• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Rutin Penjagaan Kulit Yang Mudah Untuk Beginners

2/4/2021

0 Comments

 
Rutin penjagaan kulit untuk beginner
Walaupun setiap orang mempunyai skin type dan skin concern yang berlainan, rutin asas (basic routine) ni terpakai kepada semua orang secara umumnya.
Dengan kebanjiran pelbagai jenis skincare di pasaran, kalau baru nak mula mesti pening sebab tak pasti nak pakai apa.

Nama pun basic, B. A. S. I. C, basic. Jadi, asas penjagaan kulit sebenarnya cuma 3 langkah sahaja. Yeay!
Rutin penjagaan kulit untuk beginner
1. Cleanser - Pencuci Muka.
Cuci muka untuk bersihkan minyak, debu kotoran, dan sel kulit mati. Pilih cleanser yang sesuai dengan jenis kulit. Ada juga cleanser yang khusus untuk skin concern tertentu seperti anti-acne, anti-aging, dan brightening. Cara untuk guna cleanser ditulis pada packaging produk tapi selalunya basahkan muka terlebih dahulu kemudian urut cleanser perlahan-lahan dan bilas dengan bersih.

2. Moisturizer - Pelembap Muka.
Selepas cuci muka, kulit menjadi sedikit kering maka kulit jenis berminyak secara semulajadi akan mengeluarkan minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang, manakala kulit kering akan semakin kering merekah dan menjadi sensitive. Untuk seimbangkan lembapan, sapulah moisturizer dengan tangan yang bersih sebaik selesai mencuci muka. Bahan-bahan dalam moisturizer akan bertindak melembapkan kulit serta menghalang lembapan keluar daripada kulit.

3. Sunscreen - Pelindung Matahari.
Sinaran UV dari matahari adalah punca kepada hampir semua masalah kulit. Asalkan terdapat cahaya (natural light) dipersekitaran, kita sudah terdedah dengan sinar UV walaupun berada didalam rumah. Gunakan sunscreen yang broad spectrum untuk melindungi kulit dari sinar UVA (PA rating) dan UVB (SPF rating). Disarankan memilih sunscreen yang ada minimum SPF 30 PA +++ dan dipakai sebanyak 2 jari (1/4 teaspoon) keseluruh muka. Jadi, selepas pakai moisturizer jangan lupa pakai sunscreen ya untuk rutin siang.

Lain-lain artikel menarik:
  • Ketahui fungsi toner dan cara menggunakannya.
  • Resipi sotong goreng tepung gerenti tak meletup.
  • Jom intai senarai workout outfit yang hijab friendly.
  • Bedtime routine untuk kulit kering, cuma perlu guna 1 produk sahaja.
  • Mudahnya cara untuk buat ayam goreng nestum dengan salutan sekata.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me