• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Exfoliation for beginners - Bahagian 1

14/4/2021

0 Comments

 
  • Apa itu exfoliation?
Kulit kita secara semula jadi mengeluarkan sel-sel kulit mati untuk memberi ruang kepada penghasilan sel-sel baru. Setiap kitaran mengambil masa 28 hari dan proses ini semakin perlahan selari dengan peningkatan usia. Exfoliation membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati dari permukaan supaya ia tidak terkumpul.
​
Exfoliation adalah langkah tambahan yang bagus dalam rutin penjagaan kulit tetapi yang paling utama adalah rutin asas yang sudah dipakai secara konsisten iaitu Cleanser - Moisturizer - Sunscreen.

  • Kenapa perlu exfoliate?
Sel kulit mati yang tidak dibersihkan dari permukaan kulit akan menyebabkan flaky skin (kulit bersisik), kusam, dan pori tersumbat seterusnya menyumbang kepada masalah kulit yang lain (rough patches, comedones, wrinkles)

Exfoliation dapat membersihkan permukaan kulit, menyerlahkan kulit yang lebih muda dan cerah, mencegah pori tersumbat, dan mengurangkan jerawat serta pigmentasi.
Kulit yang bersih dari gumpalan sel-sel kulit mati juga dapat menyerap kebaikan skincare dengan maksimum.

  • Kalau tak exfoliate takpe ke?
Takpe. Kulit kita masih menjalankan proses pengelupasan semulajadi untuk menghasilkan sel-sel yang baru seperti biasa dalam kitaran 28-40 hari. Cuma tiada pemangkin untuk shed off (menyapu) sel-sel kulit mati yang berkumpul pada lapisan luar dan dalam pori. Sel kulit yang terkumpul ini menyumbang kepada punca pelbagai masalah kulit. Skincare yang dipakai juga  menjadi kurang efektif.
Picture
  • Berapa kali perlu exfoliate?
Bergantung kepada keperluan kulit dan exfoliation method.

Physical exfoliation:
Normal / Dry skin : 1 - 2 kali seminggu.
Oily / Combination skin : 2 - 3 kali seminggu.

Chemical exfoliation:
Tertakluk kepada formulasi produk. Ada yang diformulasi untuk penggunaan setiap hari, selang sehari, atau 15 minit seminggu sekali. Aturan penggunaan ada pada label produk.

!!Over exfoliate akan menipiskan kulit, merosakkan skin barrier, atau lebih teruk terjadinya skin burn!!
​
  • Macam mana cara untuk exfoliate?​
Ada 2 jenis exfoliation method :

1. Physical exfoliation. Menggunakan granular scrub (berbutir). Physical exfoliation hanya bertindak pada lapisan kulit paling luar sahaja. Alternatif lain adalah menggunakan face brush, loofah sponge, atau gloves (ada sesetengah memanggil ini sebagai mechanical exfoliation).

Pros: cara yang mudah dan selamat untuk exfoliate, sesiapa sahaja boleh scrub dengan serta merta. Scrub mudah didapati dipasaran ataupun boleh buat sendiri.
​
Cons: urutan dengan tekanan yang kuat dan laju menyebabkan micro tear pada kulit. Kulit menjadi lebih kering selepas scrub. Jika dipakai dengan kerap dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan aging skin. Cara ini tidak sesuai bagi kulit berjerawat dan sensitif, ia menyebabkan luka dan iritasi.

2. Chemical exfoliation. Menggunakan enzim atau asid yang melarutkan ikatan protein yang wujud di antara sel-sel kulit mati semasa proses pengelupasan. Asid yang larut air dipanggil Alpha Hydroxy Acid (AHA) manakala asid larut minyak dipanggil Beta Hydroxy Acid (BHA). BHA dapat meresap kedalam pori kerana sifatnya yang larut minyak.

Pros: cara yang lebih gentle untuk exfoliate. Sesuai bagi kulit berjerawat dan sensitif. Chemical exfoliation juga melembapkan kulit dan memberi beberapa manfaat lain seperti mencegah bakteria dan menggalakkan penghasilan collagen.

Cons: Walaupun chemical exfoliation selamat bagi kulit sensitif dan berjerawat, tapi pada peratusan kepekatan yang tinggi ia akan menyebabkan iritasi dan skin burn. Chemical exfoliation hanya efektif pada PH level 3 hingga 4. Penggunaan chemical exfoliation juga akan meningkatkan sensitivity kulit pada sinar UV.
​
Bersambung....

Baca artikel menarik:
  • ​Asas penjagaan kulit yang wajib cuma ada 3 sahaja.
  • Teknik layering skincare dengan betul supaya kulit sihat bersinar.
  • The Raw Niacinamide serum khusus untuk mengawal minyak dan cela.
  • Idea menyimpan bawang dan rempah ratus supaya kemas dan jimat ruang.
  • Cuba resipi masakan Thai yang mudah ini, pasti membuka selera seisi keluarga.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me