Basic skincare steps hanyalah Cleanser-Moisturizer-Sunscreen. Kalau pakai 3 langkah basic ni kulit dah okay, sebenarnya tak perlu tambah dah step lain. Tapi kalau nak tambah juga pun boleh je, pilihan masing-masing. Cuma kena ingat, tambah lagi banyak produk dalam rutin penjagaan kulit tak semestinya jadi lebih baik. Jadi kena rajin observe kulit sendiri ya.
Tiada ketetapan tertentu untuk tambah produk mana satu, semuanya bergantung kepada preference sendiri. Boleh pilih untuk pakai toner/essence/serum/ampoule yang mengandungi key ingredients khusus dalam merawat masalah kulit. Maksudnya kalau taknak pakai toner tapi nak pakai essence sahaja lepas tu moisturizer, boleh. Nak pakai essence lepas tu serum (dan moisturizer) pun boleh asalkan pandai layer dan sesuai dengan kulit masing-masing.
Thanks for reading :)
0 Comments
Kalau sudah create habit pakai basic skincare dengan konsisten, seterusnya bolehlah tambah toner dalam rutin penjagaan kulit jika mahukan hasil yang lebih baik. Toner atau sesetengah negara melabelnya sebagai Skin atau Lotion bertindak sebagai persediaan kepada kulit (skin prep) selepas muka dicuci dengan cleanser. Kebiasaannya toner mempunyai tekstur seperti air atau ada juga yang sedikit likat. Bergantung kepada key ingredients, ianya menghidrat kulit dengan segera, membantu membersihkan sel kulit mati, serta menyegarkan kulit tanpa menghilangkan lembapan semulajadi. Apakah kebaikan toner pada kulit muka?
Antara jenis-jenis toner dalam pasaran:
Toner boleh dipakai menggunakan cotton pad bagi mengelakkan ia mengalir masuk kedalam mata atau mulut. Jika cleanser yang dipakai sangat gentle dan tidak membersih dengan baik, sapuan toner dengan menggunakan cotton pad dapat membersihkan sisa kotoran yang masih tertinggal pada kulit. Walaupun sedikit membantu, fungsi utama toner adalah menghidrat kulit, bukan mencuci kotoran. Sebenarnya toner juga boleh dipakai menggunakan tangan sahaja supaya dapat mengurangkan gangguan pada skin barrier. Saya memang pakai guna tangan sebab kulit makin kemerahan bila banyak guna cotton pad. Pada masa lalu, toner dianggap perlu dielakkan kerana formulasinya terlalu kuat dan sangat mengeringkan. Toner pada waktu itu mengandungi alkohol dalam kepekatan tinggi untuk menyerap minyak dari kulit. Namun formulasi toner pada hari ini adalah sangat berbeza. Pada masa sekarang, toner is just another vehicle to deliver actives or hydrators seperti penjelasan ringkas dari @dermangelo dalam tiktok beliau :)
Lain-lain artikel menarik:
Laneige Cream Skin Refiner (CSR) dipuja oleh skincare community globally kerana kebolehannya untuk hydrate dan moisturize kulit dengan sangat bagus. Bukan biasa-biasa punya level. Jadi, haruslah saya gatal tangan nak cuba. Teksturnya watery macam air, bila disapu rasa licin berminyak tapi tiada minyak. Ada orang guna CSR sebagai toner, dan ada orang pakai ni sebagai moisturizer. Yes, it was marketed as 'moisturizing cream in a toner form'. Laneige CSR ni alcohol free dan fragrance free, serta tiada noticeable scent. Bila pakai terasa sangat ringan dan betul-betul melembapkan kulit. Orang yang berkulit kering mesti suka toner macam ni. Dari pengalaman saya, first time pakai rasa okay, takde rasa gatal/panas/cekang/berpeluh. Tak lama kemudian muka jadi kuat berminyak. Saya rasa sebab saya pakai toner 2 atau 3 layer, dah jadi habit. Jadi saya teruskan pakai cuma apply satu layer je selama beberapa hari. Lepas tu perasan ada naik jerawat pasir pada area hidung dan dekat jawline pula. Selama beberapa hari, lepas cuci muka saya hanya pakai CSR 1 layer kemudian sunscreen untuk rutin siang. Kalau malam pula pakai CSR sahaja. Jerawat kecil yang masih ada saya buat spot patch guna soothing toner selang seli dengan glycolic acid. Bila tambah serum dan cream moisturizer dalam rutin, muka start breakout balik, jerawat pasir mula tumbuh. Saya berhenti pakai CSR selama 3 hari muka stop naik jerawat baru, cuma tinggal yang sedia ada je. Saya tak pasti sangat tapi andaian saya ialah kulit saya tak boleh combine Laneige CSR dengan produk yang ada silicone dalam rutin yang sama. Barangkali combination ni buatkan pori tersumbat dan keluar jerawat. Saya pakai CSR itself tu okay, itu pun 1 layer je sebab muka cepat jadi berminyak bila buat beberapa layers. Cuma 1 layer sahaja rasa tak cukup to hydrate my skin. Walaupun teksturnya cair seperti air, tapi finishing CSR is filmsy macam pakai face oil, padahal produk ni sendiri tak berminyak. Selain daripada lightweight dan tak buat muka panas/merah/berpeluh, saya tak dapat benefit sangat daripada Laneige CSR. Pakai sikit rasa tak cukup untuk beri hydration, pakai lebih pula kulit jadi berminyak. Maybe orang lain suka sebab biasanya product untuk dry skin comes with thicker texture and very occlusive (memerangkap) tapi Laneige CSR ni sangat ringan.
Repurchase? Untuk saya, tak kot sebab saya dah jumpa toner atau liquid moisturizer lain yang lebih serasi. Thanks for reading my review! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Layari artikel menarik yang lain:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|