Saya beli sebab tengah cari moisturizer with Ceramide. Ada beberapa orang swears by this moisturizer so saya rasa tertarik nak cuba. Actually saya suka pakai DOM tapi nak cari yang jenis cream pula so boleh pakai DOM as toner then produk ni sebagai moisturizer. Tamak Ceramide lah katakan. Tekstur dia heavy and rich cream, ada bau citrusy but very light. Lepas apply dia agak cepat juga untuk absorb then tinggal macam lapisan filem atas kulit. Biasanya moisturizer yang banyak mengandungi emollient dan occlusive akan rasa begitu. Kulit saya jenis combination more to oily so lepas satu jam macam tu muka start berminyak sikit, which is acceptable for me. Sebab tekstur dia heavy cream, saya tak layer banyak-banyak toner untuk elakkan kulit cepat berminyak. Selepas moisturizer dah fully set, kulit nampak moist tapi tidak berkilat. Moisturizer ni alcohol free dan formulated untuk dry and sensitive skin tapi ada Lemon Peel Oil dan Bergamot Fruit Oil yang possibly irritating bagi sesetengah orang. Walaupun ada juga beberapa comedogenic ingredients yang berpotensi menyumbat pori, saya tak experience sebarang breakout sepanjang pakai LaF. Selain daripada itu, LaF Med.Secret Ceramide turut mengandungi beberapa antioxidant dan soothing ingredients yang bertindak sebagai agen anti penuaan dan penyembuh luka. Ceramide adalah ingredient yang bagus untuk membaiki skin barrier, mencegah water loss and breakout, menjaga lembapan kulit, serta bertindak sebagai agen anti penuaan. Saya banyak guna kapas untuk cuci muka (micellar water), lepas tu sentiasa cuci muka 60 saat, dengan pakai chemical exfoliation dalam percentage tinggi lagi, jadi LaF Med Secret amat membantu melembapkan kulit saya dan restore healthy skin barrier. Bagi saya ini adalah moisturizer yang bagus dari segi feel and finishing, tak rasa berat dimuka walaupun jenis cream dan kulit tak nampak berkilat. Ia memberikan kesan yang baik untuk kulit saya, serta tiada reaksi buruk bila dipakai bersama skincare yang lain. Harga asal RM 47 tapi beli masa Guardian sale boleh dapat serendah RM 28. Repurchase? Definitely! Tunggu sale nanti nak borong sebab satu tube ni sebulan lebih je boleh habis sebab suka sangat pakai. LaF Med.Secret Cream didatangkan dalam 3 variasi iaitu Aquaporin (for hydration and pore minimizing), The First (priming moisturizer for glowing skin), dan Ceramide (for dry, sensitive skin, and barrier repair). That's all from me, thanks for reading! :)
-- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Artikel menarik:
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|