** Ingredients to look for: AHA, BHA, Vitamin C, Retinol.
** Ingredients to look for: Alpha Arbutin, Licorice Root Extract, Niacinamide, Kojic Acid.
X Ingredients to avoid: Mercury, Hydroquinone. Ketiga-tiga terma ini tidak semestinya standardized pada label produk. Jadi pastikan guna produk yang selamat dan tahu kandungan produk yang digunakan untuk tujuan mencerahkan kulit. Boleh copy paste ingredients pada https://www.skincarisma.org/ingredient-analyzer untuk bantu fahami kandungan skincare. PENTING: Kulit mestilah sentiasa dilindungi dari sinaran UV dengan pemakaian sunscreen secara kerap (setiap 2-3 jam) dan dosage yang betul (2 jari penuh) kerana brightening/lightening products menyebabkan photosensitivity kulit meningkat serta kurang perlindungan semulajadi dari sinar UV akibat pengurangan melanin. Untuk lebih selamat pastikan sudah ada tabiat memakai sunscreen dengan betul dulu baru introduce brightening/lightening products dalam skincare routine. Baca artikel menarik:
0 Comments
Dulu saya sangat clueless nak pakai skincare macam mana tapi mengikut logik akal pakailah jenis cecair dulu baru pakai jenis cream. Rupa-rupanya........ betul lah pakai macam tu! :) Rule of thumb kata kena pakai produk dari thinnest to thickest consistency, but surprise surprise... that's not always the case! Secara teori begitulah caranya tapi dipasaran sekarang, moisturizer sahaja ada bermacam-macam tekstur dan kepekatan, sama juga dengan serum/essence/toner. Ada toner yang teksturnya lebih likat dari moisturizer, jadi macam mana tu? Berdasarkan pengalaman sendiri, ada turutan lapisan tertentu yang memberikan impak lebih baik jadi saya tak ikut sebijik-sebijik rule thinner to thickest tu. Tapi secara umum cara untuk melapis produk penjagaan kulit adalah seperti dibawah:
Memang betul size molekul adalah salah satu aspek dalam kepekatan tekstur produk tetapi ia bukanlah segala-galanya :) Boleh baca penjelasan dari Michelle Lab Muffin tentang skincare layering myth disini. Basic skincare steps hanyalah Cleanser-Moisturizer-Sunscreen. Kalau pakai 3 langkah basic ni kulit dah okay, sebenarnya tak perlu tambah dah step lain. Tapi kalau nak tambah juga pun boleh je, pilihan masing-masing. Cuma kena ingat, tambah lagi banyak produk dalam rutin penjagaan kulit tak semestinya jadi lebih baik. Jadi kena rajin observe kulit sendiri ya.
Tiada ketetapan tertentu untuk tambah produk mana satu, semuanya bergantung kepada preference sendiri. Boleh pilih untuk pakai toner/essence/serum/ampoule yang mengandungi key ingredients khusus dalam merawat masalah kulit. Maksudnya kalau taknak pakai toner tapi nak pakai essence sahaja lepas tu moisturizer, boleh. Nak pakai essence lepas tu serum (dan moisturizer) pun boleh asalkan pandai layer dan sesuai dengan kulit masing-masing.
Thanks for reading :) |
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|