• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Review Missha Near Skin Total Ceramide Cream Moisturiser (MNSTCCM)

9/4/2021

0 Comments

 
Review Missha Near Skin Total Ceramide Moisturizer
Sebelum ni tak pernah dengar pun brand Missha. Saya jumpa brand ni semasa search kat Shopee. Tengok packaging tube putih pink macam cantik je, ingredients list at a glance pun macam bagus je, boleh lah cuba satu.
​
Moisturizer ini mengandungi skin identical ingredients seperti Ceramides, Cholesterol, dan Phytosphingosine yang penting untuk membaiki dan menguatkan skin barrier. Selain itu dia juga ada banyak skin conditioning ingredients yang bagus untuk soften and plumping the skin.
Review Missha Near Skin Total Ceramide Moisturizer
Warnanya putih with smooth cream texture, fragrance free, dan dewy finishing. Sangat senang nak ratakan pada kulit sebab cream ni licin and a bit filmsy. Cara pakai macam biasa, hanya sapukan ke serata muka dan massage sikit untuk moisturizer fully set. Actually dia takde la lambat sangat nak absorb, our face could use that 3-4 swipes as bonus pun.

Formulasinya sesuai untuk kulit kering dan sensitive, tapi saya perlukan something agak thick untuk seal and protect actives + moisture yang saya layer dalam step sebelumnya. Walaupun agak heavy dan nampak sikit berkilat, actually muka tak berminyak dan melekit sangat seperti yang saya sangka. Lepas sejam dua tu kira normal la. Satu lagi perkara yang saya kagum, muka saya tak berpeluh masa mula-mula pakai, tak macam cream moisturizer yang lain.

Awal-awal seram juga takut clogged pores ke, breakout ke, sebab ada banyak emollients dalam ni. Tapi dah lama pakai nampak serasi je dengan kulit combination oily saya. Kadang-kadang ikut kulit juga, ada hari dia cepat berminyak jadi tak boleh layer banyak toner dan serum sebelumnya. Apa pun saya memang suka apply moisturizer ni berkali-kali sehari.
Review Missha Near Skin Total Ceramide Moisturizer
​Seperti yang tertera pada label, MNSTCCM mengandungi Total Ceramide, iaitu gabungan bahan yang dapat menguatkan skin barrier selain turut mengandungi PHA (Maltobionic Acid) the milder version of AHA yang bermanfaat sebagai gentle exfoliator. Ia juga alcohol free dan fragrance free.

Saya consider this as a good investment for skin sebab boleh nampak kesannya yang melembapkan, maintain condition kulit saya seperti sedia ada, and like any other good moisturizer, dia turut menganjalkan kulit. Ini penting ya sebab saya sudah 30an jadi skin elasticity makin berkurang. Tak mahu kulit berkedut sebelum waktunya. Nak cuci muka dengan kerap pun rasa yakin sebab boleh supply balik moisture dan kuatkan pertahanan kulit bila reapply moisturizer ni.

Harganya mid range, masa saya beli RM 37 for 50ml, sekarang tak dapat dah this price hehe. Walaupun pakai banyak kali sehari takde la cepat sangat habis sebab texture dia thick and heavy, saya apply sikit-sikit je dah rasa cukup sebab kulit saya berminyak. Orang dry skin mesti suka moisturizer yang ni.

Packaging dia pun cantik, macam medical tube lepas tu ada dotted line yang boleh tulis tarikh bila kita buka. Kenapa kena tulis tarikh? Sebab period after opening moisturizer ni XX bulan, jadi boleh pakai until then je walaupun expired date lambat lagi. Yang ni expired 2023 tapi tiada simbol PAO pada kotak ataupun tube jadi saya search dan jumpa dalam ebay listing tulis 12M. Kalau tak tulis pun saya biasanya boleh habiskan kurang dari 6M.

Repurchase? NAK!! Tapi macam mahal sikit sekarang. Antara LaF, Missha, dengan The Raw saya paling suka Missha ni la. Boleh beli kat trusted seller ni.

That's all from me, thanks for reading! :)

--
​Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.

Baca juga artikel menarik:
  • Rutin asas mudah untuk skincare beginner.
  • Begini rupanya cara menggunakan cleansing oil.
  • Cuba resipi sandwich roti john ini untuk memikat selera keluarga.
  • Review Nuvit Daily Defender Lightweight Moisturizing Sunscreen.
  • Elak alkohol dalam skincare - memang patut atau sekadar overreact?
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me