• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

perbezaan antara toner dengan face mist

9/4/2021

0 Comments

 
Toner adalah langkah pertama selepas cuci muka yang bertindak sebagai persediaan kepada kulit (skin prep). Saya bahagikan toner kepada 3 kategori iaitu Hydrating, Exfoliating, dan Treatment. Bukan semua produk dengan label toner adalah sama. Ia bergantung kepada formulasi serta bahan utama. Penting untuk kita faham jenis toner terlebih dahulu sebelum menggunakannya supaya tidak tersilap langkah.

Face mist pula digunakan untuk memberikan instant hydration serta menyegarkan kulit pada bila-bila masa. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang sedikit berbeza.

Fungsi utama face mist adalah:
  • Menghidrat serta merta dan dalam masa yang sama turut menyegarkan kulit.
  • Memberi lebih kelembapan pada pemakaian skincare melalui 'mist sandwich technique'.
  • Melegakan iritasi pada kulit sensitif dengan kandungan soothing ingredients seperti aloe vera dan chamomile.
  • Bertindak mengawal minyak dengan kandungan oil absorbent ingredients seperti Silica dan oil production regulation seperti Niacinamide.

Toner boleh dipakai menggunakan cotton pad, sapuan terus dengan tangan, atau spray hingga titisan toner melekat pada muka dan tepuk perlahan-lahan untuk membantu penyerapan.

Face mist pula digunakan dengan cara memegang botol dalam jarak 20cm dan spray 2 hingga 3 kali ke serata muka. Titisan air yang melekat pada kulit adalah seperti kabus, sangat halus, serta hampir tidak kelihatan. Jangan sentuh muka dan biarkan ia air-dry lebih kurang seminit. Kulit muka pasti dapat merasai kesegaran dengan serta merta.
Perbezaan toner dengan face mist
Bolehkah guna face mist sebagai toner?
​
Kandungan face mist adalah lebih ringan dan mengandungi lebih banyak air. Jadi face mist tidak cukup untuk digunakan sebagai toner dan tidak memberikan kesan kepada kulit sebaik toner. Sebaliknya, hydrating atau soothing toner boleh digunakan sebagai face mist.

That's all, thanks for reading :)

Artikel lain yang mungkin dapat membantu:
  • Nota ringkas AHA-BHA untuk beginner.
  • Cara melapis produk penjagaan kulit dengan betul.
  • Resipi glass noodle prawn salad seperti restoran Thai.
  • Begini rupanya cara untuk potong daging nipis teppanyaki.
  • Jenis-jenis toner dan cara yang sesuai untuk menggunakannya.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me