Kulit kita berpeluh untuk membebaskan haba termasuk kulit muka. Kadang kala proses ini terlalu minimal dimana titisan peluh yang terhasil amat kecil dan cepat meruap ke udara hingga kita tak perasan kulit sedang berpeluh. Bila pakai moisturizer atau sunscreen, kandungannya yang bersifat occlusive (memerangkap) akan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kulit kehilangan lembapan. Ini menyebabkan peluh terbebas lebih perlahan dan titisan yang keluar adalah lebih besar dan ketara. Simptom ini juga turut terjadi apabila pakai losyen badan atau makeup. Orang kata kulit susah bernafas 😂 Cara untuk mengatasinya adalah:
1. Kurangkan saiz moisturizer yang dipakai.
2. Kurangkan lapisan produk penjagaan kulit.
3. Bertukar kepada moisturizer dan sunscreen yang lebih ringan.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, produk dengan label 'oil-free' atau 'non-comedogenic' bukan jaminan ia tidak membuatkan kulit jadi berpeluh. Ada beberapa moisturizer dan sunscreen yang dilabel begitu tetapi bila saya pakai tetap tak selesa, berpeluh, dan rasa melekit. Cara paling tepat untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kita, tak lain tak bukan adalah: kena pakai sendiri. YMMV. That's all, thanks for reading! :) Baca juga:
0 Comments
Saya mencari moisturizer travel size then ternampak Simple Hydrating Light Moisturiser ni. Dia takde la betul-betul kecil sebab 50ml tu quantity full size kebanyakan moisturizer tapi sebab packaging dia comel saya beli je dengan membaca ingredients list sekali lalu. Saya fikir, kalau label sesuai dengan sensitive skin mesti sesuai je dengan combination oily skin saya. Packet ni comel dan practical, nak guna dia sama je macam dispense moisturizer dalam tube. Saya suka sebab dia rectangular and flat, boleh fit dalam sling bag kecil. Lagi satu plastic dia tak keras macam tube jadi boleh squeeze sampai titisan terakhir dengan senang. Consistency moisturizer ni gel-cream, tapi lebih kepada cream yang senang diratakan and menyerap ke dalam kulit. Kandungannya tiada harsh chemicals, tiada alcohol dan tiada fragrance. Namun begitu dia ada medicated scent sikit, macam bau hospital. Nak apply moisturizer ni pun senang, dia agak ringan dan licin untuk diratakan pada kulit. Sapu dengan perlahan dan tekap sikit-sikit dia dah menyerap. Finishing dia ada sheer dan rasa basah sikit, tak completely matte. Kulit saya rasa cukup lembap bila pakai dan tak cepat berminyak. Saya suka sebab tak rasa berat walaupun sebelum tu dah apply banyak lapisan toner dan serum. Tapi selepas dua kali penggunaan muka saya mula timbul jerawat. Kebanyakannya jerawat halus, dan ada beberapa jerawat cysts tanpa mata. Macam-macam test saya buat, siap pakai half and half lagi untuk simpulkan bahawa moisturizer ni tak sesuai dengan kulit saya. Saya baca ingredients list dengan lebih terperinci dan 3rd ingredient ialah Paraffinum Liquidum - sejenis mineral oil yang berkemungkinan besar menjadi punca kulit saya breakout. Tetapi saya takkan tahu sebetulnya if this is the only cause sebab ada je produk lain yang mengandungi mineral oil tapi saya pakai kulit tak breakout. Sebabnya ia bergantung kepada formulasi keseluruhan produk, bukan sekadar spot satu dua icky ingredient sahaja dan terus buat panic/fear mongering. Bahkan comedogenic ingredients tak semestinya menghasilkan final product yang menyumbat pori. Akhirnya saya hanya mampu pasrah bahawa despite the moisturizing, lightweight, and fresh looking skin this moisturizer gave me, ianya tak sesuai dengan saya. Saya masih ada parut merah disebabkan jerawat yang timbul kecil-kecil rasa geram je saya picit Nasib baik boleh kawal diri dari picit semua sebab banyak yang kecut bila buat toner patch. Oh ya, jerawat cystic tu bengkak sampai dagu saya senget sebelah. Saya berjaya surutkan guna BHA patch sekali sehari. Is this a good moisturizer? Dari segi feel, texture, and price point YES. Saya rasa rajin je nak reapply sebab ia cukup melembapkan dalam masa yang sama lightweight serta tidak melekit. Harga pun sangat murah, around RM 9 for 50ml. Tetapi sedih sebab formulasinya tidak sesuai dengan kulit saya. You know perasaan nak kena let go something yang kita suka? :( [UPDATE]: Jarang-jarang sekali saya masih pakai moisturizer ni. Kalau pakai sekali kemudian selang beberapa hari baru pakai lagi, kulit saya tak breakout macam sebelum ni. That's all, thanks for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Artikel menarik lain yang mungkin dapat membantu:
Dengar macam sama tapi sebenarnya kedua-dua ini adalah berbeza. Dry skin ialah sejenis skin type, yang mana seseorang memang dilahirkan dengan jenis kulit kering. Ia sesuatu yang diwarisi secara genetik dan tak boleh ubah, tetapi boleh diperbaiki. Dehydrated skin pula adalah suatu skin condition, yang mana kulit kekurangan air akibat cuaca, gaya hidup, pemakaian kosmetik, atau faktor lain-lain. Dehydrated skin boleh terjadi kepada mana-mana jenis kulit, tidak terhad kepada kulit kering sahaja. Ia boleh muncul dan hilang apabila berlaku perubahan pada persekitaran serta gaya hidup. Kulit jenis kering yang dehydrated akan terasa gatal, merekah, dan menggelupas. Kulit kering juga lebih mudah kelihatan kusam akibat dehydration.
Kulit jenis berminyak juga boleh ada dehydrated condition dimana kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang akibat dehydration. Lebihan minyak pada kulit pula akan mencetus masalah kulit yang lain seperti jerawat. Cara mengatasi kedua-duanya adalah menggunakan moisturizer atau lebih baik lagi gabungan hydrating toner/essence/serum bersama moisturizer untuk menjaga dry skin dan mengelakkan dehydrated skin. Moisturizer jenis oil based yang lebih occlusive (memerangkap) disarankan untuk kulit kering, manakala moisturizer water based disarankan untuk kulit berminyak. Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada preference masing-masing yang penting, pakai moisturizer! Pro tips:
Baca juga:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|