• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

AHA-BHA Sebagai Exfoliator - Ulangkaji

2/5/2021

0 Comments

 
Cara guna AHA-BHA chemical exfoliator
Hi guys... Kalau korang tak tahu apa itu chemical exfoliator atau AHA-BHA, boleh baca part ni dulu:
  • Exfoliation for beginners
  • Cara menggunakan chemical exfoliator

​Ok, jom ulangkaji!
1. AHA - water soluble, exfoliate permukaan kulit. Concentration selamat adalah 10% kebawah.
2. BHA - oil soluble, exfoliate hingga ke dalam pori. Concentration selamat adalah 2% kebawah.
3. Kekerapan penggunaan AHA-BHA bergantung kepada concentration dan keperluan kulit.
4. Sebagai permulaan, cara untuk mengurangkan risiko iritasi adalah:
  • Guna produk yang mengandungi peratusan asid yang rendah.
  • Mula pakai sekali seminggu dan tingkatkan kekerapan secara berperingkat hingga ke tahap optimum.
  • Guna exfoliant dalam produk jenis wash off seperti cleanser atau micellar water jika kulit terlalu sensitive dan mudah breakout.
5. Cadangan AHA: Mandelic Acid (beginner) / Lactic Acid (intermediate) / Glycolic Acid (advanced).
6. Cadangan BHA : Betaine Salicylate (beginner) / Salicylic Acid (intermediate/advanced).
7. Beginner paling gentle, Advanced lebih potent. Tetapi that's not always the case. Ia turut bergantung kepada :
  • Concentration. 10% Mandelic Acid mungkin lebih kuat kesannya pada kulit berbanding 5% Glycolic Acid.
  • Formulasi keseluruhan produk. Glycolic Acid dengan lebih kandungan humectant dan emollient mungkin kurang irritating berbanding Mandelic Acid yang kurang kandungan humectant dan emollient.
  • Vehicle. Mandelic Acid dalam bentuk toner mungkin terasa lebih irritating berbanding Glycolic Acid dalam bentuk treatment cream.
8. AHA sesuai untuk merawat masalah whitehead, kulit kusam, garis halus dan kedutan, serta parut gelap.
9. BHA sesuai untuk merawat blackhead, jerawat, dan dark spots kerana ia bersifat comedolytic (menghalang pembentukan comedone dalam pori) dan desmolytic (menguraikan ikatan antara sel atau exfoliate)
10. Exfoliating product tak semestinya kena sapu seluruh muka. Boleh sapu/patch pada kawasan yang diperlukan sahaja ataupun dot dot sebagai spot treatment.
11. Paling penting, pastikan diri sendiri sudah ada tabiat memakai sunscreen dengan betul iaitu sebanyak 2 jari dan reapply setiap 2-3 jam sebelum mula pakai sebarang chemical exfoliant.


Baca artikel menarik:
  • Humectant, Emollient, dan Occlusive
  • Bolehkah pakai AHA pada waktu siang?
  • Skin Brightening VS Lightening VS Whitening
  • Rahsia penjagaan pori supaya kelihatan kecil
  • Tips penjagaan kulit jenis kombinasi berminyak
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Tips Untuk Kecilkan Pori Yang Perlu Semua Tahu

20/4/2021

0 Comments

 
Pori adalah liang halus pada muka, biasanya banyak pada kawasan hidung dan tepi hidung, dahi, serta dagu. Ia mengandungi sebaceous filament berwarna putih kekuningan dan pada hujungnya berwarna gelap yang terdiri daripada sebum dan sel kulit mati. Fungsi sebum adalah melincirkan dan memberi kelembapan pada kulit. Kadang-kadang ada yang melabel sebaceous filament (SF) ini sebagai blackhead kerana hujungnya berwarna hitam tapi sebenarnya bukan. 

SF adalah sesuatu yang normal dan sebahagian dari pori. Tetapi jika tidak dijaga dan selalu dibersihkan ia boleh berkumpul membentuk blackhead serta jerawat pada kulit. Sebaik-baiknya jangan picit atau sedut pori kerana tindakan ini akan merosakkan tisu kulit, luka dan jangkitan bakteria pada pori lain, serta membuatkan pori semakin membesar.
Perbezaan Sebaceous Filament Dengan Blackhead
Ikuti langkah berikut untuk membersihkan pori dengan lembut dan berkesan supaya ia kelihatan lebih kecil.

1. Double cleansing. 
Lakukan double cleansing setiap hari pada rutin paling akhir menggunakan oil cleanser disusuli dengan normal cleanser. Oil cleanser lebih berkesan untuk membersih sehingga kedalam pori. Caranya mudah, urut perlahan oil cleanser dengan tangan yang bersih dan kering ke serata muka selama 60 saat. Fokus pada kawasan yang mempunyai banyak pori seperti hidung. Letakkan sedikit air untuk bersihkan oil cleanser dari muka, ulang sehingga hampir kesemuanya tertanggal. Bilas dan cuci muka sekali lagi dengan cleanser biasa.
Cara menggunakan cleansing oil dengan betul.

​2. Exfoliation.

Menggunakan chemical exfoliation secara teratur untuk melarutkan sebum dan sel-sel kulit mati keluar dari pori. Walaupun memakan masa untuk lihat hasilnya, gabungan AHA dan BHA mampu membersihkan pori dengan berkesan. AHA membuang sel-sel kulit mati yang terperangkap manakala BHA bertindak memecah dan melonggarkan sebum jauh kedalam pori.
Exfoliation tips untuk beginner dan cara memilih exfoliation method.

​3. Steam, clay mask, sheet mask.
Seminggu sekali wapkan muka yang bersih atau tekap dengan tuala suam selama beberapa minit untuk longgarkan sebum dalam pori. Kemudian pakai clay mask selama 15 minit supaya dapat menyerap dan menarik keluar sebum dan kekotoran pada kulit. Bersihkan clay mask dan pakai sheet mask dengan serta merta bagi menggantikan kelembapan dalam pori. Kalau tiada sheet mask boleh pakai hydrating toner atau serum. Akhir sekali jangan lupa pakai moisturizer ya.
Komponen penting dalam moisturizer dan cara memilih moisturizer mengikut jenis kulit.
Cara membersihkan dan mengecilkan pori
Fokus penjagaan pori adalah pada pembersihan kotoran serta sebum dan menggantikan minyak tersebut dengan lembapan dari skincare supaya pori tidak terasa kering dan merembeskan lebih banyak minyak untuk melembapkan liang.

Semua ini harus dibuat dengan konsisten selama beberapa baru nampak hasil ketara. Apabila pori sudah mengecil pun masih kena buat sebab kitaran semulajadi kulit memang macam tu. Selagi ada liang pada kulit, sebaceous gland akan sentiasa menghasilkan sebum untuk melembapkan dan melindungi kulit. 

Saya banyak cuba toner, essence, serum, dan moisturizer yang khusus untuk 'pore care'. Sebenarnya produk tu semua tidak berkesan pun jika pertama-tama sekali liang pori tidak dibersihkan. Produk dengan targeted pore concerns ni sebenarnya lebih kepada membantu regulating oil production dan hanya menarik keluar sebum dan kotoran secara minimal. Tapi lama-kelamaan, kulit akan tetap dipenuhi dengan SF berceracak memenuhi segenap liang pada muka.

Jadi, bersihkan pori dengan betul dan tingkatan hidrasi kulit supaya produk 'pore care' yang dipakai lebih berkesan dan tidak membazir. That's all from me! :)

Artikel lain yang juga menarik:
  • Resipi ayam goreng nestum paling sedap.
  • Kenali jenis-jenis produk penjagaan kulit serta fungsinya.
  • Laneige Cream Skin Refiner khusus untuk kulit jenis kering.
  • Ketahui perbezaan antara skin brightening vs lightening vs whitening.
  • Serum ini berkesan mengawal minyak muka dan juga mengurangkan cela.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

exfoliation for beginners - bahagian 3

15/4/2021

0 Comments

 
  • Cadangan untuk pilih exfoliation method.
Sebelum tu, baca Exfoliation For Beginners Bahagian 1 dan Bahagian 2 untuk dapatkan lebih info.

​Baru mula pakai skincare? Cuba physical exfoliation dulu. Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit berjerawat dan sunburn.
Guna scrub dengan grain yang halus dan lembut untuk gosok pada muka. Cadangan produk:  Temyracle Strawberry Face Scrub.
Temyracle Strawberry Face Scrub

Selain itu, boleh juga buat face scrub sendiri dengan bahan yang sedia ada di rumah. Contohnya kisar oat atau beras sampai halus, campur dengan yogurt dan madu. Scrub homemade ni tiada surfactant jadi ia bukan pengganti cleanser ya. 

​Sudah pakai basic skincare secara konsisten dan bersedia untuk cuba chemical exfoliation? Mula dengan satu produk yang mempunyai peratusan rendah atau mild formulation. 

Untuk AHA, Mandelic Acid sesuai untuk permulaan kerana saiz molekulnya lebih besar. AHA sesuai untuk kulit kering dan kulit sensitive. Cadangan produk: By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Water.
By Wishtrend Mandelic Acid 5% Skin Prep Marshear

​Untuk BHA pula boleh gunakan Betaine Salicylate kerana ia lebih mild, gentle, dan moisturizing berbanding Salicylic Acid. BHA sesuai untuk kulit berminyak, kulit mudah berjerawat, dan dehydrated skin. Cadangan produk: COSRX BHA Blackhead Power Liquid.
Cosrx BHA Blackhead Power Liquid Glamstory

Jika nak mengurangkan masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi, gabungan AHA-BHA boleh dipakai dalam satu rutin. Cadangan produk: Cosrx Refresh AHA BHA Vitamin C Daily Toner.
Cosrx Refresh ABC Daily Toner
​
Mulakan dengan sekali seminggu dan tingkatkan kekerapan sehingga 3 kali seminggu secara berperingkat. 

Saya pakai dua-dua method. Kebanyakan masa saya pakai chemical exfoliant tapi kalau nak result yang cepat saya akan pakai scrub. Yang penting bersederhana je, jangan buat dua-dua sekaligus nanti overexfoliate.

Tips:
  1. Jika tidak pasti setakat mana perlu build up exfoliation routine, ingatlah lebih baik underexfoliate daripada overexfoliate.
  2. Pastikan buat patch test sebelum menggunakan produk baru terutamanya yang mengandungi bahan yang mempercepatkan kitaran sel kulit seperti AHA-BHA, Retinol.
  3. Introduce satu demi satu produk baru dalam skincare routine, jangan pakai semua sekali gus.
  4. Pastikan pakai sunscreen setiap 2-3 jam pada waktu siang untuk memelihara kulit dari  kerosakan sinar UV.

That's all from me, thanks for reading :)

Bacaan yang menarik:
  • Tips mengecilkan pori bukan lagi rahsia.
  • Tahukah anda, moisturizer ini sesuai untuk kulit berminyak?
  • Begini rupanya cara menggunakan cleansing oil dengan betul.
  • Rangkaian produk Paula's Choice kini mudah didapati di Malaysia.
  • Murtabak megi 5 bahan - hidangan mudah untukk santapan minum petang.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me