Bahasa mudahnya cara untuk cerahkan ketiak. Sebelum tu kena faham dulu kenapa bawah lengan ni mudah gelap (hyperpigmentasi) supaya kita ada tanggapan yang realistik dan tidak obses dengan sesetengah beauty standard. Kita nak bersih, wangi, dan cantik untuk keselesaan sendiri, bukan untuk puaskan persepsi masyarakat. So here we go... 1. Struktur kulit bawah lengan yang nipis, kering, banyak liang rambut, dan berlipat selain dari kedudukannya yang sentiasa terkepit dan bergesel menyebabkan iritasi mudah berlaku. Iritasi ini mendorong kepada peningkatan melanin, maka kulit menjadi gelap. Selain dari itu, kulit bawah lengan menghasilkan dan membebaskan peluh serta haba, turut menyumbang kepada masalah hyperpigmentasi. 2. Produk yang dipakai pada bawah lengan seperti deodorant, lotion, atau minyak wangi yang tidak sesuai menyebabkan kulit bawah lengan menjadi terlalu kering, dinaiki ruam, kegatalan dan kemerahan. Semua reaksi ini menyumbang kepada kesan hyperpigmentasi. 3. Tidak membersihkan bawah lengan dengan betul menyebabkan kotoran terkumpul dan menampakkan kulit semakin gelap. Bawah lengan yang tidak bersih bukan sahaja kelihatan kusam, malah ianya punca badan berbau. 4. Tindakan mencukur rambut bawah lengan menyebabkan kulit bertambah gelap. Ini kerana geseran dari mata pisau cukur menyebabkan kerengsaan kulit. Selain itu cukuran hanya memotong rambut pada permukaan kulit dan tidak mencabutnya hingga ke akar. Kulit juga nampak gelap akibat folikel yang tertinggal serta tindakbalas keradangan dari mata pisau cukur. 5. Faktor genetik dan tabiat pemakaian. Sesetengah orang mewarisi kondisi kulit yang gelap atau mudah menjadi gelap secara genetik. Pemakaian yang ketat pada bahagian bawah lengan meningkatkan geseran, seterusnya menjadi punca kulit kerengsaan dan munculnya hyperpigmentasi. Lebih lama hyperpigmentasi itu wujud, lebih susah untuk ia dihilangkan jadi kenalah banyak bersabar dan tidak bertindak berlebihan dalam merawat masalah ini. PENTING: Tips yang saya kongsikan ini untuk kondisi kulit yang normal. Sekiranya kulit mengalami alahan, jangkitan, luka, atau lain-lain masalah kulit, sila berjumpa dengan doktor. Cara untuk menjaga kulit bawah lengan: 1. Elakkan mencukur. Cabut rambut pada bawah lengan sehingga ke akar dengan menggunakan tweezer, epilator, laser epilator, atau kaedah waxing. Redakan kemerahan selepas itu dengan produk yang soothing seperti Aloe Vera Gel. Perlu diingat supaya tidak memakai antiperspirant atau exfoliate ketiak dalam masa 24 jam selepas mencabut rambut. Jika cabutan dan waxing terlalu menyakitkan dan terpaksa mencukur juga, pastikan guna shaving cream. Lembutkan rambut bawah lengan dengan shaving cream selama 20 hingga 30 saat sebelum mula mencukur. Selain itu, boleh juga gunakan hair removal cream untuk mencukur rambut bawah lengan tanpa bilah mata pisau cukur. 2. Elakkan pakai antiperspirant sebelum beraktiviti berat yang mengeluarkan peluh. Sebaiknya antiperspirant dipakai waktu malam pada bawah lengan yang bersih dan kering. Antiperspirant yang terkena peluh bukan sahaja mengurangkan keberkesanannya menutup liang peluh, malah turut mengakibatkan kerengsaan kulit. Kesan antiperspirant menyekat kalenjar peluh kekal sehingga 24-48 jam walaupun kita sudah mandi keesokan hari. Jadi pada waktu siang nak pakai apa? Untuk waktu siang pakailah deodorant bagi menghilangkan bau badan. Perbezaan antara deodorant dan antiperspirant: 3. Bersihkan bawah lengan dengan betul. Jika memakai sebarang produk pada bawah lengan, bersihkan dengan pre-cleanser seperti cleansing oil atau micellar water sebelum mandi. Kaedah double cleansing ini dapat memastikan sisa produk benar-benar hilang dari kulit terutamanya yang terbenam pada bahagian lipatan. Elakkan membersih dengan cara sapuan menggunakan tisu atau kapas jika kulit mudah sensitif kerana ia akan membuatkan bawah lengan bertambah gelap. Cukup sekadar urut bahan pembersih dengan menggunakan tangan. Okay, 3 langkah diatas adalah asasnya. Lepas dah buat yang tu, cuba langkah 4 hingga 6 barulah maintenance ketiak terjaga dengan baik. 4. Lembapkan bawah lengan jika perlu. Ini bergantung kepada keselesaan individu kerana ada yang rasa rimas atau geli. Lembapan bertindak sebagai pelincir yang mengurangkan kekeringan serta kekasaran apabila kulit bawah lengan bergesel. Kurang kesan geseran = kurang kerengsaan = kurang hyperpigmentasi! Tidak semestinya kena tambah bajet baru untuk lembapkan bawah lengan. Sebenarnya boleh guna produk lembapan sedia ada sahaja asalkan sesuai dengan kulit. Saya guna toner, oil-based serum, atau gel moisturizer disapu pada kulit bersih dan kering. Tak perlu sapu semua sekaligus, cukup guna salah satu produk sahaja pada satu masa. 5. Exfoliate 2 kali seminggu. Peluh, sisa produk, serta sel kulit mati yang terkumpul turut menjadi punca bawah lengan kelihatan gelap selain dari menyumbat liang rambut menyebabkan ingrown hair. Ingrown hair terjadi apabila pembukaan folikel rambut terhalang dan rambut akan tumbuh melintang atau bergulung dalam kulit. Exfoliate bawah lengan dengan body scrub yang halus dan lembut, atau menggunakan chemical exfoliator sebanyak 2 kali seminggu. Jangan terlebih exfoliate kerana ia boleh menipiskan kulit, meningkatkan iritasi, atau mengakibatkan luka. Bersederhanalah dalam apa-apa pun. Pengalaman peribadi: Selain dari mencerahkan, glycolic acid dapat menghilangkan bau badan biarpun tidak memakai deodorant. Rambut yang tumbuh bawah lengan juga semakin jarang dan halus. 6. Guna brightening serum. Kandungan bahan pencerah seperti Niacinamide atau Alpha Arbutin dalam serum dapat mengurangkan penghasilan melanin yang menggelapkan kulit dan sekatakan tona kulit pada bawah lengan. Produk pelbagai guna seperti deodorant antiperspirant ini turut mengandungi gluta collagen serta vitamin B3 yang mampu mencerahkan kulit. Selain itu, dua titis serum pencerah dipakai pada bawah lengan setiap selang sehari dapat sekatakan tona kulit dan garis lipatan kelihatan tidak ketara. Untuk penjagaan bawah lengan, sebenarnya boleh pakai je apa-apa produk penjagaan muka yang sedia ada asalkan sesuai dan berkesan. Mana-mana skincare yang tak sesuai dekat muka tu boleh cuba sapu pada ketiak dan juga bahagian badan lain supaya tidak membazir. Yang penting kena ingat, kulit bawah lengan nipis dan delicate. Ia mengambil masa 4 hingga 6 minggu untuk mula nampak berkesan. Jangan kasar-kasar dan terburu-buru. Key point dia kena bersabar dan bersederhana. -- Disclaimer:
That's all, thank you for reading :) Artikel perihal penjagaan kulit yang HARUS dibaca:
0 Comments
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|