• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Muka Berpeluh Selepas Pakai Moisturizer Atau Sunscreen DAN Cara Mengatasinya

23/4/2021

0 Comments

 
Kulit kita berpeluh untuk membebaskan haba termasuk kulit muka. Kadang kala proses ini terlalu minimal dimana titisan peluh yang terhasil amat kecil dan cepat meruap ke udara hingga kita tak perasan kulit sedang berpeluh.
 
Bila pakai moisturizer atau sunscreen, kandungannya yang bersifat occlusive (memerangkap) akan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kulit kehilangan lembapan. Ini menyebabkan peluh terbebas lebih perlahan dan titisan yang keluar adalah lebih besar dan ketara.

Simptom ini juga turut terjadi apabila pakai losyen badan atau makeup. Orang kata kulit susah bernafas 😂
Muka Berpeluh Bila Pakai Moisturizer Dan Sunscreen
​Cara untuk mengatasinya adalah:

1. Kurangkan saiz moisturizer yang dipakai. 
  • Kadangkala kulit hanya berpeluh sewaktu mula pakai moisturizer baru jadi cuma perlu tekap dengan tisu. Lama-kelamaan ia makin serasi dengan kulit dan tidak berpeluh lagi. Sekiranya kulit tetap jadi berpeluh, cuba kurangkan sedikit jumlah moisturizer yang dipakai pada muka.
  • Tapi jumlah sunscreen tak boleh kurangkan ya, mesti pakai dengan dos yang betul iaitu 2 jari untuk seluruh muka.

2. Kurangkan lapisan produk penjagaan kulit.
  • Melapis produk penjagaan kulit dengan banyak boleh buatkan kulit jadi berpeluh kerana sesetengah toner, essence, dan serum yang dipakai sebelum moisturizer turut mempunyai bahan yang occlusive (memerangkap) biasanya jenis silicone.
  • Daripada melapis semua sekali dalam satu rutin, cuba pecahkan kepada beberapa rutin yang berlainan sebagai contoh toner untuk rutin pagi, essence pada rutin pertengahan hari, dan serum untuk rutin malam.

3. Bertukar kepada moisturizer dan sunscreen yang lebih ringan.
  • Pilih moisturizer yang mempunyai tekstur gel atau gel-cream kerana komposisi occlusive nya adalah lebih sedikit. Selain itu, pilih jenis yang cepat menyerap dan mempunyai kemasan (finishing) yang sesuai dengan jenis kulit.
  • Sunscreen jenis gel atau watery essence adalah lebih ringan berbanding jenis cream. Jika boleh, pilih suncsreen yang tinggi kandungan pelembap dan manfaat lain supaya tidak perlu pakai moisturizer lagi sebelumnya. Hanya pakai sunscreen sahaja sudah memadai untuk rutin siang.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, produk dengan label 'oil-free' atau 'non-comedogenic' bukan jaminan ia tidak membuatkan kulit jadi berpeluh. Ada beberapa moisturizer dan sunscreen yang dilabel begitu tetapi bila saya pakai tetap tak selesa, berpeluh, dan rasa melekit. Cara paling tepat untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kita, tak lain tak bukan adalah: kena pakai sendiri. YMMV.

That's all, thanks for reading! :)

Baca juga:
  • Moisturizer yang sesuai mengikut jenis kulit
  • Rutin asas penjagaan kulit - yang wajib sahaja
  • 3 langkah mudah untuk kenalpasti jenis kulit muka
  • Tips melapis produk penjagaan kulit untuk hasil yang memukau​
  • Fahami tentang comedogenic rating pada produk penjagaan kulit
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Review Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen

19/4/2021

0 Comments

 
Review Heliocare 360 Gel Oil Free
​Heliocare 360 Gel Oil Free adalah sejenis hybrid sunscreen, mengandungi physical UV filter dan chemical UV filter generasi baru yang photostable, memberikan perlindungan SPF50 terhadap UVB, PA++++ terhadap UVA, serta dibuktikan secara klinikal dapat melindungi kulit daripada Visible Light dan Infrared Radiation-A.

Ia dirumus khusus dengan Fernblock yang bermanfaat pada kulit dari segenap segi termasuk mempertahankan sel kulit dari kerosakan sinar matahari. Sunscreen ini turut mengandungi DNA repair enzyme yang bukan hanya bertindak memperbaiki kerosakan kulit tetapi juga berkuasa untuk mencegahnya. Heliocare sunscreen adalah bebas alkohol serta mengandungi beberapa bahan antioxidant untuk melawan radikal bebas. Antara bahan utama adalah:
Heliocare 360 Gel Oil Free Ingredients Incidecoder
Baca senarai bahan-bahan Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen dengan lebih terperinci disini.

Packaging Heliocare sunscreen adalah jenis tube dengan screw cap. Satu tube ni ada 50ml dan PAO selama 9M. Ia turut dilabel sebagai 'medical grade sunscreen' walaupun itu bukanlah istilah yang dikawal selia kerana ia dijual di klinik kulit. Kuantiti untuk dipakai pada muka adalah lebih sedikit berbanding sunscreen biasa. Memandangkan sunscreen ini photostable, jadi saya diberitahu tak perlu nak reapply setiap 2 jam seperti sunscreen lain. Cukup sekadar 2 kali sehari atau setiap 4-5 jam. Tapi jika terdedah pada cahaya matahari yang tinggi dalam tempoh yang lama tetap kena reapply dengan kerap juga.

First impression saya pakai saya rasa wow betul ke pakai sikit ni je? Was-was takut tak cukup coverage. Yelah, kita bukannya on the spot boleh measure protection dari sunscreen tu 'menjadi' atau tidak. Saya suka bila muka rasa ringan je sebab dah biasa pakai sunscreen biasa dengan dos 2 jari untuk seluruh muka.
Review Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen Texture
Texture sunscreen ni liquid gel, macam cecair yang likat. Warnanya sedikit tinted dan bau macam bedak. Heliocare sangat cepat menyerap, jadi bila tengah pakai kena ratakan dan blend dengan segera. Finishing sunscreen ni dewy, ada sheer sikit, dan buatkan kulit nampak fresh. Dia asalnya tak melekit tapi boleh jadi melekit juga kalau:
  • Terlebih dosage. Kali kedua saya guna, saya lupa yang ni kena pakai sikit je. Saya pula pergi apply sampai 2 jari sebab dah jadi habit. Habis berminyak, melekit, pedih mata.
  • Guna gel atau gel-cream moisturizer. Sesetengah moisturizer ni buatkan surface kulit saya sedikit lembap dan berkilat lepas dah set. Bila pakai sunscreen lepas tu, permukaan kulit rasa agak melekit.

Kadang-kadang ia turut buatkan kulit saya rasa kering dan tight kalau sebelum sunscreen tu saya sekadar pakai toner dan serum, tanpa moisturizer. Banyak songeh juga la, saya kena find the right balance untuk guna Heliocare sunscreen tanpa rasa melekit ataupun kering.
Review Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen Texture
Warna sunscreen ni seperti BB cream yang cerah tapi lepas dah set dia blend dengan tona kulit saya dengan baik. Kulit saya tak nampak berkecapuk dengan warna putih cream seperti tinted sunscreen yang saya pernah cuba. Basically my skin looks like my actual skin, plus the fresh dewy finishing.
​
Tapi saya perasan warna kulit saya sedikit gelap kalau stay outdoor lama. Saya assume yang gelap tu kerana sunscreen oxidised macam foundation sebab lepas cuci muka, tona kulit saya masih seperti biasa, kulit tak sun tan pun. Tak pasti orang lain jadi macam ni ke tak.
Review Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen
Overall saya suka pakai Heliocare 360 Gel Oil Free ni. Texture dia terasa ringan pada kulit, and with the right skincare layering sebelumnya ia buatkan kulit rasa at its best. Tiada whitecast cast dan formulasi bebas minyak, sunscreen ini disarankan untuk kulit jenis berminyak. Saya juga pernah pakai sunscreen ni underneath makeup, actually it can make a good primer too. Lagi pun saya banyak pakai brightening/lightening ingredients untuk pudarkan dark spot jadi kulit saya mungkin kekurangan melanin asal. Penggunaan Heliocare sunscreen ni dapat memastikan kulit saya mendapat perlindungan yang terbaik dan menyeluruh.

Jika awak jenis sensitive to sun, pori senang tersumbat, mudah tumbuh jerawat sebab pemakaian sunscreen yang tebal, nak cepat keluar lepas pakai sunscreen, malas reapply banyak kali, then this one is worth trying. Harganya RM 100++ tetapi berbaloi sebab kuantiti yang dipakai adalah lebih sedikit, protection hours yang diberikan lebih lama, serta perlindungan bukan sekadar terhadap UVA dan UVB sahaja.

Repurchase? Saya rasa not immediately sebab sebelum cuba Heliocare, saya dah jumpa sunscreen biasa yang sesuai dan buatkan saya suka pakai. Mungkin in future kalau rasa taknak pakai heavy sunscreen yang nampak whitecase saya akan beli lagi Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen.

That's all from me, thanks for reading! :)
​
Disini saya senaraikan lebih banyak produk penjagaan kulit yang saya pakai dan suka.
​Tekan "See More" lepas tu pilih je nak tengok skincare untuk kulit kering atau kulit berminyak.
--
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.


Artikel lain yang mungkin dapat membantu:
  • Tips melabur pada skincare dengan bijak.
  • Resipi udang masak lemak cili api tanpa bawang.
  • Produk Paula's Choice kini mudah didapati di Malaysia.
  • Sebenarnya rutin penjagaan kulit bukan 10 tetapi 3 langkah sahaja.
  • Mizon Collagen Power Firming Eye Cream yang melembapkan bawah mata.
<< Previous
Next >>
0 Comments

TIPS Untuk Melabur Pada Skincare Dengan Bijak

16/4/2021

0 Comments

 
Cleanser atau pembersih muka terbaik.
  • INVEST IN A GOOD CLEANSER!
Pencuci muka (cleanser) yang bagus adalah yang tidak under cleanse atau over cleanse. Maksudnya ia mampu membersih dengan baik dan berkesan menanggalkan sunscreen, minyak, dan kotoran dari permukaan kulit serta dalam pori tanpa mengeringkan serta menghilangkan natural moisture pada kulit.

Boleh guna cleanser jenis oil based atau water based, foaming atau non foaming, single atau double cleansing. There is no one size fits all, no perfect formulation. Jadi kena cari sendiri your holy grail cleanser. Boleh cuba Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil To Foam, 2 dalam 1 makeup remover dan deep cleanser.

Selain dari produk  yang bagus, teknik cucian muka juga sangat penting. Menggosok muka dengan laju dan kasar sebab nak singkatkan tempoh cucian boleh mengakibatkan muka tidak cukup bersih serta kerosakan pada skin barrier. Gosok dengan perlahan-lahan tapi lama sikit (60s) supaya surfactant dalam cleanser boleh menjalankan tugasnya dengan baik tanpa mengganggu skin barrier.

Cleansing ni step yang sangat penting sebab kalau cucian pun dah tak betul, ia boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat, kulit kusam, serta menghalang penyerapan skincare akibat kulit yang tak bersih.
​
Moisturiser atau pelembap muka terbaik.
  • INVEST IN A GOOD MOISTURIZER!
Moisturizer bertindak melembapkan kulit menjadikannya lebih sihat dan mengurangkan masalah kulit. Semua jenis kulit kena pakai moisturizer termasuk kulit jenis berminyak.

Formulasinya mengandungi humectant, emollient, occlusive. Kulit jenis kering perlukan lebih banyak kandungan occlusive manakala kulit berminyak perlukan kandungan humectant yang lebih tinggi. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada preference sendiri. Baca mengenai komponen moisturizer disini.

Sesetengah moisturizer turut mengandungi skin treatment ingredients seperti soothing, brightening, exfoliating, scar treatment, anti-acne serta anti-aging. Find.Your.Own.Holy.Grail. Brand apa-apa pun tak kisah, asalkan it works for you dan bukan timbang kilo. Boleh cuba NUTOX Renewing Treatment Crème yang soothing dan menyerlahkan natural glow pada kulit.

Kalau dapat jumpa moisturizer yang bagus dari segi texture, feel and finishing, blend well dengan sunscreen/makeup, serta mengandungi skin treatment ingredients yang berkesan pada kulit, kita sebenarnya boleh skip terus essence/serum/ampoule. Power kan?
​
Sunscreen yang terbaik dan cara memakainya.
  • INVEST IN A GOOD SUNSCREEN!
​Kebanyakan punca masalah kulit adalah hasil dari UV damage. Kalau bersungguh pakai serum dan moisturizer tapi tak protect dengan sunscreen, tak jadi juga. Tolonglah faham yang ni dulu.

Ada 2 jenis UV filter dalam sunscreen product iaitu physical dan chemical. Satu lagi dipanggil hybrid iaitu gabungan physical dan chemical UV filter dalam satu produk. Sunscreen texture pun ada banyak jenis seperti watery essence, gel, gel-cream, cream. Sunscreen finishing pula ada yang mempunyai whitecast, ada yang tidak. Kalau banyak berpeluh dan banyak terkena air boleh pakai sunscreen jenis water-resistant.

Sunscreen kena pakai dengan generous iaitu anggaran 2 jari untuk seluruh muka serta ulang pakai (reapply) setiap 2-3 jam terutamanya jika berada di luar. Protection yang disarankan adalah broad spectrum, sekurang-kurangnya SPF30 PA++.

Carilah sunscreen yang bagus iaitu yang tidak mengeringkan kulit, tidak menyebabkan kulit berminyak, sesuai dipakai pada kawasan mata, tekstur dan finishing yang disukai. Pendek kata sunscreen yang kita tak rasa keberatan malah rasa suka pakai dan suka nak reapply. Favorite saya BIORE UV Perfect Block Milk Moisture, hybrid sunscreen yang broad spectrum SPF50+ PA+++, finishing semi matte, sangat sedikit whitecast, dan perfect untuk kulit kombinasi berminyak.
Untuk sunscreen 2 dalam 1 iaitu berfungsi sebagai pelindung suria dan dalam masa yang sama mengandungi pelembap, saya cadangkan Cosrx Aloe Soothing Sun Cream. Saya sudah gunakan sebanyak 5 tube! Memang best, tak perlu pakai pelembap kerana kandungan lembapan dalam sunscreen ini sudah mencukupi. Sunscreen ini sesuai untuk kulit jenis kering. 


Artikel menarik lain yang mungkin dapat membantu:
  • Sebenarnya perlu pakai eye cream atau tidak?
  • ​Review Mizon Collagen Power Firming Eye Cream.
  • Perbezaan antara skin brightening vs lightening vs whitening.
  • Rangkaian produk Paula's Choice kini boleh didapati dengan mudah.
  • Review Laneige Cream Skin Refiner, toner bebas alkohol dan pewangi.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me