• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

3 Komponen Penting Dalam Moisturizer

16/4/2021

0 Comments

 
Moisturizer atau pelembap adalah langkah penting dalam basic routine selain dari cleanser dan sunscreen (waktu siang).

Hari ni saya nak kongsi berkenaan komponen dalam moisturizer. Biasa kita tahu mosturizer as a whole product saja dan bergantung pada review serta suggestion untuk cari moisturizer mana baik untuk kulit masing-masing. Hopefully posting ni boleh membantu awak untuk lebih faham dalam mencari moisturizer yang sesuai.

Fungsi asas moisturizer adalah untuk membantu melembapkan kulit ketika kering dan mencegahnya dari kering semula dengan menahan air di stratum corneum, lapisan paling luar kulit.

Selain itu, moisturizer membantu melindungi kulit dengan menghalang lembapan dari terbebas, dan pada masa yang sama mencegah unsur luar daripada menyebabkan kekeringan atau kerengsaan pada kulit.

Komponen utama bagi membentuk moisturizer yang lengkap adalah Humectant, Emollient, dan Occlusive.
​
Picture
Humectant adalah bahan yang bertindak menarik molekul air dari udara ke permukaan kulit. Antara humectant yang selalu digunakan dalam formulasi skincare adalah Glycerin, Hyaluronic Acid, Panthenol, dan Butylene Glycol.
​
Picture
Emollient ialah bahan yang memenuhi ruang antara sel-sel kulit bagi membentuk kulit yang lembut dan anjal tanpa menambah lembapan. Emollient yang biasa kita nampak dalam ingredients list adalah Linoleic Acid, Ceramides, Squalane, dan Cholesterol.
​
"Many humectants also have emollient properties but not all emollient are humectant."
​
Picture
Occlusive biasanya sejenis lipid atau oil-based yang berfungsi dengan membentuk lapisan penghalang bagi mengelakkan TEWL (trans epidermal water loss) dan mengunci kelembapan.
​
Occlusive tidak meningkatkan kadar kelembapan kulit tetapi ia menghalang lembapan dari terbebas keluar. Contoh occlusive adalah Dimethicone, Lanolin, Petrolatum, dan Cocoa butter.
​
"Most emollients may also be occlusive but not all occlusive are emollients."
​

Ok nak senang ingat:
  • Humectant - tarik air.
  • Emollient - memenuhi ruang kulit.
  • Occlusive - halang kehilangan air.

Kompenen dalam moisturizer ini berperanan membentuk moisturizer base.
  • Water/gel based moisturizer mengandungi lebih banyak air dan humectant jadi teksturnya lebih ringan. Jenis ini sesuai untuk kulit berminyak.
  • Cream based moisturizer mengandungi banyak emollient dan teksturnya lebih pekat. Ia sesuai untuk kulit normal dan kering.
  • Ointment atau balm pula mengandungi banyak kandungan occlusive dan teksturnya lebih greasy (berminyak). Biasanya digunakan untuk merawat kulit yang terlalu kering.

Satu lagi komponen dalam moisturizer yang jarang diperkatakan ialah Reparative iaitu occlusive dan humectant yang bukan sahaja merawat kekeringan kulit tetapi turut merawat punca kekeringan kulit iaitu skin barrier yang rosak. Contoh popular adalah Ceramide.

Pemilihan moisturizer based bukan saja bergantung kepada jenis kulit semata-mata tetapi juga keberkesanan sesuatu moisturizer dalam memberikan kelembapan pada kulit. Selain itu individual preference terhadap finishing, absorption rate, dan skin treatment ingredients seperti brightening, anti-aging, anti-acne juga memainkan peranan dalam pemilihan moisturizer.
​
Video dari The Pastels Shop menerangkan secara kreatif bagaimana moisturizer bertindak melembapkan kulit kita. Haaa dah faham tentang moisturizer? Hopefully post ni dapat membantu.

Carian berkenaan ingredients list dalam sesuatu produk boleh dibuat di https://www.skincarisma.com/ingredient-analyzer
Baca skincare ingredients di Skincarisma
Baca kandungan skincare ingredients di Skincarisma
That's all from me, thanks for reading yea! :)


Artikel lain yang mungkin dapat membantu:
  • Fungsi alkohol dalam produk penjagaan kulit.
  • Rutin penjagaan kulit yang mudah untuk beginners.
  • The Raw. Daily Ceramide Moisturizer, baik untuk skin barrier.
  • Review Nuvit Daily Defender Lightweight Moisturizing Sunscreen.
  • Ketahui kandungan minyak dalam 3 jenis moisturizer berasaskan Ceramide.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me