Niacinamide banyak digunakan dalam brightening products tapi masa saya survey and decide beli serum ni saya aim nak improve skin condition dari segi oil balancing dan smoother skin texture. Water based serum ini diformulasi dengan Niacinamide 5% + Vitamin B5 0.5% + Anti-Blemish Cocktail (AHA + BHA) sebagai bahan utama. Ianya bebas alcohol dan juga fragrance. Baca senarai penuh bahan-bahan dalam The Raw. Niacinamide 5% Serum beserta penerangan lanjut disini. Tekstur serum ni tak cair sangat tak likat sangat, consistency dia lebih kurang dengan Nutox Advanced Serum Concentrate. Warnanya jernih dan sedikit kekuningan serta tiada noticeable scent. Packaging serum ini jenis botol kaca berwarna amber serta penutup dengan dropper untuk mudah kita titiskan serum. Ia dikatakan mampu mengawal minyak, cela, dan jerawat, mengurangkan penampakan pori, mencerahkan serta meningkatkan kelembapan kulit. Harganya sangat berpatutan, cuma RM 34.90 untuk 30ml dan PAO selama 6M. Kalau pakai 3-4 titik sekali sehari ngam-ngam 6 bulan baru habis ni. Okay, mula-mula pakai saya rasa kurang selesa sebab:
Tapi sabar jap, ada benda kena ambil masa sikit untuk serasi. Kadang-kadang masalah tu bukan dengan produk tapi condition kulit saya sendiri. Disebabkan serum ni tak buat kulit saya breakout ke apa, saya teruskan juga pakai setiap hari. Biasanya sekali sehari tapi ada juga pakai 2 kali sehari. Bila pakai 3 kali sehari tak boleh, kulit saya naik jerawat pasir 2-3 ketul. Selepas 3 minggu (ke 4 minggu, lupa dah) saya mula nampak improvement. Rasa melekit tu sebenarnya sebab saya tengah obses dengan One Thing toner jadi saya duk pakai toner banyak layer, saya spray sebagai face mist lagi. Bila kurangkan sikit layring toner dan spray face mist, rasa elok je pakai The Raw Niacinamide ni, senang meresap dan tak melekit pun. Lama kelamaan muka pun rasa kurang berminyak sebab serum ni dapat regulate oil production, secara tak langsung juga kuranglah pertumbuhan jerawat. Ia berkesan, cuma ambil masa sedikit jadi kenalah pakai dengan konsisten dan banyak observe kulit sendiri. Dari segi kesan kecerahan dan kelembapan kulit maybe ada lah sikit kot, tak obvious sangat. Selain dari itu Niacinamide juga membantu meningkatkan pengeluaran ceramide semulajadi kulit, maka skin barrier juga jadi lebih kuat. Saya suka lapiskan The Raw Niacinamide serum dengan Mizon Collagen Power Lifting Cream moisturizer. Kulit memang behave at its best! Btw, serum ni saya tak boleh pakai dengan Cosrx BHA Blackhead Power Liquid, ia buatkan kulit saya extremely dehydrated tapi saya terus apply counter measure, sekejap je dah okay balik. Setakat ni tu je yang saya ada problem. Layer dengan produk lain okay sangat.
Is this a good serum? Untuk saya, The Raw Niacinamide 5% adalah serum yang bagus. Will I repurchase this product? Of course. In fact saya tengah pakai botol kedua sekarang ni, beli kat official store. Allright, thanks for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik:
0 Comments
Serum anti-aging ini kaya dengan antioxidant dari buah delima yang befungsi untuk memulihkan (recover) dan menghidupkan (revitalize) kulit akibat dari iritasi dan stress luaran, menguatkan pertahanan lembapan kulit serta menyerlahkan keanjalan dan keserian wajah. Mengandungi Blossoming Energy™️, ramuan rahsia Mamonde hasil dari kajian selama 28 tahun bagi memastikan kulit dapat mengekalkan kelembapan dengan lebih baik. Ia didatangkan dalam botol kaca jenis pump, senang untuk tekan keluar serum. Saya lebih prefer packaging jenis pump daripada droplet. Tekstur serum ni saya rasa just nice, tidak pekat atau cair sangat. Senang diratakan dan di tekap pada kulit. Formulanya cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit selepas itu. Disebabkan serum ini tak buat kulit rasa berat, saya selesa untuk guna serum ini bersama toner dan essence dalam satu rutin. Warnanya sedikit milky white dan ada very light floral scent. Tapi bila serum dah fully set, bau tersebut hilang. Dari pengalaman saya, serum ini amat membantu untuk melindungi lembapan pada kulit tanpa rasa berat, sebab itu saya suka apply serum pada rutin pagi, mid-day, dan malam. Kulit dikawasan mata adalah lebih sensitif, tapi walaupun mengandungi alcohol dan fragrance, serum ni tidak merengsakan kulit, malah ia membantu melembapkan kawasan mata saya. Kandungan utama serum ini iaitu Dimethicone bertindak sebagai emollient dan juga occlusive yang berupaya memerangkap lembapan dan memenuhi ruangan pada kedutan. Ia menampakkan kesan anti-aging seperti memudarkan parut, mengurangkan garis halus, serta meningkatkan keanjalan kulit. Semua ini menyumbang kepada kulit kelihatan berseri secara keseluruhan. Saya cuba bandingkan dengan serum anti-aging lain yang pernah saya cuba. It is hard to rank sebab all of them are definitely good, just some are slightly better than the others: Harga: 1. Nutox Advanced Serum Concentrate 30 ml - RM 67.00 2. Mamonde Red Energy Recovery Serum 30 ml - RM 130.00 3. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum 30 ml - RM 295.00 Texture and feel: 1. Mamonde Red Energy Recovery Serum - tidak terlalu pekat atau cair, menyerap lebik baik berbanding dua yang lain, dan tiada rasa melekit pada permukaan kulit selepas serum meresap sepenuhnya. 2. Nutox Advanced Serum Concentrate - consistency yang lebih kurang sama dengan Mamonde tetapi tekstur Nutox lebih kepada gel. Senang meresap pada kulit dan ada sedikit rasa melekit selepas itu, tetapi dapat diterima. 3. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum - consistency yang paling pekat antara ketiga-tiga serum. Selepas diratakan, saya panaskan tapak tangan dan tekap perlahan keseluruh muka untuk pastikan serum menyerap sepenuhnya. Ia paling kuat rasa melekit tetapi boleh ditutup dengan memakai moisturizer atau sunscreen yang mattifying. Kesan pada kulit selepas beberapa minggu: 1. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum - walaupun mengambil masa sikit untuk nampak improvement pada kulit, tetapi Lancome memberikan hasil terbaik yang dapat dilihat. Kalau ada $$$ lebih, saya mungkin akan beli lagi. 2. Mamonde Red Energy Recovery Serum - dalam masa beberapa hari sahaja dapat rasa kulit lebih bertenaga, nampak lembap, plump (gebu), dan radiant (berseri). Meningkatkan keanjalan kulit seara berterusan sepanjang penggunaan serum. 3. Nutox Advanced Serum Concentrate - actually yang ni sebenarnya seri dengan Mamonde Red Serum. Nutox boleh nampak skin improvement seawal beberapa hari tapi sebab dia rasa sedikit melekit lepas serum dah meresap, saya letak dia nombor 3. Secara keseluruhan, saya suka Mamonde Red Energy Recovery Serum dari segi feel, texture, dan bagaimana ia membaiki kulit saya. Recommended untuk mature skin yang kekurangan elasticity dan mempunyai garis halus. Botol dia nampak dan rasa so luxurious, cuma dia agak opaque so tak nampak sangat isi kat dalam. Susah nak tahu berapa banyak dah guna and bila nak habis. Kalau nak repurchase pula saya ikut bajet dan beli mana-mana antara 3 diatas.
That's all, thanks for reading! -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|