Baca BAHAGIAN 1 disini.
Physical exfoliation.
Chemical exfoliation.
!! CAUTION !!
Bersambung.... Baca artikel menarik:
0 Comments
Exfoliation adalah langkah tambahan yang bagus dalam rutin penjagaan kulit tetapi yang paling utama adalah rutin asas yang sudah dipakai secara konsisten iaitu Cleanser - Moisturizer - Sunscreen.
Exfoliation dapat membersihkan permukaan kulit, menyerlahkan kulit yang lebih muda dan cerah, mencegah pori tersumbat, dan mengurangkan jerawat serta pigmentasi. Kulit yang bersih dari gumpalan sel-sel kulit mati juga dapat menyerap kebaikan skincare dengan maksimum.
Physical exfoliation: Normal / Dry skin : 1 - 2 kali seminggu. Oily / Combination skin : 2 - 3 kali seminggu. Chemical exfoliation: Tertakluk kepada formulasi produk. Ada yang diformulasi untuk penggunaan setiap hari, selang sehari, atau 15 minit seminggu sekali. Aturan penggunaan ada pada label produk. !!Over exfoliate akan menipiskan kulit, merosakkan skin barrier, atau lebih teruk terjadinya skin burn!!
1. Physical exfoliation. Menggunakan granular scrub (berbutir). Physical exfoliation hanya bertindak pada lapisan kulit paling luar sahaja. Alternatif lain adalah menggunakan face brush, loofah sponge, atau gloves (ada sesetengah memanggil ini sebagai mechanical exfoliation). Pros: cara yang mudah dan selamat untuk exfoliate, sesiapa sahaja boleh scrub dengan serta merta. Scrub mudah didapati dipasaran ataupun boleh buat sendiri. Cons: urutan dengan tekanan yang kuat dan laju menyebabkan micro tear pada kulit. Kulit menjadi lebih kering selepas scrub. Jika dipakai dengan kerap dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan aging skin. Cara ini tidak sesuai bagi kulit berjerawat dan sensitif, ia menyebabkan luka dan iritasi. 2. Chemical exfoliation. Menggunakan enzim atau asid yang melarutkan ikatan protein yang wujud di antara sel-sel kulit mati semasa proses pengelupasan. Asid yang larut air dipanggil Alpha Hydroxy Acid (AHA) manakala asid larut minyak dipanggil Beta Hydroxy Acid (BHA). BHA dapat meresap kedalam pori kerana sifatnya yang larut minyak. Pros: cara yang lebih gentle untuk exfoliate. Sesuai bagi kulit berjerawat dan sensitif. Chemical exfoliation juga melembapkan kulit dan memberi beberapa manfaat lain seperti mencegah bakteria dan menggalakkan penghasilan collagen. Cons: Walaupun chemical exfoliation selamat bagi kulit sensitif dan berjerawat, tapi pada peratusan kepekatan yang tinggi ia akan menyebabkan iritasi dan skin burn. Chemical exfoliation hanya efektif pada PH level 3 hingga 4. Penggunaan chemical exfoliation juga akan meningkatkan sensitivity kulit pada sinar UV. Bersambung.... Baca artikel menarik:
Penggunaan chemical exfoliant terutama Glycolic Acid (sejenis AHA) menyebabkan kulit menjadi photosensitive. Photosensitive ialah keadaan dimana kulit semakin kurang perlindungan semulajadi dan berisiko tinggi menjadi rosak akibat UV radiation dari sinaran matahari. Tetapi cara AHA menyebabkan photosensitivity bukannya dengan bertindak balas dengan cahaya matahari, sebaliknya ia menipiskan lapisan stratum corneum (sel kulit mati) yang menyebabkan kulit lebih terdedah dan bertambah sensitive. Proses ini tidak berlaku dalam beberapa saat sewaktu pemakaian skincare. AHA bertindak secara perlahan-lahan untuk melarutkan sel-sel kulit mati. Sebab itu untuk mendapatkan kesan exfoliation yang optimum kita perlu menggunakan chemical exfoliation dalam leave-on product (yang popular adalah toner). Kulit mengambil masa untuk develop photosensitivity, dan kesannya juga tidak hilang dengan serta merta. Maksudnya, photosensitivity kulit berterusan sehingga lebih kurang seminggu biarpun kulit sudah tidak lagi menggunakan produk yang mengandungi AHA. Source: TikTok Jadi AHA selamat untuk dipakai pada waktu siang juga, yang penting kena protect kulit dari sinaran matahari dengan pakai sunscreen. Very very important ya sunscreen ni adik-adik. Kalau dah jadi premature aging baru nak pakai kira dah terlambat, sebab sunscreen tak dapat reverse balik proses tu, dia cuma perlahankan kesan UV damage pada masa akan datang.
Thanks for reading! :) Baca artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|