Saya mencari moisturizer travel size then ternampak Simple Hydrating Light Moisturiser ni. Dia takde la betul-betul kecil sebab 50ml tu quantity full size kebanyakan moisturizer tapi sebab packaging dia comel saya beli je dengan membaca ingredients list sekali lalu. Saya fikir, kalau label sesuai dengan sensitive skin mesti sesuai je dengan combination oily skin saya. Packet ni comel dan practical, nak guna dia sama je macam dispense moisturizer dalam tube. Saya suka sebab dia rectangular and flat, boleh fit dalam sling bag kecil. Lagi satu plastic dia tak keras macam tube jadi boleh squeeze sampai titisan terakhir dengan senang. Consistency moisturizer ni gel-cream, tapi lebih kepada cream yang senang diratakan and menyerap ke dalam kulit. Kandungannya tiada harsh chemicals, tiada alcohol dan tiada fragrance. Namun begitu dia ada medicated scent sikit, macam bau hospital. Nak apply moisturizer ni pun senang, dia agak ringan dan licin untuk diratakan pada kulit. Sapu dengan perlahan dan tekap sikit-sikit dia dah menyerap. Finishing dia ada sheer dan rasa basah sikit, tak completely matte. Kulit saya rasa cukup lembap bila pakai dan tak cepat berminyak. Saya suka sebab tak rasa berat walaupun sebelum tu dah apply banyak lapisan toner dan serum. Tapi selepas dua kali penggunaan muka saya mula timbul jerawat. Kebanyakannya jerawat halus, dan ada beberapa jerawat cysts tanpa mata. Macam-macam test saya buat, siap pakai half and half lagi untuk simpulkan bahawa moisturizer ni tak sesuai dengan kulit saya. Saya baca ingredients list dengan lebih terperinci dan 3rd ingredient ialah Paraffinum Liquidum - sejenis mineral oil yang berkemungkinan besar menjadi punca kulit saya breakout. Tetapi saya takkan tahu sebetulnya if this is the only cause sebab ada je produk lain yang mengandungi mineral oil tapi saya pakai kulit tak breakout. Sebabnya ia bergantung kepada formulasi keseluruhan produk, bukan sekadar spot satu dua icky ingredient sahaja dan terus buat panic/fear mongering. Bahkan comedogenic ingredients tak semestinya menghasilkan final product yang menyumbat pori. Akhirnya saya hanya mampu pasrah bahawa despite the moisturizing, lightweight, and fresh looking skin this moisturizer gave me, ianya tak sesuai dengan saya. Saya masih ada parut merah disebabkan jerawat yang timbul kecil-kecil rasa geram je saya picit Nasib baik boleh kawal diri dari picit semua sebab banyak yang kecut bila buat toner patch. Oh ya, jerawat cystic tu bengkak sampai dagu saya senget sebelah. Saya berjaya surutkan guna BHA patch sekali sehari. Is this a good moisturizer? Dari segi feel, texture, and price point YES. Saya rasa rajin je nak reapply sebab ia cukup melembapkan dalam masa yang sama lightweight serta tidak melekit. Harga pun sangat murah, around RM 9 for 50ml. Tetapi sedih sebab formulasinya tidak sesuai dengan kulit saya. You know perasaan nak kena let go something yang kita suka? :( [UPDATE]: Jarang-jarang sekali saya masih pakai moisturizer ni. Kalau pakai sekali kemudian selang beberapa hari baru pakai lagi, kulit saya tak breakout macam sebelum ni. That's all, thanks for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Artikel menarik lain yang mungkin dapat membantu:
0 Comments
Heliocare 360 Gel Oil Free adalah sejenis hybrid sunscreen, mengandungi physical UV filter dan chemical UV filter generasi baru yang photostable, memberikan perlindungan SPF50 terhadap UVB, PA++++ terhadap UVA, serta dibuktikan secara klinikal dapat melindungi kulit daripada Visible Light dan Infrared Radiation-A. Ia dirumus khusus dengan Fernblock yang bermanfaat pada kulit dari segenap segi termasuk mempertahankan sel kulit dari kerosakan sinar matahari. Sunscreen ini turut mengandungi DNA repair enzyme yang bukan hanya bertindak memperbaiki kerosakan kulit tetapi juga berkuasa untuk mencegahnya. Heliocare sunscreen adalah bebas alkohol serta mengandungi beberapa bahan antioxidant untuk melawan radikal bebas. Antara bahan utama adalah: Packaging Heliocare sunscreen adalah jenis tube dengan screw cap. Satu tube ni ada 50ml dan PAO selama 9M. Ia turut dilabel sebagai 'medical grade sunscreen' walaupun itu bukanlah istilah yang dikawal selia kerana ia dijual di klinik kulit. Kuantiti untuk dipakai pada muka adalah lebih sedikit berbanding sunscreen biasa. Memandangkan sunscreen ini photostable, jadi saya diberitahu tak perlu nak reapply setiap 2 jam seperti sunscreen lain. Cukup sekadar 2 kali sehari atau setiap 4-5 jam. Tapi jika terdedah pada cahaya matahari yang tinggi dalam tempoh yang lama tetap kena reapply dengan kerap juga. First impression saya pakai saya rasa wow betul ke pakai sikit ni je? Was-was takut tak cukup coverage. Yelah, kita bukannya on the spot boleh measure protection dari sunscreen tu 'menjadi' atau tidak. Saya suka bila muka rasa ringan je sebab dah biasa pakai sunscreen biasa dengan dos 2 jari untuk seluruh muka. Texture sunscreen ni liquid gel, macam cecair yang likat. Warnanya sedikit tinted dan bau macam bedak. Heliocare sangat cepat menyerap, jadi bila tengah pakai kena ratakan dan blend dengan segera. Finishing sunscreen ni dewy, ada sheer sikit, dan buatkan kulit nampak fresh. Dia asalnya tak melekit tapi boleh jadi melekit juga kalau:
Kadang-kadang ia turut buatkan kulit saya rasa kering dan tight kalau sebelum sunscreen tu saya sekadar pakai toner dan serum, tanpa moisturizer. Banyak songeh juga la, saya kena find the right balance untuk guna Heliocare sunscreen tanpa rasa melekit ataupun kering. Warna sunscreen ni seperti BB cream yang cerah tapi lepas dah set dia blend dengan tona kulit saya dengan baik. Kulit saya tak nampak berkecapuk dengan warna putih cream seperti tinted sunscreen yang saya pernah cuba. Basically my skin looks like my actual skin, plus the fresh dewy finishing. Tapi saya perasan warna kulit saya sedikit gelap kalau stay outdoor lama. Saya assume yang gelap tu kerana sunscreen oxidised macam foundation sebab lepas cuci muka, tona kulit saya masih seperti biasa, kulit tak sun tan pun. Tak pasti orang lain jadi macam ni ke tak. Overall saya suka pakai Heliocare 360 Gel Oil Free ni. Texture dia terasa ringan pada kulit, and with the right skincare layering sebelumnya ia buatkan kulit rasa at its best. Tiada whitecast cast dan formulasi bebas minyak, sunscreen ini disarankan untuk kulit jenis berminyak. Saya juga pernah pakai sunscreen ni underneath makeup, actually it can make a good primer too. Lagi pun saya banyak pakai brightening/lightening ingredients untuk pudarkan dark spot jadi kulit saya mungkin kekurangan melanin asal. Penggunaan Heliocare sunscreen ni dapat memastikan kulit saya mendapat perlindungan yang terbaik dan menyeluruh. Jika awak jenis sensitive to sun, pori senang tersumbat, mudah tumbuh jerawat sebab pemakaian sunscreen yang tebal, nak cepat keluar lepas pakai sunscreen, malas reapply banyak kali, then this one is worth trying. Harganya RM 100++ tetapi berbaloi sebab kuantiti yang dipakai adalah lebih sedikit, protection hours yang diberikan lebih lama, serta perlindungan bukan sekadar terhadap UVA dan UVB sahaja. Repurchase? Saya rasa not immediately sebab sebelum cuba Heliocare, saya dah jumpa sunscreen biasa yang sesuai dan buatkan saya suka pakai. Mungkin in future kalau rasa taknak pakai heavy sunscreen yang nampak whitecase saya akan beli lagi Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen. That's all from me, thanks for reading! :) --
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Artikel lain yang mungkin dapat membantu: First of all saya tertarik dengan packaging The Raw. Daily Ceramide Moisturiser ni, ala-ala Glossier Priming Moisturizer. Masa tu produk ni tengah sale kat Zalora jadi RM 31.86, normal price RM 56.90 jadi saya beli je untuk cuba. Jom tengok ingredients list dia: -- Aqua, Glycerin, Caprylic/Capric Triglyceride, Propylene Glycol, Squalane, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Hydrogenated Phosphatidylcholine, Butyrospermum Parkii Butter, Cholesterol, Ceramide NP, Trehalose, Sodium PCA, Urea, Glyceryl Caprylate, Polyquaternium-51, Hyaluronic Acid, Triacetin, Xanthan Gum, Carbomer, Triethanolamine, Phenoxyethanol & Ethylhexylglycerin. -- Menurut skincarisma.com, ada 3 ingredients yang baik untuk dry skin dan 1 ingredient yang tidak baik untuk oily skin. Tapi kena ingat bahawa formulasi keseluruhan produk adalah lebih penting dari sekadar membaca ingredients list. Selain dari itu, moisturizer ni adalah free from alcohol and fragrance. Star ingredients dalam moisturizer ini adalah Ceramide NP, yang mana dalam kulit kita ianya berada pada lapisan paling atas. Ceramide adalah lipid yang membentuk 50% daripada komposisi kulit yang berfungsi untuk mencegah dan membaiki kerosakan pada skin barrier. Skin barrier yang sihat = kulit yang lembap, lembut, dan anjal. Siapa taknak kan? Tekstur moisturizer ni gel-cream yang sangat senang untuk diratakan. Ia mengambil masa sedikit untuk menyerap and finishing agak lembap, sesuai untuk kulit kering. Tekstur dan finishing begini sesuai kalau nak layer dengan sunscreen atau foundation yang mattifying dan mengeringkan kulit. Dia ada sedikit medicated scent, macam bau hospital tapi tak lama lepas tu hilang. Walaupun finishing yang agak lembap pada permukaan kulit saya masih selesa pakai moisturizer ni, tiada rasa rimas atau berpeluh cuma kulit nampak agak berkilat. Kalau waktu siang masih okay sebab saya pakai matte sunscreen. Bila dah lama pakai memang boleh nampak kulit saya makin baik, improved skin barrier, serta lebih lembap secara keseluruhan. Packaging The Raw Daily Ceramide Moisturizer adalah berbentuk tube dengan flip cap supaya produk mudah dikeluarkan serta senang dibawa kemana-mana tanpa risiko tertumpah. Satu tube ni saya pakai beberapa kali sehari boleh tahan sehingga 2 bulan lebih kurang. PAO dia 6M.
Repurchase? Maybe not. Bukan sebab dia tak bagus tapi tekstur dan finishing dia lebih sesuai untuk kulit kering. Kulit saya lebih kepada berminyak. Tapi saya recommend ni kepada anyone yang dry skin. That's all from me, thank you for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|