• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Perbezaan Antara Dry SKin Dengan Dehydrated Skin

22/4/2021

0 Comments

 
Dengar macam sama tapi sebenarnya kedua-dua ini adalah berbeza.

Dry skin ialah sejenis skin type, yang mana seseorang memang dilahirkan dengan jenis kulit kering. Ia sesuatu yang diwarisi secara genetik dan tak boleh ubah, tetapi boleh diperbaiki.

Dehydrated skin pula adalah suatu skin condition, yang mana kulit kekurangan air akibat cuaca, gaya hidup, pemakaian kosmetik, atau faktor lain-lain. Dehydrated skin boleh terjadi kepada mana-mana jenis kulit, tidak terhad kepada kulit kering sahaja. Ia boleh muncul dan hilang apabila berlaku perubahan pada persekitaran serta gaya hidup.
Perbezaan Dry vs Dehydrated Skin
Kulit jenis kering yang dehydrated akan terasa gatal, merekah, dan menggelupas. Kulit kering juga lebih mudah kelihatan kusam akibat dehydration.

Kulit jenis berminyak juga boleh ada dehydrated condition dimana kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang akibat dehydration. Lebihan minyak pada kulit pula akan mencetus masalah kulit yang lain seperti jerawat.
​
Cara mengatasi kedua-duanya adalah menggunakan moisturizer atau lebih baik lagi gabungan hydrating toner/essence/serum bersama moisturizer untuk menjaga dry skin dan mengelakkan dehydrated skin. Moisturizer jenis oil based yang lebih occlusive (memerangkap) disarankan untuk kulit kering, manakala moisturizer water based disarankan untuk kulit berminyak. Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada preference masing-masing yang penting, pakai moisturizer!

Pro tips:
  1. Selepas mencuci muka, pakai toner atau moisturizer sewaktu kulit masih sedikit basah. Kandungan humectant dalam toner / moisturizer akan menarik air dipermukaan bagi meningkatkan kandungan air dalam kulit (hydration).
  2. Jika boleh, ubah persekitaran dan gaya hidup supaya keadaan dehydrated skin tidak berpanjangan.

Baca juga:
  • Kenalpasti jenis kulit dengan 3 langkah mudah
  • Fungsi ceramide dalam memelihara skin barrier
  • Cara memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit
  • Perbezaan antara skin brightening vs lightening vs whitening
  • Perbandingan kandungan minyak dalam 3 jenis ceramide moisturizer
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me