectively repairs damaged skin due to skin barrier impairment. It activates water channel of Aquaporin for intensive hydration and further boosts Natural Moisturizing Factors (NMF), locking in water molecules for healthy good skin." Sebenarnya saya tak pernah dengar jenama Dr. Dermis sebelum ini. Tapi saya tak kisah pun nak cuba asalkan bukan timbang kilo. What it claims?
Sounds good! Selepas baca laju-laju, saya pun beli lah untuk cuba sendiri. Dr. Dermis Clarifant Gel Cleanser didatangkan dalam botol legap berwarna putih jenis pump pada harga RM 39.00. Saya sukaaaaa sangat botol pump ni sebab senang nak dispense dan ianya lebih hygenic. Dekat pump tu boleh pusing untuk buka dan tutup. Jadi, taklah tumpah bila nak bawa travel. Saiznya 150ml, dengan maklumat seperti cara penggunaan dan bahan-bahan dicetak pada label. Cuma PAO tidak ditulis jadi untuk selamat, gunakan cleanser ini tidak lebih dari 12 bulan. Sebumclar Cleanser turut mengandungi antioxidant serta bahan pelembap untuk mengatasi kekeringan kulit. Selain dari itu ekstrak dari Witch Hazel dan Licorice Root bertindak sebagai anti-inflammatory yang boleh mengurangkan keradangan kulit. Jadi, cleanser ini sesuai untuk kulit sensitif. Teksturnya jenis gel yang berwarna jernih kebiruan seperti aquamarine, tidak berbau, dan kurang berbuih (low foaming). Ianya senang diratakan pada kulit tetapi tengah-tengah cuci muka tu dia jadi cepat kesat dan tak licin. Saya perlu gunakan 2 pump untuk pastikan cleanser kekal licin sewaktu proses pembersihan muka.
Selepas dibilas, ia meninggalkan thin glassy film untuk efek kulit lembap, sama seperti kebanyakan hydrating cleanser yang lain. Saya sebenarnya tak prefer cleanser dengan finishing begitu sebab selepas beberapa cucian, kulit saya mudah dinaiki jerawat pasir. Cleanser ini bertindak dengan lembut pada permukaan kulit tanpa rasa tegang, tetapi ia tidak membersihkan sisa minyak pada liang pori dengan berkesan. Bintik-bintik hitam pada sebum jelas masih timbul selepas muka dicuci. Selain dari dua perkara diatas, saya tiada masalah menggunakan cleanser ini. Saya cuba guna cleanser untuk membersihkan solekan dengan dua cara. Cara pertama, cuci muka seperti biasa. Cara kedua, cuci seperti menggunakan cleansing oil. Urut gel cleanser pada muka tanpa air (tangan dan muka mesti kering) untuk melarutkan solekan. Renjis sedikit air dan urut muka lagi untuk emulsify dan tarik keluar solekan dan kotoran dari kulit. Ulang 3 kali kemudian bilas muka hingga bersih. Kedua-dua cara ini tidak dapat membersihkan solekan dengan sempurna, masih ada kesan foundation pada kulit apabila saya sapu dengan makeup remover selepas cuci muka. Walaupun dikatakan sesuai untuk kulit berminyak, bahagian berminyak pada muka saya tidak bersih sepenuhnya (undercleansed). Kalau muka undercleansed secara berterusan, lama-kelamaan kulit akan timbul masalah lain. Jadi, saya hanya gunakan cleanser ini pada waktu pagi sebab malam sebelumnya kulit kurang berpeluh dan kita tak pakai sunscreen waktu malam. Bagi saya Dr. Dermis Clarifant Gel Cleanser ialah gentle cleanser yang bagus untuk membersih sambil memelihara skin barrier dan ianya sesuai untuk kulit sensitif. Cuma jenis kulit saya perlukan cleanser yang lebih kuat bagi membersih jauh kedalam liang pori. Berdasarkan pengalaman, saya rasa ianya lebih sesuai dengan kulit jenis kering dan kurang pori-pori. That's all, thanks for reading! :) WAJIB baca semua ni untuk dapatkan kulit sihat dan cantik:
0 Comments
Niacinamide banyak digunakan dalam brightening products tapi masa saya survey and decide beli serum ni saya aim nak improve skin condition dari segi oil balancing dan smoother skin texture. Water based serum ini diformulasi dengan Niacinamide 5% + Vitamin B5 0.5% + Anti-Blemish Cocktail (AHA + BHA) sebagai bahan utama. Ianya bebas alcohol dan juga fragrance. Baca senarai penuh bahan-bahan dalam The Raw. Niacinamide 5% Serum beserta penerangan lanjut disini. Tekstur serum ni tak cair sangat tak likat sangat, consistency dia lebih kurang dengan Nutox Advanced Serum Concentrate. Warnanya jernih dan sedikit kekuningan serta tiada noticeable scent. Packaging serum ini jenis botol kaca berwarna amber serta penutup dengan dropper untuk mudah kita titiskan serum. Ia dikatakan mampu mengawal minyak, cela, dan jerawat, mengurangkan penampakan pori, mencerahkan serta meningkatkan kelembapan kulit. Harganya sangat berpatutan, cuma RM 34.90 untuk 30ml dan PAO selama 6M. Kalau pakai 3-4 titik sekali sehari ngam-ngam 6 bulan baru habis ni. Okay, mula-mula pakai saya rasa kurang selesa sebab:
Tapi sabar jap, ada benda kena ambil masa sikit untuk serasi. Kadang-kadang masalah tu bukan dengan produk tapi condition kulit saya sendiri. Disebabkan serum ni tak buat kulit saya breakout ke apa, saya teruskan juga pakai setiap hari. Biasanya sekali sehari tapi ada juga pakai 2 kali sehari. Bila pakai 3 kali sehari tak boleh, kulit saya naik jerawat pasir 2-3 ketul. Selepas 3 minggu (ke 4 minggu, lupa dah) saya mula nampak improvement. Rasa melekit tu sebenarnya sebab saya tengah obses dengan One Thing toner jadi saya duk pakai toner banyak layer, saya spray sebagai face mist lagi. Bila kurangkan sikit layring toner dan spray face mist, rasa elok je pakai The Raw Niacinamide ni, senang meresap dan tak melekit pun. Lama kelamaan muka pun rasa kurang berminyak sebab serum ni dapat regulate oil production, secara tak langsung juga kuranglah pertumbuhan jerawat. Ia berkesan, cuma ambil masa sedikit jadi kenalah pakai dengan konsisten dan banyak observe kulit sendiri. Dari segi kesan kecerahan dan kelembapan kulit maybe ada lah sikit kot, tak obvious sangat. Selain dari itu Niacinamide juga membantu meningkatkan pengeluaran ceramide semulajadi kulit, maka skin barrier juga jadi lebih kuat. Saya suka lapiskan The Raw Niacinamide serum dengan Mizon Collagen Power Lifting Cream moisturizer. Kulit memang behave at its best! Btw, serum ni saya tak boleh pakai dengan Cosrx BHA Blackhead Power Liquid, ia buatkan kulit saya extremely dehydrated tapi saya terus apply counter measure, sekejap je dah okay balik. Setakat ni tu je yang saya ada problem. Layer dengan produk lain okay sangat.
Is this a good serum? Untuk saya, The Raw Niacinamide 5% adalah serum yang bagus. Will I repurchase this product? Of course. In fact saya tengah pakai botol kedua sekarang ni, beli kat official store. Allright, thanks for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik: Mizon Collagen Power Firming Eye Cream dikatakan mampu melembap dengan baik, melicinkan serta meningkatkan keanjalan kulit, sekaligus menjadikan penampakan kedutan semakin berkurangan. Ianya mengandungi 42% highly concentrated marine collagen, antioxidant, dan skin identical ingredients untuk mimik kandungan dan struktur semulajadi lapisan kulit. Saya beli jenis tube 10ml sebab senang nak dispense produk dan boleh simpan secara vertical, jadi jimat ruang. Saya dah pakai selama 2 bulan, masih ada separuh lagi, confirm sempat habiskan sebelum PAO dia 12M. Harganya RM 28 untuk 10ml, consider agak murah untuk eye cream dengan senarai bahan-bahan yang hebat serta formulasi bebas alkohol dan bebas pewangi: Teksturnya jenis gel, senang diratakan, menyerap dengan baik serta tiada bau. Finishing eye cream ni sedikit lembap, tidak pedihkan mata malah ia buatkan mata terasa selesa. Selain itu, eye cream ni blend well dengan sunscreen serta makeup. Kulit pada kawasan mata saya sangat sensitive dan mudah rasa pedih dan kemerahan bila pakai apa-apa produk tapi Mizon eye cream ni saya rasa suka je nak apply. Sebab paling utama adalah eye cream ini terasa ringan, tiada iritasi yang mengakibatkan kulit mata lebih berkedut, kusam dan kemerahan, atau menimbulkan milia seed. Pendek kata selesa dipakai tanpa rasa berat. Bila pakai eye cream, saya nampak sedikit improvement pada kawasan mata dari segi keanjalan dan garis halus. Tapi bila tak pakai eye cream, garis halus masih nampak seperti biasa dan kulit yang kering kekurangan sifat elasticity tanpa kelembapan dari eye cream. Apa pun, ia lebih baik dari pakai eye cream tapi tak jadi apa-apa langsung. Nota: Garis halus maksudnya crack bawah mata yang nipis diantara kedutan atau berada pada hujung kedutan. Saya pakai eye cream ni 2 kali sehari. Adakala terlupa terus sampai beberapa hari tak pakai hehehe. Saya perasan kalau terlebih pakai, akan naik setompok kecil milia seeds. Tapi bila cepat-cepat treat dengan exfoliating + hydrating, dalam beberapa minggu milia boleh kecut dan hampir hilang. Milia seeds ni saya perasan kalau dah lama bertapa dia memang takkan hilang kalau setakat pakai skincare sahaja. Kena buat extraction baru boleh buang. Bagi saya ini adalah eye cream yang baik dari segi texture (ringan) and feels (melembapkan), tapi tak cukup power untuk mengurangkan garisan halus bawah mata. Saya rasa okay je kalau nak repurchase walaupun tak berapa power sebab so far eye cream ni yang paling baik untuk saya dan harganya sangat affordable. That's all from me, thanks for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik disini:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|