"A revolutionary dermatology science developed to strengthen skin barrier, Derma-Mimic Complex functions like natural skin lipids that effectively repairs damaged skin due to skin barrier impairment. It activates water channel of Aquaporin for intensive hydration and further boosts Natural Moisturizing Factors (NMF), locking in water molecules for healthy good skin." Sebenarnya saya tak pernah dengar jenama Dr. Dermis sebelum ini. Tapi saya tak kisah pun nak cuba asalkan bukan timbang kilo. What it claims?
Sounds good! Selepas baca laju-laju, saya pun beli lah untuk cuba sendiri. Dr. Dermis Clarifant Gel Cleanser didatangkan dalam botol legap berwarna putih jenis pump pada harga RM 39.00. Saya sukaaaaa sangat botol pump ni sebab senang nak dispense dan ianya lebih hygenic. Dekat pump tu boleh pusing untuk buka dan tutup. Jadi, taklah tumpah bila nak bawa travel. Saiznya 150ml, dengan maklumat seperti cara penggunaan dan bahan-bahan dicetak pada label. Cuma PAO tidak ditulis jadi untuk selamat, gunakan cleanser ini tidak lebih dari 12 bulan. Sebumclar Cleanser turut mengandungi antioxidant serta bahan pelembap untuk mengatasi kekeringan kulit. Selain dari itu ekstrak dari Witch Hazel dan Licorice Root bertindak sebagai anti-inflammatory yang boleh mengurangkan keradangan kulit. Jadi, cleanser ini sesuai untuk kulit sensitif. Teksturnya jenis gel yang berwarna jernih kebiruan seperti aquamarine, tidak berbau, dan kurang berbuih (low foaming). Ianya senang diratakan pada kulit tetapi tengah-tengah cuci muka tu dia jadi cepat kesat dan tak licin. Saya perlu gunakan 2 pump untuk pastikan cleanser kekal licin sewaktu proses pembersihan muka.
Selepas dibilas, ia meninggalkan thin glassy film untuk efek kulit lembap, sama seperti kebanyakan hydrating cleanser yang lain. Saya sebenarnya tak prefer cleanser dengan finishing begitu sebab selepas beberapa cucian, kulit saya mudah dinaiki jerawat pasir. Cleanser ini bertindak dengan lembut pada permukaan kulit tanpa rasa tegang, tetapi ia tidak membersihkan sisa minyak pada liang pori dengan berkesan. Bintik-bintik hitam pada sebum jelas masih timbul selepas muka dicuci. Selain dari dua perkara diatas, saya tiada masalah menggunakan cleanser ini. Saya cuba guna cleanser untuk membersihkan solekan dengan dua cara. Cara pertama, cuci muka seperti biasa. Cara kedua, cuci seperti menggunakan cleansing oil. Urut gel cleanser pada muka tanpa air (tangan dan muka mesti kering) untuk melarutkan solekan. Renjis sedikit air dan urut muka lagi untuk emulsify dan tarik keluar solekan dan kotoran dari kulit. Ulang 3 kali kemudian bilas muka hingga bersih. Kedua-dua cara ini tidak dapat membersihkan solekan dengan sempurna, masih ada kesan foundation pada kulit apabila saya sapu dengan makeup remover selepas cuci muka. Walaupun dikatakan sesuai untuk kulit berminyak, bahagian berminyak pada muka saya tidak bersih sepenuhnya (undercleansed). Kalau muka undercleansed secara berterusan, lama-kelamaan kulit akan timbul masalah lain. Jadi, saya hanya gunakan cleanser ini pada waktu pagi sebab malam sebelumnya kulit kurang berpeluh dan kita tak pakai sunscreen waktu malam. Bagi saya Dr. Dermis Clarifant Gel Cleanser ialah gentle cleanser yang bagus untuk membersih sambil memelihara skin barrier dan ianya sesuai untuk kulit sensitif. Cuma jenis kulit saya perlukan cleanser yang lebih kuat bagi membersih jauh kedalam liang pori. Berdasarkan pengalaman, saya rasa ianya lebih sesuai dengan kulit jenis kering dan kurang pori-pori. That's all, thanks for reading! :) WAJIB baca semua ni untuk dapatkan kulit sihat dan cantik:
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|