Hi guys... Kalau korang tak tahu apa itu chemical exfoliator atau AHA-BHA, boleh baca part ni dulu:
Ok, jom ulangkaji! 1. AHA - water soluble, exfoliate permukaan kulit. Concentration selamat adalah 10% kebawah. 2. BHA - oil soluble, exfoliate hingga ke dalam pori. Concentration selamat adalah 2% kebawah. 3. Kekerapan penggunaan AHA-BHA bergantung kepada concentration dan keperluan kulit. 4. Sebagai permulaan, cara untuk mengurangkan risiko iritasi adalah:
6. Cadangan BHA : Betaine Salicylate (beginner) / Salicylic Acid (intermediate/advanced). 7. Beginner paling gentle, Advanced lebih potent. Tetapi that's not always the case. Ia turut bergantung kepada :
9. BHA sesuai untuk merawat blackhead, jerawat, dan dark spots kerana ia bersifat comedolytic (menghalang pembentukan comedone dalam pori) dan desmolytic (menguraikan ikatan antara sel atau exfoliate) 10. Exfoliating product tak semestinya kena sapu seluruh muka. Boleh sapu/patch pada kawasan yang diperlukan sahaja ataupun dot dot sebagai spot treatment. 11. Paling penting, pastikan diri sendiri sudah ada tabiat memakai sunscreen dengan betul iaitu sebanyak 2 jari dan reapply setiap 2-3 jam sebelum mula pakai sebarang chemical exfoliant. Baca artikel menarik:
0 Comments
Mizon Collagen Power Firming Eye Cream dikatakan mampu melembap dengan baik, melicinkan serta meningkatkan keanjalan kulit, sekaligus menjadikan penampakan kedutan semakin berkurangan. Ianya mengandungi 42% highly concentrated marine collagen, antioxidant, dan skin identical ingredients untuk mimik kandungan dan struktur semulajadi lapisan kulit. Saya beli jenis tube 10ml sebab senang nak dispense produk dan boleh simpan secara vertical, jadi jimat ruang. Saya dah pakai selama 2 bulan, masih ada separuh lagi, confirm sempat habiskan sebelum PAO dia 12M. Harganya RM 28 untuk 10ml, consider agak murah untuk eye cream dengan senarai bahan-bahan yang hebat serta formulasi bebas alkohol dan bebas pewangi: Teksturnya jenis gel, senang diratakan, menyerap dengan baik serta tiada bau. Finishing eye cream ni sedikit lembap, tidak pedihkan mata malah ia buatkan mata terasa selesa. Selain itu, eye cream ni blend well dengan sunscreen serta makeup. Kulit pada kawasan mata saya sangat sensitive dan mudah rasa pedih dan kemerahan bila pakai apa-apa produk tapi Mizon eye cream ni saya rasa suka je nak apply. Sebab paling utama adalah eye cream ini terasa ringan, tiada iritasi yang mengakibatkan kulit mata lebih berkedut, kusam dan kemerahan, atau menimbulkan milia seed. Pendek kata selesa dipakai tanpa rasa berat. Bila pakai eye cream, saya nampak sedikit improvement pada kawasan mata dari segi keanjalan dan garis halus. Tapi bila tak pakai eye cream, garis halus masih nampak seperti biasa dan kulit yang kering kekurangan sifat elasticity tanpa kelembapan dari eye cream. Apa pun, ia lebih baik dari pakai eye cream tapi tak jadi apa-apa langsung. Nota: Garis halus maksudnya crack bawah mata yang nipis diantara kedutan atau berada pada hujung kedutan. Saya pakai eye cream ni 2 kali sehari. Adakala terlupa terus sampai beberapa hari tak pakai hehehe. Saya perasan kalau terlebih pakai, akan naik setompok kecil milia seeds. Tapi bila cepat-cepat treat dengan exfoliating + hydrating, dalam beberapa minggu milia boleh kecut dan hampir hilang. Milia seeds ni saya perasan kalau dah lama bertapa dia memang takkan hilang kalau setakat pakai skincare sahaja. Kena buat extraction baru boleh buang. Bagi saya ini adalah eye cream yang baik dari segi texture (ringan) and feels (melembapkan), tapi tak cukup power untuk mengurangkan garisan halus bawah mata. Saya rasa okay je kalau nak repurchase walaupun tak berapa power sebab so far eye cream ni yang paling baik untuk saya dan harganya sangat affordable. That's all from me, thanks for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik disini:
Moisturizer (pelembap) untuk kulit jenis kombinasi berminyak yang pernah saya cuba dan actually suka - senarai tidak mengikut urutan tertentu. Ok la bagi hint sikit, favourite saya sekarang yang no. 8 tu. 1. Nutox Moisture Emulsion SPF 25 PA++. Emulsion ni ialah versi moisturizer yang lebih ringan jadi bila pakai dia cepat menyerap, tidak rasa berat, dan tidak melekit. Ada sedikit sun protection dalam ni tapi ia bukan pengganti sunscreen kerana perlindungan yang rendah dan moisturizer tidak dipakai sebanyak dan sekerap sunscreen. 2. Nutox Renewing Treatment Cream. Teksturnya jenis gel-cream, sedikit perlahan untuk menyerap, terasa ringan, dan tidak berminyak. Dia punya best sampai saya sentiasa beli sampai 5 ke 6 jar baru rasa nak try moisturizer lain. 3. Nutox Anti-Ageing Cream. Teksturnya cream based tetapi sangat cepat menyerap. Kemasan moisturizer ni buatkan kulit nampak berkilat, like actually berkilat bukan dewy fresh shine tu. Tapi bila sentuh muka, kulit sebenarnya licin dan tidak berminyak pun. Kilatan tu boleh tutup dengan matte sunscreen atau bedak. 4. Naruko Raw Job's Tears Moisturizer. Teksturnya jenis liquid moisturizer, dengan kepekatan yang lebih cair dari Nutox Emulsion. Macam pakai creamy toner gitu. Cepat menyerap, lightweight, serta matte finishing. 5. Daughters of Malaya Summertime Ceramide Liquid Moisturizer. Tekstur lebih cair daripada Naruko RJT, boleh digunakan sebagai toner juga. Pakai satu lapis rasa tak cukup. Saya biasa pakai 3 lapis. Terasa sangat ringan dimuka dan bagus untuk menguatkan skin barrier kerana mengandungi Ceramide. 6. Good Virtues Co Brightening Day Cream. Moisturizer yang mengandungi SPF 30 PA+++. Teksturnya cream yang ringan dan senang meresap. Kemasan nampak dewy sikit tapi tak rasa berminyak pun. Yang ni saya sangat suka sebenarnya, tak tahu kenapa tak repeat beli. 7. Garnier Light Complete Whitening Serum Cream. Cream yang sangat pekat dari segi tekstur dan terasa berat pada muka. Kemasannya matte dan ada whitecast yang agak ketara. Pakai cream ni sahaja buatkan kulit rasa dehydrated. Biasanya saya pakai serum cream ni untuk kurangkan kilatan dan jika lapisan skincare sebelumnya rasa berminyak. Ia turut mengandungi SPF 36 sebagai perlindungan UV tambahan. 8. Mizon Collagen Power Lifting Cream. Gel moisturizer, lightweight, senang menyerap, tidak berminyak, dan tidak rasa melekit. Saya cakap ni current favourite sebab selain tekstur dan kemasa yang saya suka, ia mengandungi pelbagai manfaat yang saya perlukan untuk kulit matang dalam satu produk. 9. Dr. Jart Cicapair Calming Gel Cream. Nama pun gel cream so tekstur dia jenis gel-cream. Bila pakai dia perlahan-lahan mencair dekat kulit dan rasa moist macam ada air kat muka. Moisturizer ni mengambil masa sikit untuk menyerap berbanding moisturizer lain yang saya guna. Walaupun tekstur yang ringan, ia mampu melembapkan kulit dengan baik tanpa rasa berminyak. Best sangat yang ni! 10. Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel.
Tekstur sebenarnya gel-cream, senang menyerap, serta rasa ringan pada muka. Kemasannya membuatkan kulit nampak berkilat dan rasa sedikit ketat, tapi bila disentuh sebenarnya muka tidak berminyak. Best pakai dengan toner yang pekat atau essence untuk kurangkan rasa ketat tu. Artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|