• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Kenalpasti Jenis Kulit Muka Dengan 3 Langkah Mudah

21/4/2021

0 Comments

 
Sebelum mula pakai sebarang produk penjagaan kulit, kita harus kenal pasti jenis kulit (skin type) dan juga tahu masalah kulit (skin concern) yang ingin atasi barulah skincare tu 'menjadi'.

Jenis kulit biasanya dibahagikan kepada 5 iaitu: Normal, Dry, Oily, Combination, dan Sensitive. Jenis sensitive sebenarnya lebih kepada skin condition kerana kulit jenis oily pun boleh jadi sensitive dalam masa yang sama. Keadaan kulit sensitive kelihatan kemerahan, terasa pedih serta kerengsaan (irritated).

Cara mudah untuk kenal pasti jenis kulit adalah melalui "tissue test". 
  1. Cuci muka dengan cleanser pada waktu pagi.
  2. Keringkan muka dan jangan pakai apa-apa selama 30 minit hingga 1 jam. 
  3. Kemudian letakkan tissue atau oil film di kawasan dahi, hidung, pipi, dan dagu. 

Berdasarkan minyak yang lekat atau tidak lekat pada tissue / oil film dah boleh tahu jenis kulit.
  1. Jika kesemua tisu lekat seketika dan kemudian jatuh tanpa kesan berminyak, itu adalah kulit jenis normal (normal skin).
  2. Jika kesemua tisu terus jatuh sebaik dilekatkan dan kulit terasa tegang, itu adalah kulit jenis kering (dry skin).
  3. Jika kesemua tisu terus melekat pada kulit dan mempunyai kesan berminyak, itu adalah kulit jenis berminyak (oily skin).
  4. Jika tisu terus melekat beserta kesan berminyak pada hidung, dahi, dan dagu, manakala kulit pada kawasan selain itu sama ada jenis normal ataupun kering, itu adalah kulit jenis kombinasi (combination skin).
KENALPASTI JENIS KULIT MUKA DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
​Apa itu kulit jenis normal (normal skin)?
  • Normal skin merujuk kepada kulit yang seimbang dan bagus, atau bahasa saintifiknya 'eudermic skin'.
  • Keadaan T-Zone mungkin sedikit berminyak tetapi secara keseluruhan sebum dan kelembapan adalah seimbang dan kulit tidak terlalu berminyak atau terlalu kering.
  • Normal skin mempunyai pori yang halus, peredaran darah yang baik, tekstur yang lembut dan rata, tiada cela, serta tidak mudah sensitif.
  • Walaubagaimanapun, kulit normal boleh menjadi semakin kering selari dengan peningkatan usia.

Apa itu kulit jenis kering (dry skin)?
  • Dry skin adalah kulit yang mengeluarkan sebum lebih sedikit berbanding kulit normal, maka kadar kelembapan kulit adalah sangat kurang.
  • Kulit terasa tegang dan kasar akibat sentiasa kehilangan lembapan melalui trans-epidermal water loss (TEWL) yang mana kandungan air dilepaskan ke lapisan epidermis dan menguap daripada permukaan kulit.
  • Kulit jenis kering juga kekurangan natural moisturizing factors (NMF) seperti urea dan amino acid yang membantu memegang kandungan air.
  • Terdapat beberapa kategori kulit kering iaitu dry skin, very dry skin, dan extremely dry skin.

Apa itu kulit jenis berminyak (oily skin)?
  • Oily skin adalah kulit yang mengeluarkan sebum secara berlebihan. Kulit kelihatan bersinar, berkilat dan greasy.
  • Oily skin biasanya mempunyai pori yang besar dan jelas, serta mudah ditumbuhi blackhead, whitehead, dan jerawat.
  • Kulit berminyak disebabkan oleh faktor genetik, perubahan dan kestabilan hormon, pengambilan ubat-ubatan, stress, serta pemakaian makeup yang menyumbat pori.

Apa itu kulit jenis kombinasi (combination skin)?
  • Combination skin mempunyai dua jenis kulit yang berbeza pada kawasan T-Zone dengan kawasan lain.
  • Kawasan T-Zone yang meliputi sepanjang dahi, hidung, serta dagu mengeluarkan lebih banyak sebum, kelihatan berkilat dengan pori yang besar, serta kemungkinan terdapat cela pada bahagian ini.
  • Kawasan kulit yang lain iaitu sekitar pipi dan tepi dahi mempunyai tekstur kulit normal ataupun kering.

Selain dari skin type, kena tahu juga berkenaan skin concern supaya kita dapat memilih skincare yang sesuai dan berkesan. 

That's all from me, thanks for reading! :)

Baca juga:
  • Tips Penjagaan Kulit Jenis Kombinasi
  • Rutin Penjagaan Kulit Untuk Beginners
  • Cara Memilih Moisturizer Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit
  • Bagaimana Untuk Melabur Pada Skincare Dengan Bijak
  • Review The Raw Daily Ceramide Moisturizer Untuk Kulit Kering
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me