Asas penjagaan kulit adalah Cleanser-Moisturizer-Sunscreen. Kalau pakai 3 yang basic ni kulit dah okay, sebenarnya tak perlu tambah dah langkah yang lain. Kalau nak tambah juga pun boleh je, pilihan masing-masing. Tapi kena ingat, tambah lagi banyak steps tak semestinya jadi lebih baik. Jadi kena rajin observe kulit sendiri ya. Sebelum tambah skincare yang bukan basic, pastikan kita dah pakai yang asas dengan consistent dahulu. Maksudnya jangan pakai toner sahaja atau serum sahaja lepas tu mengharapkan keajaiban berlaku. Tak pakai cleanser, habis sisa produk, minyak muka, dan kotoran bertimbun pada lapisan kulit. Bukan sahaja skincare tidak dapat menyerap dengan baik, malah lebih teruk gumpalan kotoran ni menjadi punca kulit breakout berapanjangan.
Tak pakai moisturizer, kulit tak dapat lembapan dan mengukuhkan skin barrier. Kulit kering dan skin barrier yang lemah pun punca kepada banyak masalah kulit. Tak pakai sunscreen, sinar UV makin merosakkan kulit. Lama kelamaan kesan UV damage pada kulit semakin ketara. Jangan salahkan skincare tidak berkesan kalau tak pakai sunscreen pada waktu siang. Kalau dah pakai basic dengan consistent, lepas tu ada masalah kulit yang kita nak improve boleh introduce one product at time. Contohnya mula dengan tambah toner untuk tingkatkan hidrasi, after a while kalau tiada masalah dengan toner dan kulit nampak well hydrated boleh tambah serum pula untuk even out skin tone. Ni contoh je. Kesimpulannya, go back to basic kemudian build your routine sikit-sikit mengikut keperluan :) Lain-lain artikel menarik:
0 Comments
Walaupun setiap orang mempunyai skin type dan skin concern yang berlainan, rutin asas (basic routine) ni terpakai kepada semua orang secara umumnya. Dengan kebanjiran pelbagai jenis skincare di pasaran, kalau baru nak mula mesti pening sebab tak pasti nak pakai apa. Nama pun basic, B. A. S. I. C, basic. Jadi, asas penjagaan kulit sebenarnya cuma 3 langkah sahaja. Yeay! 1. Cleanser - Pencuci Muka.
Cuci muka untuk bersihkan minyak, debu kotoran, dan sel kulit mati. Pilih cleanser yang sesuai dengan jenis kulit. Ada juga cleanser yang khusus untuk skin concern tertentu seperti anti-acne, anti-aging, dan brightening. Cara untuk guna cleanser ditulis pada packaging produk tapi selalunya basahkan muka terlebih dahulu kemudian urut cleanser perlahan-lahan dan bilas dengan bersih. 2. Moisturizer - Pelembap Muka. Selepas cuci muka, kulit menjadi sedikit kering maka kulit jenis berminyak secara semulajadi akan mengeluarkan minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang, manakala kulit kering akan semakin kering merekah dan menjadi sensitive. Untuk seimbangkan lembapan, sapulah moisturizer dengan tangan yang bersih sebaik selesai mencuci muka. Bahan-bahan dalam moisturizer akan bertindak melembapkan kulit serta menghalang lembapan keluar daripada kulit. 3. Sunscreen - Pelindung Matahari. Sinaran UV dari matahari adalah punca kepada hampir semua masalah kulit. Asalkan terdapat cahaya (natural light) dipersekitaran, kita sudah terdedah dengan sinar UV walaupun berada didalam rumah. Gunakan sunscreen yang broad spectrum untuk melindungi kulit dari sinar UVA (PA rating) dan UVB (SPF rating). Disarankan memilih sunscreen yang ada minimum SPF 30 PA +++ dan dipakai sebanyak 2 jari (1/4 teaspoon) keseluruh muka. Jadi, selepas pakai moisturizer jangan lupa pakai sunscreen ya untuk rutin siang. Lain-lain artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|