• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Review Nuvit Daily Defender Lightweight Moisturizing Sunscreen

29/3/2021

0 Comments

 
REVIEW NUVIT DAILY DEFENDER LIGHTWEIGHT MOISTURIZING SUNSCREEN
SPF50+, anti-pollution, strengthen skin barrier, soothing and hydrating. | Mengandungi Pollushield, Ceramide, Laminaria Ochroleuca Extract, Hyaluronic Acid. | Period After Opening (PAO) : 6M
​​Saya banyak dengar review best pasal Nuvit sunscreen, hari tu masa nak beli ubat cacing nampak kedai tu ada jual trial size sunscreen jadi saya pun beli lah untuk cuba. Nuvit Daily Defender Lightweight Moisturizing Sunscreen adalah hybrid sunscreen, broad spectrum SPF50 mengandungi 1 physical UV filter dan 3 chemical UV filter. Ianya tidak mengandungi alcohol dan fragrance. Tengok ingredients list macam best je, ada banyak moisturizing dan skin identical ingredients. Kiranya saya rasa confident nak pakai sunscreen ni sahaja tanpa moisturizer.​ 
Review Nuvit dan Althea Petal Velvet Sunscreen
Althea physical sunscreen, Nuvit hybrid sunscreen. Texture Althea lebih cair tapi bila dah set, muka rasa berat sikit berbanding Nuvit. Tapi takde masalah pun, sekadar perbandingan.
​Tekstur Nuvit Daily Defender Sunscreen adalah jenis cream tapi rasa lebih ringan berbanding Althea Petal Velvet Sunaway. Finishing dia matte, memang saya suka pun, dan whitecast tak obvious. Selain dari tu, saya sangat suka sebab dia sesuai dengan area mata saya yang hypersensitive. Susah nak cari face product yang serasi dengan kawasan mata. Cuma....... saya ada problem nak apply sunscreen ni.​
Review Nuvit Daily Defender dan Althea Sunscreen
Texture kedua-duanya bila spread out. Althea lebih smooth dan glides easily pada kulit manakala Nuvit pula lebih likat.
​First time pakai saya guna sunscreen ni sahaja tanpa toner atau moisturizer. Saya pakai terus 2 jari dan cuba nak blend tapi dia punya pilling sampai semua bergumpal dan tercabut, takde yang lekat kat muka.

Second time saya pakai gel moisturizer bagi kulit lembap sikit lepas tu apply sunscreen sikit-sikit. Saya nak buat 2 ruas jari apply sebanyak 3 layer baru cukup suggested dosage. First layer okay, tapi second layer dia pilling lagi. Saya tak blend sampai habis and biarkan je kering bertompok kat muka. Macam pakai bedak sejuk.
​
Saya tak sambung third layer takut dia bergumpal and tarik semua yang dah blend kat muka. Since size dia 15ml, maybe ada beberapa kali lagi saya boleh cuba untuk apply dengan sekata tanpa pilling. Setakat ni belum berjaya.
Masa blend, at some point Nuvit mula bergumpal halus. Masa ni kena stop blending. Kalau teruskan juga, jadi macam gambar sebelah kanan.
Althea blend dengan cantik walaupun whitecast lebih terang. Nuvit pula tiada harapan dah :'(

​[UPDATE] : Saya dah guna Nuvit Daily Defender ni sampai habis tapi tak dapat jumpa cara untuk blend sunscreen tanpa jadi gumpalan. Alahai sayangnya, sebab formulasinya moisturizing, selesa untuk dipakai dan saya suka matte finishing.
​
Thanks for reading, semoga review ini bermanfaat :)
--
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.


Artikel lain yang mungkin dapat membantu:
  • Bolehkah orang Islam pakai produk SK-II?
  • Asas produk penjagaan kulit - yang paling basic sahaja.
  • Perbandingan 3 jenis serum anti-aging, yang mana paling sesuai?
  • ​Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen dengan new generation UV filter.
  • Cara untuk melapis produk penjagaan kulit. Yang mana satu perlu pakai dulu?
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me