First of all saya tertarik dengan packaging The Raw. Daily Ceramide Moisturiser ni, ala-ala Glossier Priming Moisturizer. Masa tu produk ni tengah sale kat Zalora jadi RM 31.86, normal price RM 56.90 jadi saya beli je untuk cuba. Jom tengok ingredients list dia: -- Aqua, Glycerin, Caprylic/Capric Triglyceride, Propylene Glycol, Squalane, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Hydrogenated Phosphatidylcholine, Butyrospermum Parkii Butter, Cholesterol, Ceramide NP, Trehalose, Sodium PCA, Urea, Glyceryl Caprylate, Polyquaternium-51, Hyaluronic Acid, Triacetin, Xanthan Gum, Carbomer, Triethanolamine, Phenoxyethanol & Ethylhexylglycerin. -- Menurut skincarisma.com, ada 3 ingredients yang baik untuk dry skin dan 1 ingredient yang tidak baik untuk oily skin. Tapi kena ingat bahawa formulasi keseluruhan produk adalah lebih penting dari sekadar membaca ingredients list. Selain dari itu, moisturizer ni adalah free from alcohol and fragrance. Star ingredients dalam moisturizer ini adalah Ceramide NP, yang mana dalam kulit kita ianya berada pada lapisan paling atas. Ceramide adalah lipid yang membentuk 50% daripada komposisi kulit yang berfungsi untuk mencegah dan membaiki kerosakan pada skin barrier. Skin barrier yang sihat = kulit yang lembap, lembut, dan anjal. Siapa taknak kan? Tekstur moisturizer ni gel-cream yang sangat senang untuk diratakan. Ia mengambil masa sedikit untuk menyerap and finishing agak lembap, sesuai untuk kulit kering. Tekstur dan finishing begini sesuai kalau nak layer dengan sunscreen atau foundation yang mattifying dan mengeringkan kulit. Dia ada sedikit medicated scent, macam bau hospital tapi tak lama lepas tu hilang. Walaupun finishing yang agak lembap pada permukaan kulit saya masih selesa pakai moisturizer ni, tiada rasa rimas atau berpeluh cuma kulit nampak agak berkilat. Kalau waktu siang masih okay sebab saya pakai matte sunscreen. Bila dah lama pakai memang boleh nampak kulit saya makin baik, improved skin barrier, serta lebih lembap secara keseluruhan. Packaging The Raw Daily Ceramide Moisturizer adalah berbentuk tube dengan flip cap supaya produk mudah dikeluarkan serta senang dibawa kemana-mana tanpa risiko tertumpah. Satu tube ni saya pakai beberapa kali sehari boleh tahan sehingga 2 bulan lebih kurang. PAO dia 6M.
Repurchase? Maybe not. Bukan sebab dia tak bagus tapi tekstur dan finishing dia lebih sesuai untuk kulit kering. Kulit saya lebih kepada berminyak. Tapi saya recommend ni kepada anyone yang dry skin. That's all from me, thank you for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik:
0 Comments
Sebelum ni tak pernah dengar pun brand Missha. Saya jumpa brand ni semasa search kat Shopee. Tengok packaging tube putih pink macam cantik je, ingredients list at a glance pun macam bagus je, boleh lah cuba satu. Moisturizer ini mengandungi skin identical ingredients seperti Ceramides, Cholesterol, dan Phytosphingosine yang penting untuk membaiki dan menguatkan skin barrier. Selain itu dia juga ada banyak skin conditioning ingredients yang bagus untuk soften and plumping the skin. Warnanya putih with smooth cream texture, fragrance free, dan dewy finishing. Sangat senang nak ratakan pada kulit sebab cream ni licin and a bit filmsy. Cara pakai macam biasa, hanya sapukan ke serata muka dan massage sikit untuk moisturizer fully set. Actually dia takde la lambat sangat nak absorb, our face could use that 3-4 swipes as bonus pun. Formulasinya sesuai untuk kulit kering dan sensitive, tapi saya perlukan something agak thick untuk seal and protect actives + moisture yang saya layer dalam step sebelumnya. Walaupun agak heavy dan nampak sikit berkilat, actually muka tak berminyak dan melekit sangat seperti yang saya sangka. Lepas sejam dua tu kira normal la. Satu lagi perkara yang saya kagum, muka saya tak berpeluh masa mula-mula pakai, tak macam cream moisturizer yang lain. Awal-awal seram juga takut clogged pores ke, breakout ke, sebab ada banyak emollients dalam ni. Tapi dah lama pakai nampak serasi je dengan kulit combination oily saya. Kadang-kadang ikut kulit juga, ada hari dia cepat berminyak jadi tak boleh layer banyak toner dan serum sebelumnya. Apa pun saya memang suka apply moisturizer ni berkali-kali sehari. Seperti yang tertera pada label, MNSTCCM mengandungi Total Ceramide, iaitu gabungan bahan yang dapat menguatkan skin barrier selain turut mengandungi PHA (Maltobionic Acid) the milder version of AHA yang bermanfaat sebagai gentle exfoliator. Ia juga alcohol free dan fragrance free.
Saya consider this as a good investment for skin sebab boleh nampak kesannya yang melembapkan, maintain condition kulit saya seperti sedia ada, and like any other good moisturizer, dia turut menganjalkan kulit. Ini penting ya sebab saya sudah 30an jadi skin elasticity makin berkurang. Tak mahu kulit berkedut sebelum waktunya. Nak cuci muka dengan kerap pun rasa yakin sebab boleh supply balik moisture dan kuatkan pertahanan kulit bila reapply moisturizer ni. Harganya mid range, masa saya beli RM 37 for 50ml, sekarang tak dapat dah this price hehe. Walaupun pakai banyak kali sehari takde la cepat sangat habis sebab texture dia thick and heavy, saya apply sikit-sikit je dah rasa cukup sebab kulit saya berminyak. Orang dry skin mesti suka moisturizer yang ni. Packaging dia pun cantik, macam medical tube lepas tu ada dotted line yang boleh tulis tarikh bila kita buka. Kenapa kena tulis tarikh? Sebab period after opening moisturizer ni XX bulan, jadi boleh pakai until then je walaupun expired date lambat lagi. Yang ni expired 2023 tapi tiada simbol PAO pada kotak ataupun tube jadi saya search dan jumpa dalam ebay listing tulis 12M. Kalau tak tulis pun saya biasanya boleh habiskan kurang dari 6M. Repurchase? NAK!! Tapi macam mahal sikit sekarang. Antara LaF, Missha, dengan The Raw saya paling suka Missha ni la. Boleh beli kat trusted seller ni. That's all from me, thanks for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca juga artikel menarik:
Saya beli sebab tengah cari moisturizer with Ceramide. Ada beberapa orang swears by this moisturizer so saya rasa tertarik nak cuba. Actually saya suka pakai DOM tapi nak cari yang jenis cream pula so boleh pakai DOM as toner then produk ni sebagai moisturizer. Tamak Ceramide lah katakan. Tekstur dia heavy and rich cream, ada bau citrusy but very light. Lepas apply dia agak cepat juga untuk absorb then tinggal macam lapisan filem atas kulit. Biasanya moisturizer yang banyak mengandungi emollient dan occlusive akan rasa begitu. Kulit saya jenis combination more to oily so lepas satu jam macam tu muka start berminyak sikit, which is acceptable for me. Sebab tekstur dia heavy cream, saya tak layer banyak-banyak toner untuk elakkan kulit cepat berminyak. Selepas moisturizer dah fully set, kulit nampak moist tapi tidak berkilat. Moisturizer ni alcohol free dan formulated untuk dry and sensitive skin tapi ada Lemon Peel Oil dan Bergamot Fruit Oil yang possibly irritating bagi sesetengah orang. Walaupun ada juga beberapa comedogenic ingredients yang berpotensi menyumbat pori, saya tak experience sebarang breakout sepanjang pakai LaF. Selain daripada itu, LaF Med.Secret Ceramide turut mengandungi beberapa antioxidant dan soothing ingredients yang bertindak sebagai agen anti penuaan dan penyembuh luka. Ceramide adalah ingredient yang bagus untuk membaiki skin barrier, mencegah water loss and breakout, menjaga lembapan kulit, serta bertindak sebagai agen anti penuaan. Saya banyak guna kapas untuk cuci muka (micellar water), lepas tu sentiasa cuci muka 60 saat, dengan pakai chemical exfoliation dalam percentage tinggi lagi, jadi LaF Med Secret amat membantu melembapkan kulit saya dan restore healthy skin barrier. Bagi saya ini adalah moisturizer yang bagus dari segi feel and finishing, tak rasa berat dimuka walaupun jenis cream dan kulit tak nampak berkilat. Ia memberikan kesan yang baik untuk kulit saya, serta tiada reaksi buruk bila dipakai bersama skincare yang lain. Harga asal RM 47 tapi beli masa Guardian sale boleh dapat serendah RM 28. Repurchase? Definitely! Tunggu sale nanti nak borong sebab satu tube ni sebulan lebih je boleh habis sebab suka sangat pakai. LaF Med.Secret Cream didatangkan dalam 3 variasi iaitu Aquaporin (for hydration and pore minimizing), The First (priming moisturizer for glowing skin), dan Ceramide (for dry, sensitive skin, and barrier repair). That's all from me, thanks for reading! :)
-- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|