• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Sejarah Asal Usul Cleansing Oil

20/4/2021

0 Comments

 
Oshiroi Maekup Dibersihkan Dengan Cleansing Oil
Shu Eumura dan Minyak Ajaib.
​

Sejarah kaedah double cleansing diketahui bermula dari Asia pada abad ke-14. Wanita di Korea, Jepun, dan China memakai makeup dengan asas putih (oshiroi) sebagai simbol kecantikan pada zaman itu. Mereka menggunakan minyak berasas dari tumbuhan untuk dicampur pada bedak putih bagi membentuk foundation. Minyak yang sama turut digunakan untuk membersihkan foundation pada kulit disusuli rutin penjagaan muka yang biasa.

Cleansing oil bukan hanya sebahagian dari budaya Asia, malahan Cleopatra serta orang Rom telah lama menggunakan minyak untuk membersihkan diri sebelum kewujudan sabun.
Shu Eumura, Makeup Artis Jepun Terkenal
Cleansing oil dalam penjagaan kulit moden dipopularkan oleh Shu Eumura, seorang makeup artist Jepun yang terkenal. Beliau berpegang pada prinsip "Beautiful makeup starts with beautiful skin". Sewaktu bekerja sebagai makeup artist di Hollywood, Shu menyedari kepentingan kulit yang bersih dan lembut sebagai base adalah amat penting kerana tekstur kulit tidak dapat dilindungi dengan makeup. Sepanjang pengalamannya disana, beliau perasan bahawa makeup yang dicuci dari kulit dengan produk disebut sebagai 'Magic Oil' terlebih dahulu didapati lebih bersih dan lembut. Hasil dari teknik ini semestinya menjadikan makeup base tampak lebih baik dan kurang cela.
​
Kemudian, pada tahun 1967 Shu memperkenalkan cleansing oil yang dihasilkannya sendiri pada pasaran kecantikan Jepun. Produk tersebut mendapat sambutan negatif dari masyarakat yang tidak faham dan tidak mahu cuba menggunakan minyak bagi membersihkan muka. Shu tidak putus asa apabila menerima kecaman, sebaliknya beliau menjadi semakin bersemangat dalam membangunkan formulasi cleansing oil yang lebih baik. Matlamatnya hanya mahukan semua orang berkeyakinan dengan kulit yang bersih dan sihat, biarpun tanpa mengenakan sebarang makeup.
Shu Eumura Makeup Cleansing Oil
Tidak lama selepas itu, manfaat cleansing oil Shu Eumura telah tersebar luas dalam industri kecantikan, fesyen, dan hiburan menjadi punca ia mendapat permintaan tinggi dan berkembang pesat. Hari ini mungkin terdapat ratusan pilihan cleansing oil dari bermacam-macam jenama dan formulasi untuk pelbagai target market. Jika Shu Eumura patah semangat dan tidak terus memperbaiki formula produk serta mendidik masyarakat tentang fungsinya yang sebenar, penggunaan 'minyak ajaib' boleh jadi terhad kepada golongan tertentu sahaja. Dan kita mungkin mempunyai sejarah serta fahaman terhadap cleansing oil berbeza dari apa yang berlaku sekarang.

Haaa sekarang dah tahukan betapa pentingnya cleansing oil ni. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak. Kalau rasa pakai cleansing oil buatkan kulit jadi breakout, mungkin awak belum jumpa formulasi yang sesuai dengan kulit. Keep on searching! Boleh beli trial size, request sample, atau pinjam sikit dari member (jangan lupa belanja dia) untuk cuba buat pertama kali.

That's all from me. You might also like:
  • Rahsia pori kecil dan tidak jelas kelihatan
  • Tips penjagaan kulit jenis kombinasi berminyak
  • Cara menggunakan celansing oil dengan betul
  • ​Jenis-jenis produk penjagaan kulit dan fungsinya
  • Apa itu comedogenic rating pada bahan dalam skincare
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Cara Menggunakan Cleansing Oil

18/4/2021

0 Comments

 
Dalam bentuk cecair ia dipanggil oil, dalam bentuk pepejal pula dipanggil balm. Cara nak guna balm atau oil ni sama je.

Cleansing oil terdiri daripada oil dan emulsifier. Minyak melarutkan minyak, kemudian dengan kehadiran sedikit air ia akan emulsify untuk dibersihkan dari kulit.
​
  1. Mula-mula, pastikan tangan kering dan bersih, sapu cleansing oil ke serata kulit. Muka pun kena kering, tak boleh basah atau berpeluh.
  2. Urut perlahan-lahan selama 60 saat. Waktu ini berlakulah 'oil dissolves oil' yang mana kotoran minyak pada muka dilarutkan atau dikeluarkan oleh cleansing oil dengan sedikit bantuan haba dari urutan tangan.
  3. Bilas tangan, kemudian letakkan sedikit air pada muka. Sambung urut lagi 15 saat. Waktu ni air bercampur minyak akan emulsify.
  4. Apa yang berlaku bila emulsify ni adalah 'water dissolves oil' dan warnanya jadi bersusu.
  5. Minyak pada muka akan perlahan-lahan akan dilarutkan air dan tertanggal dari kulit.
  6. Tambah sedikit air lagi dan sambung urut secara perlahan. Ulangi sehingga kebanyakannya emulsified dan keluar dari muka.
  7. Bilas muka dan sambung dengan menggunakan normal cleanser untuk membersihkan sisa minyak pada kulit (double cleansing).

Jika menggunakan oil cleanser yang tidak emulsifying, boleh bilas dengan air suam untuk bantu wash off dari kulit sebelum sambung guna normal cleanser.

Cleansing oil ni wajib pakai ke?
Bagi saya tak wajib. Tapi kalau tiada breakout apabila pakai dan boleh nampak improvement pada kulit, lebih baik teruskan je jika mampu buat. Cleansing oil dipakai sekali sehari, sebaiknya lakukan double cleansing pada rutin malam untuk membersihkan sisa sunscreen. Tapi kalau nak pakai selang sehari atau seminggu sekali pun boleh juga, ikut rutin masing-masing.

Jika pakai makeup pun boleh guna cleansing oil sebagai makeup remover. Urutan cleansing oil dengan tangan untuk larutkan makeup adalah lebih baik dan kurang iritasi berbanding menyapu muka menggunakan makeup remover wipes.

Cleansing oil pilihan saya:
DAUGHTERS OF MALAYA Simplified Purify Cleansing Oil - melembutkan dan mengurangkan sebaceous filaments (bintik hitam pada hidung) serta dapat emulsify dengan baik.
Daughters of Malaya Cleansing Oil Paling Best
Cleansing balm pilihan saya:
Banila Co. Clean It Zero Cleansing Balm - tekstur balm yang mudah mencair dan membersihkan minyak pada muka dengan sangat berkesan. Senang dibawa travel kerana tidak tumpah.
Best Cleansing Balm 2021
That's all from me, thanks for reading and don't forget to share :)

Baca juga artikel menarik lain:
  • Asal usul cleansing oil.
  • Benarkah eye cream adalah scam?
  • Fungsi toner dan cara menggunakannya.
  • ​Ketahui cara exfoliation yang mana sesuai dengan anda.
  • Pilihan moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit berdasarkan oil test.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Review Tesco Kind & Pure fragrance Free Cleansing Eye Makeup Remover Pads

26/3/2021

0 Comments

 
Saja-saja nak cuci mata tengok skincare kat Tesco then terjumpa Tesco Kind & Pure range. Teringin nak cuba cleanser dia tapi saya dah ada 3 cleanser yang baru start guna so tak boleh lah beli any cleanser yang full size. Saya pun cuba eye makeup remover pads je dulu.​
Tesco Kind & Pure Skincare
Tesco Kind & Pure Micellar Water
Tesco Kind & Pure Makeup Remover
TESCO Kind & Pure Fragrance Free Cleansing Eye Makeup Remover Pads claim sesuai untuk sensitive skin dan boleh remove waterproof mascara. Saya agak skeptical dengan cleanser/remover for sensitive skin sebab biasa formulanya sangat mild dan gentle. Kulit berminyak saya perlukan sesuatu yang lebih kuat untuk membersih. Tapi tak perlu buang masa berteka teki, kita test je cleansing power dia untuk remove produk yang biasa saya pakai pada kawasan mata: foundation, waterproof mascara, dan non-waterproof brow liner.​
Review Tesco Kind & Pure Makeup Remover
Review Tesco Kind & Pure Makeup Remover
Review Tesco Kind & Pure Makeup Remover
​First impression masa keluarkan cleansing pad ni saya rasa eeee nipisnya, boleh ke cuci semua ni, cukup ke satu pad je. Here's my opinion about cotton pad. Untuk task mencuci saya prefer cotton pad yang tebal dan lembut supaya dia dapat menyerap dan menyapu keluar semua makeup dan kotoran dengan lebih mudah, effortless. Untuk task apply skincare pula saya suka cotton pad yang nipis sebab nak produk lebih banyak transfer ke kulit dan tak terbazir diserap cotton pad.

Ingredients makeup remover ni ada banyak humectant dan juga 2 soothing ingredients iaitu Panthenol (Pro-Vitamin B5) dan Chamomilla Recutita Flower Extract yang bersifat anti-inflammatory. Jadi dia boleh membersihkan makeup sambil menghidrat serta merawat iritasi yang sedia ada atau terjadi akibat sapuan cotton pad sewaktu menanggalkan makeup.
​
--
Maklumat berikut dipetik dari sini dan mungkin berubah pada masa akan datang.

Features
For sensitive skin, Camomile & rosehip + pro vitamin B5, Gently removes waterproof mascara, Dermatologically tested, Suitable for vegans.

Product Marketing
Kind & Pure Fragrance Free Cleansing Eye Makeup Remover Pads.

Ingredients
Aqua, Glycereth-7 Caprylate/Caprate, Glycerin, Propylene Glycol, Panthenol, Rosa Canina Fruit Extract, Poloxamer 184, Chamomilla Recutita Flower Extract, Polysorbate 20, Butylene Glycol, Sodium Gluconate, Sodium Citrate, Citric Acid, Phenoxyethanol, Dehydroacetic Acid, Benzoic Acid, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate.
--

​Boleh nampak dalam video diatas saya tak perlu pressure kulit dengan kuat untuk tanggalkan foundation, waterproof mascara, dan non-waterproof brow liner. Ia membersih dengan agak bagus, tak perlu gosok kulit kuat sangat. Satu cotton pad mungkin cukup untuk satu kawasan mata, bergantung kepada banyak mana eye makeup yang dipakai.

Kalau cleansing liquid tu banyak sikit actually lagi better, sapuan pada kulit jadi lebih smooth. Tapi test dekat tangan tak sama dengan muka sebab texture kulit adalah berlainan. Tangan lebih licin, rata, dan tanpa pori manakala tekstur kulit muka ada lekuk, kedutan, dan mempunyai pori.
​
​Bagi saya, Tesco Kind & Pure Cleansing Eye Makeup Remover Pads ni berbaloi untuk dibeli jika diambil kira harga dan keberkesanannya. Cuma RM 3.99 untuk 30 sheets. Saya tambah micellar water dalam packet dia dan hanya guna wipes ni bila kat luar je.

Produk Tesco Kind & Pure tiada kat Shopee. Kalau nak beli kena order Tesco Online atau menapaklah anda ke Tesco berdekatan.
Review Tesco Kind & Pure Eye Makeup Remover

Baca artikel menarik:
  • Moisturizer yang sesuai dipakai mengikut jenis kulit.
  • Kenalpasti jenis kulit muka dengan 3 langkah mudah.
  • Benarkah eye cream hanyalah sekadar moisturizer dalam bekas kecil?
  • Cara mengatasi muka berpeluh selepas pakai moisturizer atau sunscreen.
  • The Raw Niacinamide Serum untuk mengawal minyak dan mencerahkan kulit.
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me