• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Exfoliation for beginners - bahagian 2

15/4/2021

0 Comments

 
Baca BAHAGIAN 1 disini.
Physical vs Chemical exfoliation
  • Apa itu Physical dan Chemical exfoliation?
Physical dan Chemical exfoliation adalah cara untuk membuang sel-sel kulit mati pada permukaan kulit. Physical exfoliation menggunakan butiran scrub atau alatan untuk scrub kulit. Chemical exfoliation menggunakan asid atau enzim yang melarutkan ikatan protein bagi menyapu sel-sel kulit mati. Physical exfoliation kebiasaannya mengeringkan kulit, sebaliknya Chemical exfoliation mempunyai manfaat lain seperti merawat jerawat.

Physical exfoliation.
  1. Pilih scrub yang mempunyai grain yang halus bagi mengelakkan micro tear pada kulit.
  2. Scrub muka terlebih dahulu sebelum mencuci muka jika scrub itu oil based. Jika scrub tidak berminyak (water-based) boleh cuci muka dengan cleanser kemudian scrub bagi membuang sel kulit mati dengan lebih berkesan.
  3. Scrub mesti diurut secara perlahan-lahan sahaja, slow and low pressure untuk mengelakkan micro tear (luka halus) pada kulit.
  4. Jika menggunakan alatan seperti face brush, loofah sponge, exfoliating gloves, pastikan alatan tersebut bersih dan bebas kuman sebelum di gunakan. Alatan ini juga dipanggil sebagai Mechanical Exfoliation.
  5. Bergantung pada jenis alatan, sesetengahnya direka untuk digunakan bersama cleanser atau air suam sahaja.
  6. Walaupun physical exfoliation adalah paling selamat dan mudah, ia hanya bertindak pada lapisan kulit paling luar.
  7. Teksturnya mungkin agak kasar pada kulit jenis kering, berjerawat atau sensitif.
  8. Segera pakai hydrating toner (optional) dan moisturizer selepas selesai scrub muka.
  9. Berhenti exfoliate dengan cara physical (atau mechanical) jika kulit semakin kering dan merekah, kawasan bejerawat jadi terluka, dan kulit sensitif menjadi iritasi dan kemerahan.
Picture
Chemical exfoliation.
  1. Bertindak melalui asid (AHA/BHA) atau enzim bagi membuang sel-sel kulit mati dengan lebih 'gentle​' dan sekata berbanding physical exfoliation.
  2. Kulit mestilah 'bersedia' sebelum mula menggunakan chemical exfoliant. Pastikan basic skincare sudah dipakai secara konsisten selama beberapa bulan.
  3. AHA seperti Glycolic Acid dan Lactic Acid adalah larut air, jadi ia bertindak pada permukaan kulit. AHA paling efektif pada PH 3 hingga 4 dan kepekatan pada 5% hingga 10%.
  4. Molekul asid yang lebih halus menyerap lebih jauh kedalam kulit, jadi AHA yang mempunyai molekul paling halus (Glycolic Acid) boleh membuat kulit terasa gatal (sting).
  5. BHA seperti Salicylic Acid adalah larut minyak jadi ia boleh sampai sehingga kedalam pori. BHA bertindak paling efektif pada kepekatan 1% hingga 2% dan PH 3 hingga 4.
  6. Mulakan dengan produk yang mengandungi peratusan AHA / BHA yang rendah, dipakai sebanyak sekali seminggu. Kemudian tingkatkan peratusan asid atau kekerapan penggunaan secara berperingkat.
  7. Chemical exfoliant (AHA/BHA/enzyme) boleh didapati dalam cleanser, toner, essence, serum, dan moisturizer.
  8. Untuk exfoliate dengan berkesan, gunakan leave-on product seperti toner /essence /serum /moisturizer supaya chemical exfoliant mempunyai tempoh yang cukup untuk melarutkan sel-sel kulit mati.
  9. Selain dari berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati, kedua-dua AHA dan BHA mampu meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan garisan halus dan kedutan, melicinkan tekstur kulit, serta menyerlahkan seri semulajadi kulit.
  10. Pilihan untuk menggunakan AHA/BHA bergantung pada keperluan masing-masing. Baca cadangan pemilihan cara exfoliation di Bahagian 3.
​
Picture
!! CAUTION !!
​

  1. PENTING: Berhati-hati bila menggunakan AHA/ BHA bersama produk yang mengandungi Vitamin A (Retinol/Retinoid), Vitamin B3 (Niacinamide), Benzoyl Peroxide samada secara layering ataupun dicampur bersama kerana ia mengurangkan keberkesanan AHA/BHA atau lebih teruk menyebabkan iritasi dan skin burn.
  2. PENTING: Walaupun masih dalam kajian, ibu mengandung dan menyusu disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk yang mengandungi AHA/BHA/Retinol.
  3. PENTING : Elakkan dari exfoliate (both physical and chemical) jika terdapat luka atau sunburn pada kulit.
  4. PENTING: Penggunaan AHA dan Physical exfoliation akan meningkatkan photosensitivity pada kulit. Sentiasa pakai sunscreen setiap 2-3 jam bagi memelihara kulit dari kerosakan akibat sinar UV.

Bersambung....

Baca artikel menarik:
  • Cara menggunakan chemical exfoliator dengan betul.
  • ​Kenali pelbagai jenis produk penjagaan kulit serta fungsinya.
  • Mamonde Red Energy Recovery Serum dengan kesan anti-penuaan.
  • LaF Med Secret Cream Ceramide pelembap untuk kulit kering dan sensitif.
  • Barang-barang ini pasti buatkan gambar picnic lebih menarik dan aesthetic.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me